Sunday, September 11, 2016

Aqib

Assalamualaikum..

Sejak seminggu dua ni saya baca habis semua entry2 lama dalam blog nie. Suka baca kisah lama2. Banyak betul la cerita. Ada tu saya tak ingat langsung...

Jadinya saya pun berazamla nak meriahkan balik blog nie. Rasa seronok bila baca balik cerita2 lama. Bila semangat dah berkobar2 datang time nak update tak boleh pulak nak upload gambar. Masalah la pulak.. mujur Wani ada tolong buatkan. Terima kasih ya Wani...

Sebagai permulaannya saya nak cerita pasal anak saya si Aqib tu.. asyik Aqib aje sekarangkan? Tak pelah, nanti ummi cerita pasal kakak dan abang pulak..

Saya nie dari dulu suka menghias rumah. Rumah saya dari mula2 kawen memang dah penuh dengan bunga la, pasu la.. tapi baru kawen biasala duit tak banyak. Hias cara kos murah la... bunga2 amik dari hiasan pelamin saya dulu. Pasu pun sama. Dah kira jimat dah tu...plastik cawan rm2 tu pun saya bantai jadikan hiasan atas meja. Perasan kreatif sangatla time tu hehe....

Lebihan cawan2 kecik doorgift untuk kenduri saya pun saya jadikan hiasan susun cantik2 kat rak telefon. Masa tu rasa seronok sangat sebab rumah kita sendiri kan? Walaupun umah sewa kecik aje...

Masa anak pertama Awatif lasak jugak. Tapi dia tak adala nak usik hiasan2 semua tu. Masa Aisy kewangan ok la sikit jadi lagi la banyak hiasan dan bunga2. Tambahan dah pindah quaters yang lebih besar dan selesa. Lagilah nak menghias aje sampai tak ada ruang kosong dalam rumah. Ibu la selalu kata...Tapi waktu tu hiasan2 rumah saya semua murah2. Banyak beli kat kedai rm2 je.. Aisy pun tak usik bunga2 dan pasu2. Saya siap letak jambangan bunga bawah meja dia dok merangkak p balik p balik langsung tak kacau. Saya tak risau langsungla kalau nak letak pasu kaca tengah2 rumah pun...

Nak cerita pasal Aqib panjang pula mukadimahnya kan? Si Aqib nie aduhai la..... habisla semua benda dia kacau. Tak ada benda yang dia tak kacau. Letak bunga abis dia cabut ngan bunga ngan daun abis! Letak pasu kaca atas coffee table dari dapur dok dengar krunk kang krunk kang... mujuq panjang umur pasu tu...bukan kata yang ada meja, yang dalam almari tu pun abis dia punggah. Kabinet dapur tu abis dia selongkar. Almari baju dia abis dia punggah sampai selai pun tak dak dalam almari....

Tahan nafas jap..... ikut perangai sapa la tu tak tau laaaa....ibu dok kata jentik tangan dia sikit kalau nampak dia punggah..tapi tak larat nak jentik aih.... dia tak serik!!

Kalau dulu orang kata kalau dari kecik dia dah biasa tengok rumah penuh ngan hiasan dia tak akan kacau. Untuk Aqib memang tak relevan statement tu.... kadang2 jadi heran betul. Kakak kata masa saya pregnant saya selalu dok kata kat Robin suka memunggah jadinya berjangkit kat Aqib. Betul la kot! Saya duduk rumah kakak 6 bulan jugak masa mengandung sebab suami outstation. Asyik bergaduh aje ngan si Robin tu..

Robin memang suka memunggah.. time ada bibik kakak langsung tak marah dia. Sebab tak penatkan nak mengemas. Bila bibik dah balik barula singa betina keluar hehe....

Jadinya sekarang rumah saya kosong. Bunga letak tinggi macam atas meja makan, almari.. coffee table memang kosong. Letak alas meja tahan satu saat aje..bila dah jatuh bawah dia tak kisah dah tapi elok ummi letak aje atas meja dan2 tu dia tarik... adoila.. anak ummi...

Mak kata budak cerdik la tu.. kalau dok diam aje bukan budak tu anak patung!! Tapi apa pun keletah dia kelaku dia semua jadi penghibur..

Kakak & abang dah besar. Aqib aje yang kecik. Jadi penghibur tok dan tok nek la... penghibur ummi dan walid jugak... ada aje kelaku dia mencuit hati... lama tak ada anak kecik ummi overla sikit...

Banyak lagi nak cerita tentang Aqib nie.. perkembangan dia lama tak cerita. Sekarang dia dah 1 tahun 7 bulan.. kurang makan, kurang tidur.. aktif aje.. kalau dia duk diam aje tanda dia sakit la tu.. macam aritu batuk demam dia dok diam aje sampai kita pun naik takut... ibu sampai cakap tak apalah dok tak diam pun janji sihat...betul tu... ummi tak kisah Aqib aktif janji sihat tubuh badan... anak sakit memang tak seronok.. susah hati sangat2..

Gelagat2 Aqib :-

Monday, July 25, 2016

cerita macam-macam

Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya nie... selamat hari raya semua. Mohon maaf kalau selama nie ada cerita2 saya nie ada yang terasa ke apa ke. Sesungguhnya cerita2 yang saya kongsikan kat sini semuanya cerita2 keluarga sahaja. Untuk saya ingatkan kembali memori2 lama bila dah tua2 nanti...sekarang pun dah tua sebenarnya, 41 tahun dah hehe...

Banyak cerita nak kongsi kat sini.  Masih berhutang cerita pergi Italy bulan 3 aritu. Cerita raya lagi, cerita rumah baru, cerita Nyah lelaki meninggal...Lama dah nak update blog nie tapi tak ada masa. Sibuk sangat. Dengan masalah rumah, suami lak tak ada kat sini. Akibat stress berat badan saya turun sampai 43 kg. Ramai orang ingat saya sakit! 

Alhamdulilah sekarang dah rasa ok sikit. Beratpun dah naik ke 48 kg. Makan pun dah berselera balik. Jadik takut lak asyik makan aje nanti berat naik mencanak lak hehe..... baju2 raya beli baru2 nie semua size kecik2... perasan dah kurus konon-kononnya kan, kalau badan naik jenuh nak beli baju baru...

Walaupun masalah rumah tak selesai lagi saya tak nak dah fikir sangat. Nak relax aje. Kalau tak nanti jadi stress macam aritu. Nak tumpukan segala tenaga semua pada anak2. Aisy nak amik UPSR dan Awatif PT3. Tak lama dah tu.. Suami kat sana pun tak senang hati gak sebenarnya. Tiap2 hari cal ingatkan anak2 belajar. Awatif saya tak risau sangat. Tak suruh pun dia memang dok belajar. Tidur lambat bangun awal dok belajar. Kadang2 kesian pulak tengok dia. Tak apa, susah sekarang senang kemudian. 

Yang saya dok susah hati nie si Aisy tu. Adik besar tu.... Kalau tak suruh belajar memang tak belajarla. Kalau tak main game dia tengok tv. Bila bebel2 kat dia mengamuk lak. Pagi2 nak pergi sekolah tu adoila...mencabar kesabaran sungguh! Ada aje alasan dia tak nak pergi sekolah. Masa awal tahun saya ada hantar dia tution malam. Bertahan sebulan dua aje sebab nak kena hantar pukul 8 malam, balik pukul 10 malam. Agak susah sikit sebab time Aqib tidur tu. Jadi saya amik personal tutor mai rumah. Sejam rm30. okla tu kan harganya..

Alhamdulilah sejak seminggu nie nampak perubahan sikap dia sikit. Nampakla dia belajar sikit. Semoga berterusan la hendaknya.. Awatif dulu dapat 5A. Masa Awatif tu saya harapla jugak 5A sebab tahu kemampuan dia. Tapi Aisy nie memangla saya harap kejayaan yang sama macam Awatif tapi kita sebagai ibu kita tahu tahap kemampuan dia. Apapun keputusan dia saya terima. Selalu doa agar dia terbuka hati untuk belajar....Bukan tak pandai tapi minat nak belajar tu tak ada lagi...





Mungkin sebab lama tak update blog kot, try banyak kali pun tak boleh nak upload gambar2. Cuba2 yang nie saja yang boleh. Gambar masa sambutan birthday Aqib yang setahun Februari lepas. Nanti dah setel nanti sambung balik cerita..

Friday, March 4, 2016

Aqib dah setahun

Assalamualaikum. Lama dah apdet blog. Dok jenguk jugak sekali sekala tapi tak ada kesempatan nak berceloteh kat sini. Memang tahu tak ada siapanya nak baca coretan merapu nie. Cuma untuk kenangan ajelah blog nie. Memang itu tujuan asal blog nie ada kan..

Rasa kejap aje kan masa berlalu sekarang. Tup2 dah bulan Mac 2016. Esok2 puasa, pastu raya, pastu dah masuk tahun 2017. Percayalah, masa sekarang rasa cepat sangat! Aqib pun dah setahun sekarang, Alhamdulilah, syukur.. 2 minggu nak setahun tu dia demam, batuk dan selsema. Seminggu jugaklah dia sakit. 3 kali jugaklah ke Klinik pastu try buat rawatan sonotron. Kali pertama buat masih tak baik. Ingat tak nak la pergi Ampang Putri, nak elak dia makan antibiotik yang kuat. Sebelumnya nie memang dia akan baik lepas makan antibiotik Ampang Putri punya. Takut la jugakkan. Jadi kalau boleh nak elak pergi Ampang Putri tu dan nak cuba rawatan alternatif lain. Kebetulan bila tengok fb ada nampak pasal rawatan sonotron nie. Bila tengok alamat yes ! dekat sangat ngan umah jadi terus cal buat appointment. Amik pakej 3 kali buat free 1 kali.

Kali pertama buat tak nampak kesan sangat. Mungkin sebab dah ada jangkitan kuman. Batuk makin teruk, tidur tak jerap, tak nak makan dan kurang menyusu, dan demam tak kebah2. Paling takut dia banyak diam aje. Selalunya dia bukan macam tu. Bukan Aqib la nama ya kalau tak merayap sini sana hehe.... Ibu pun tegur Aqib nie banyak diam aje. Takut pulak. Jadi esok pagi2 terus pergi Ampang Putri ngan PakTeh. Minga tolong PakTeh bawakan. Saya tak berani lagi nak drive tempat sibuk2 tu lagipun saya tak ingat jalan langsung.  Bila sampai sana tengok ya Allah ramainya budak2  sebaya dan muda dari Aqib alami sakit yang sama. Wad sampai penuh la. Mujuq Aqib tak kena warded. Dr  bagi injection antibiotik pastu buat neb, tepuk2 belakang dan sedut. Dr kata kalau dalam masa 2 hari tak baik lagi kena pergi semula. Alhamdulilah, lepas tu batuk dah makin kurang dan demam terus kebah. Time nak bagi makan ubat la susah sikit. Kena kuatkan fizikal dan mental kerana Aqib macam budak2 lain la kan, susah nak makan ubat! Kena kering hati suap jugak ubat tu walaupun  dia nangis air mata meleleh sambil tengok kita. Memang sedih tapi terpaksa! Setiap kali nak bagi makan ubat memang seksa, bukan kata kat anak, mak pun sama rasa terseksa!! Kesian anak ummi!!

Walaupun makan ubat dr hospital rawatan sonotron pun saya teruskan. Rasanya berkesan jugak. Lepas buat tu dia akan berak keluarkan lendir2. Banyak hari jugakla dia berak2. Lepas seminggu tu dia dah baik sepenuhnya. Makan dan menyusu macam biasa. Aktif la balik hehe... Tok tak larat balik nak dukung dia. Tapi tak apalah dia aktif ke, dok tak diam ke. Janji dia sihat. Tak mau la dia diam aje macam masa dia sakit tu!!

Bila dah sihat barulah ummi hepi nak sambut besday Aqib. Barulah ummi ada semangat nak buat besday party Aqib.. Buat simple aje pun. Walid tak ada kat sini so buat ala kadar ajelah. Tetamu adik beradik aje, tak ada orang luar pun. Masa kat Awatif dan Aisy dulu tempah kek bentuk satu. Masa Aqib kononnya nak kelainan, tak nak kek, nak buat pulut kuning. Ibu volunteer nak buat. Ok, hati senang dah hehe... Menu saya buat semua selera anak2. Yang mana anak2 dan anak2 sedara suka. Ayam bakar, makaroni cheese bakar, sushi, sandwich, puding cheese dan pusing herseys. Semuanya feveret budak2. Pulut kuning makan dengan gulai daging kakak masak. Majlis mula pukul 4 petang jadi tak adalah kelam kabut sangat pagi tu. Simple aje pun, suami cal suruh amik video masa majlis tu tapi sebab Aqib buat perangai tak nak pakai baju terus jadi kelam kabut. Saya tempah jubah khas untuk dia pakai masa besday tu tapi boleh pulak dia ngamuk2 tak nak pakai. Bila paksa jugak dia boleh tarik2 jubah tu sambil nanges kuat! Adoilah, anak ummi nie. Punca dia tak nak pakai baju sebab sepanjang seminggu dia demam saya tak bagi dia pakai baju. Senang nak jelum dia dan sapu minyak tropika kat dada & belakang dia. Mungkin dia dah selesa tak berbaju!!

3-4 kali cuba tak jalan jugak. Cuba pulak bagi dia pakai kemeja. Dia nanges jugak tapi bila pujuk2 dia ok. Lega! Tapi sayang jubah tu tak dipakai! Tak apalah, simpan raya la jubah tu!