Monday, January 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2017..kejap aje kan, rasa macam baru aje sambut tahun 2016. Ingat lagi awal tahun 2016 berserabut fikir macam2 benda. Awatif nak PT3, Aisy pulak UPSR ditambah dengan suami kena outsation selama setahun. Bukan senang tau nak uruskan anak2 sorang2. Mujur ibu banyak membantu. Banyak sangat2.

Alhamdulilah, awal tahun 2017 ni fikiran tenang dah sikit. Anak2 pun dah habis periksa penting. Alhamdulilah, Awatif dapat keputusan yang baik dalam PT3 dan si Aisy tu biasala kan? Tapi tak apa banyak masa lagi dia boleh perbaiki. Semoga anak2 Ummi berjaya dunia dan akhirat.

Awatif dari awal bagitahu dia tak nak masuk sekolah asrama. Walaupun dapat keputusan yang baik dia tetap memilih sekolah yang sama. Saya pun tak kisah, kalau dia tak ada meroyan pulak ummi dengan adik2 kat rumah. Suami pesan kalau tak nak sekolah asrama kena la pandai bahagi masa. KPOP tu KPOP la jugak, pelajaran jangan lupa. Pasni SPM nie, tak boleh buat main2. Penentu masa depan tu!

Aisy pun sekolah yang sama jugak. Dia dah janji nak belajar betul2 tahun nie. Semoga Allah buka hatinya untuk belajar. Semoga apa yang diimpikan dia menjadi kenyataan.


comey aje masa nie hehe...

Aqib macam biasa...bulan depan 2 tahun dah dia...