Friday, July 3, 2015

cerita puasa dan shopping baju raya

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar hampir 2 minggu dah kita berpuasa. Cepat sungguh rasa masa berlalu. Hari2 yang saya lalui rasa macam eh! dah pagi pastu eh! dah tengahari pastu petang pastu malam. Memang tak terasa. 

Teringat pulak keadaan saya masa bulan Ramadan tahun lepas. Saya dapat tahu saya mengandung dalam bulan puasa. Tahu2 terus alah tapi tak teruk sangat pada awalnya. Hujung2 Ramadan tu yang rasa teruk sampailah berpanjangan hingga ke raya. Kiranya raya tahun lepas macam tak raya. Banyak baring aje. Baju raya pun ada yang tak pakai lagi sampai sekarang. Iyalah, baju2 tu semua tak sesuai untuk bf anak. Kena tunggu 2 tahun kot baru boleh pakai baju tu hehe...

Tahun nie amat bermakna sambutan Ramadan kami sekeluarga tahun nie. Tu tak masuk bab raya lagi. Si kecik nie dah ada depan mata. Rasanya dok sibuk melayan dia kot sampai tak terasa masa berlalu. Sejak ada Aqib nie hai! lah... Saya masih lagi belum sesuaikan diri dan masa. Mungkin kerana saya terlalu habiskan masa bersama dia saya tak boleh nak balancekan buat kerja rumah. Buat masa sekarang bolehlah lagi enjoy kerana ada ibu dan mak. Esok ibu dan mak dah nak balik kampung. Jenuhlah saya nak uruskan Aqib sorang2 pastu nak uruskan rumah lagi pastu nak masak lagi pastu nak masuk keluar rumah amik hantar Awatif dan Aisy sekolah. Macamana lah nanti. Risaulah pulak takut tak terkejar nak buat tu semua. 

Suami ada cakap nanti bila ibu dan mak dah balik kampung kalau tak sempat masak untuk juadah berbuka beli aje. Suami dan anak2 pasal bab makan tak cerewet langsung. Nasi kukus pun dah cukup. Cuma untuk sahur aje saya plan nak masak simple2. Kalau ada orang jagakan Aqib saya boleh masak macam sekarang nie. Ibu dan mak tolong jagakan Aqib sementara saya masak. Ibu dan mak tak balik lagi saya dah rasa sedih. 4 bulan ibu dan mak dok rumah saya tentulah terasa nanti kalau mereka dah balik kampung. Lepas raya nanti ibu dan mak balik sini balik cuma tak duduk rumah saya tapi rumah kakak. Ibu kata gilir2 lah. Oklah!!!

Cerita pasal puasa nie bila time buka puasa time tu lah Aqib bangun tidur. Kalau tak tidur pun time Azanlah dia nak berbunyi. Macam tahu2 aje time tu orang tak peduli kat dia pasal sibuk nak makan hehe... Saya sekarang dah cekap makan guna sebelah tangan. Tangan sebelah lagi dok pegang dia. Makan pun laju2 sekarang. Ada anak kecik kan macam tu lah gayanya. Bergilir2 lah saya dan suami. Walau macam tu pun saya tak kisah. Rasa bahagia lagi. Apalah sangat semua tu kan?

Baru2 nie syarikat abg ipar berkerja ada anjurkan majlis berbuka puasa kat hotel PICC . Kakak tanya saya nak join dak. Cuma saya dan suami aje yang kena bayar. Awatif dan Aisy tak payah bayar kerana gantikan Mustaqim dan Robin. Saya apalagi on ajelah. Pantang diajak, biasalah tu..

Tahun lepas pun saya ada ikut jugak. Time tu belum tahu saya mengandung. Makan relax aje. Tapi tahun nie agak mencabarlah sikit. Makan tak boleh nak relax2 dah. Mula2 sampai Aqib ok aje. Tapi bila dia mengantuk dia akan meragam sikit. Biasalah baby kan. Bila dia dah tidur tu baru rasa relax sikit. Alhamdulilah, tak adalah dia nak nangis over2 sangat. Dia bagi peluang ummi dan walid makan kenyang2 hehe...

Bila tengok dia ok aje rasa macam boleh bawak keluar makan lagi nie. Rezeki lagi Alhamdulilah, sekali lagi ofis abang ipar buat majlis buka puasa kat hotel Marriot. Kali nie semua free tak payah bayar. Bila dah kata free tu laju2 lah balas mesej kakak kata ok kami nak ikut hehe.... Kali ke 2 pun Aqib baik aje perangai. Tidur walau bising2. Nangis kejap pasal lapar. Bila dah kenyang diam aje. Alhamdulilah.

Aqib kan fully bf. so pergi mana2 pun kenalah bawak dia. Dah merata dah dia ikut saya. Naik komuter pergi Midvalley, naik LRT pergi Sogo. Naik kereta jangan cakaplah kan. Kesian dia, dah ummi suka pergi shopping terpaksalah anak ummi ikut. Tambah2 nak raya nie kan..

Mula2 cari baju ummi dan kakak kat Bangi Sentral tu. Ya Allah ramainya orang. Sesak nafas ummi tengok orang ramai. Dahlah tak dapat baju, penat aje yang dapat. Esok tu pergi Sogo cari baju abang Aisy. Awal2 dah keluar rumah. Sampai2 Sogo ngam2 pukul 10. Elok aje Sogo baru buka. Ramai jugak orang tapi bolehlah nak jalan dengan bebas kat dalam tu. Kalau tak nak jalan pun susah. Dok berlanggar bahu ngan orang. Dah setel baju abang cari baju ummi dan kakak pulak kat bangunan sebelah maju junction tu. 

Sebenarnya baju saya dan Awatif dah beli cuma nak cari baju kurung aje. Tahun nie kami nak kelainan. Nak baju yang ready made. Sebelum2 nya beli kain tempah. Sekarang nie senang pasal saiz saya dan Awatif lebih kurang sama so tak ada masalah kalau nak cari size. Nak kelainan kononnya tapi beli macam biasa aje hehe.... Tak bolehlah nak glamer bagai pasal ada anak kecik. Tak sesuai nak bergaya lebih2 iya tak?

Sekarang nie baju raya semua dah setel. Baju kurung, baju melayu, baju raya ke 2 sampai raya ke 4 semua dah selesai. Cuma tudung aje belum beli lagi. Tak apa, itu senang aje. 

Baju Aqib awal2 saya dah beli. Geram tengok baju baby. Comey2. Baju budak pompuan lagilah comey. Mcm2 fesyen ada. Mujur Aqib boy kan, kalau tak parahlah poket walid hehe...

first time bawak Aqib naik LRT pergi Sogo. tidur aje dia dalam carrier tu. cuma masa nak balik tu dia dah rimas. nangis kejap. dah keluarkan dia dari carrier terus dia sampailah balik rumah. saja suami ajak naik LRT, takut jem @ tak ada parking. masa nie seminggu nak puasa rasanya.

masa nie kat Alamanda. misi cari baju raya gak hehe...

tidur aje dia dalam tu :)

masa nie nak naik komuter pergi Midvalley. suami2 tak mau ikut so isteri2 aje yang pergi hehe.... adik Najwa dr Kelantan datang KL untuk shopping baju raya Iman. masa nie Iman tak ikut, ibu tolong jagakan.

kakak pegang Aqib pasal saya dah lenguh satu badan. walaupun dia tak berisi sangat tapi bila duduk dalam carrier tu lama2 rasa bahu dan pinggang lenguh sangat. masa nak pergi tu Aqib berry. abis baju dan seluar dia. mujur saya bawa baju spare. kakak yang tolong salinkan dia dalam keadaan orang ramai dalam train tu. guna tisu basah. saya tak boleh nak tunduk2 kalau dalam kenderaan yang bergerak2. saya akan rasa pening dan loya. kalau tak cuci cepat2 dia akan mengamuk! alahai! Aqib, kenangan tu hehe....

ini kat PICC, majlis berbuka puasa yang pertama.

tudung saya yang senget, maklumlah ada anak kecik - alasan yang tak boleh blah hehe....

alahai! kenapa sebek tu anak ummi..dia malas nak layan ummi la tu. asyik nak bergambar aje tak habis2 ☺️

nie kat hotel Marriot. serius cakap kebanyakkan makanan kat sini kurang sedap. pilihan banyak sangat tetapi rasa kurang.

kami dah 5 sekarang 😊

lagi sekali... happy sangat 😄

sejak ummi bagi green light dukung adik pantang aje sekarang. kejap2 dukung adik sampai ummi naik seriau..

*** lama tak mengarang rasanya dah kelaut ayat2 saya nie. tak apalah, janji orang fahamkan ceritanya 😊

No comments: