Friday, March 17, 2017

Aqib dah 2 tahun

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, 27-2 lepas genapla umur Aqib 2 tahun. Rasa kejap sangat dia besar. Makin lama makin tak terasa masa berlalu.

Birthday party Aqib buat sekali masa kenduri doa selamat dan aqiqah Amin (anak sepupu) pada 25-2. Simple aje pun. Sebab dia minat sangat dengan Didi & Friends jadinya saya buat birthday party dia bertemakan itu. 2 minggu sebelum majlis dah siap booking semua. Kalau dah namanya birthday party paling penting kek la kan? Kali ni saya nak pilih kek yang sedap, rupa tak cantik tak kisah sangat. Janji sedap. Masa birthday Iman tahun lepas, kek cantik tapi rasa tak sedap, tak laku, sampai kena buang la. Banyak pulak tu.

Jadi kali ni walaupun saya teringin nak kek cantik2 saya kenala abaikan. Tak mau rupanya cantik tapi tak sedap. Buat apakan? Jadi saya order dari baker yang dekat dengan rumah saya. Saya pernah amik kelas buat kek kat dia sebelum mengandungkan Aqib. Memang tahu sah2 kek tu sedap. Kejap aje kek tu habis, laku! Jadi tak la membazirkan?  Kek Moist Chocolate 4 kilo rm190. Berbaloi dengan harga. Sedap dan cantik! Dah setel hal kek baru senang hati.

Baju pakai baju yang beli kat Italy. Baju yang ummi beli salah size. Memang muat2 aje dia pakai. Kalau tunggu raya rasanya sendat kot. Pakai 2 pasang baju hari tu. Pagi pakai kemeja putih. Sepasang dengan Amin. Pakai putih nak sama dengan budak2 tahfiz datang solat hajat dan doa selamat. Bukan main suka dia ramai abang2. Petang bila nak potong kek pakai kemeja biru bertie pendek. Ummi suka kalau ada gaya rugged sikit hehe...

Tak macam tahun lepas masa sambut birthday dia setahun. Dulu dia moody tak nak pakai jubah. Nangis macam sakit tak mau pakai jubah. Kemeja pun dia tak mau pakai tapi paksa2 boleh la tahan sejam dua. Tapi kali ni dia sporting habis! Senang hati ummi. Tak ada drama macam tahun lepas. Mungkin sebab dah besar kot kan? Hehe...

Walaupun meriah tapi semua rindu suami. Anak2 tak sebut tapi tahula. Adik siap tandakan kat calendar bila walid nak balik. Tahun lepas pun suami tak sambut sekali. Mesti dia pun sedih. 

Aqib tak tahu apa lagi. Yang dia tau nak buas aje hehe...semua orang dia nak, sejenis yang tak takut dengan orang.

Tapi tak apa, lagi 3 minggu aje lagi suami nak balik dah. Pasni kita sambutla banyak mana pun hehe..