Friday, June 12, 2015

tentang kelahiran Aqib

Assalamualaikum!!

Lama sungguhlah nak bercerita kat blog nie tentang kelahiran cahayamata ke 3 saya nie. Diam tak diam dah 3 bulan dah. Rasa macam kejap aje masa berlalu. Macam baru semalam aje saya buat pregnancy test tu, macam baru semalam aje saya keluar masuk hospital akibat alahan yang teruk dan macam baru semalam aje saya selamat melahirkan dia. Minggu depan dah puasa. Saya dapat tahu mengandung dalam bulan puasa tahun lepas. Start alah teruk nak dekat raya. Raya tahun lepas tak rasa macam raya. Asyik baring aje dengan masalah air liur keluar tak henti2. Tisu dan tong sampah kecik jadi peneman setia yang saya usung 24 jam. Lepas raya lagilah teruk. Makan minum tak boleh. Muntah tak berhenti sampai muntah darah. Berat badan turun sampai 10kg. Tengok tv tak boleh pasal ada drama ke filem ke orang makan. Tengok tu pun boleh muntah. Dengar lagu raya pun tak boleh jugak. Lagu raya ingatkan tentang ketupat lemang rendang semua. Bila ingat tu pun boleh muntah. Malam2 mimpi makanan boleh sedar dan terus muntah. Bila kena warded time nak cucuk masukkan jarum drip air tu pun seksa! Bila kurang air dalam badan urat2 jadi kecik susah nak cari. Cucuk 3-4 kali baru boleh. Sampai bengkak2 tangan. Memang rasa seksa sangat time tu. Tapi sekarang bila fikir balik rasa berbaloi sangat semua tu bilamana cinta hati selamat dilahirkan.

Syukur Alhamdulilah, Muhammad Zuhayr Aqib selamat dilahirkan secara pembedahan pada 27hb February 2015. Lahir pada usia kandungan saya 37 minggu. Terpaksa lahir awal seminggu dari tarikh sebenar kerana saya telah turun tanda. Saya diusung ke bilik bedah pada pukul 2.00 pm. Aqib dikeluarkan dari perut saya pada pukul 3.01 pm. Saya memilih untuk terus pengsan kerana takut! Saya memang penakut! Ramai nasihatkan saya supaya memilih separuh sedar semasa pembedahan dijalankan tapi saya tetap memilih tak sedar langsung. Sepupu saya kata ada beza antara separuh sedar dengan tak sedar langsung. Katanya sakit lagi terasa bila sedar dari bius yg tak sedar langsung. Kalau separuh sedar sakitnya kurang. Bila tanya Dr Pakar katanya sama aje. Bila tanya Pakar Bius katanya tak ada masalah. Ikut pilihan pesakit sendiri. Jadi saya yang penakut nie pilih yang tak sedar. Sakit memanglah sakit, lepas pembedahan memanglah kan!

Saya sedar dalam pukul 5.00 pm. Masa tu masih dalam bilik bedah. Mungkin untuk pemerhatian. Lepas saya sedar dan ok baru dibawa ke bilik.  Lepas sedar2 tu terasa berdenyut2 kat tempat bedah tu. Ini kali yang ke 3 tempat tu dibedah. Sakit tak terkata! Ada setengah orang kata tak sakit sangat. Setengah pulak kata sakit tapi boleh tahan. Bagi saya memang sakit!! Untunglah pada orang yang kata tak sakit tu! Habuan masing2 kan? 

Selama 2 hari saya banyak bergantung pada ubat. Ibu selalu pesan jangan ambik banyak sangat tak elok. Saya ikut jugaklah kata ibu. Kalau tak tahan sangat baru saya tekan ubat tu yang masuk melalui drip air saya. Tapi kali ke 3 nie saya rasa semangat saya agak kuat tak macam sebelumnya. Mungkin faktor usia kot! Masa anak pertama saya 26 tahun, anak ke dua saya 29 tahun. Yang ke 3 nie nak masuk 40 tahun! Hari ke 3 lepas tiub kencing dikeluarkan, drip air dan ubat tahan sakit dicabut saya bangun untuk ke bilik air dengan kuatlah walaupun sakit yang amat sangat. Orang yang pernah lalui saja yang fahamkan sakitnya macamana. Tak macam sebelumnya, saya terlalu lemah. 

Dr kata masa pembedahan tu bleeding agak teruk, yang melekat2 tu pun boleh tahan gak. Dan satu benda Dr kata saya kurang pasti. Saya macam faham Dr kata Dr terpaksa panjangkan potongan bedah tu kerana masalah bleeding. Saya memang tak tahulah pasal hal2 perubatan nie. Fahaman saya macam tu lah. Nak tanya balik terlupa langsung. Tapi ayat last Dr yang tak boleh tahan. "Saya bagi awak peluang untuk mengandung lagi sorang". Lepas tu Dr nak ikatlah kot! Hehe..... Entahlah, umur pun dah 40 tahun. Dah tak sesuai kot! 

Saya kena warded selama 5 hari. Sepatutnya 4 hari saja tapi Aqib kena kuning dan kena duduk bawah lampu. Jadi stay satu hari lagi. Sepanjang kat hospital ibu dan Awatif temankan. Suami dan adik tak temankan kerana keadaan bilik yang agak kecil dan tak sesuai ramai2 teman kat hospital. Tapi pagi2 suami dan adik sampai. Malam baru balik.

Masa pertama kali tengok Aqib rasa sebak sangat. Walaupun ini bukan anak pertama, yang ke 3 pun tapi perasaan menjadi ibu sekali lagi amat membahagiakan! Terdetik rasa menyesal kenapa dulu2 tak nak anak ramai! Dukung dia untuk pertama kali sungguhlah mendamaikan hati. Terasa besar sungguh kuasa Mu Ya Allah! Syukur atas nikmat Nya yang memberi saya merasai pengalaman yang amat indah. Saya dari zaman kecik2 memang suka sangat budak2. 

Kulit Aqib sangat putih di awal2 kelahirannya. Comel sangat2. Berat badan dia 2.95 kg. Agak kecil berbanding kakak dan abang. Kakak 3.3 kg, abang 3.2 kg. Mungkin sebab dilahirkan awal, Aqib agak kecil. Satu saya perasan dari awal. Telinga Aqib ikut saya. Tak capang macam kakak dan abang hehe.... Jangan risau kakak dan abang ya. Semua anak2 ummi comel walaupun bertelinga capang. 

Kehadiran Aqib dalam hidup kami makin membahagiakan hidup kami sekeluarga. Suami dan anak2 seronok tak terkata. Terasa benar pengorbanan saya mengandung dan melahirkan Aqib dihargai. Doa saya setiap waktu agar kebahagiaan kami ini berpanjangan hendaknya Ya Allah. 

Tempoh berpantang saya dijaga oleh ibu. Saya amat berterima kasih pada ibu atas susah payahnya ibu menjaga saya dengan keadaan ibu yang kurang sihat. Walaupun ibu kadang2 lupa saya dalam berpantang tapi ibu menjaga saya dengan baik. Tak kurangnya layanan ibu pada saya, sama macam dulu. Ibu dan mak masih ada dirumah saya sekarang walaupun dah 3 bulan saya bersalin. Ibu kata bagi saya kuat betul2 baru ibu nak balik rumah kakak. Terima kasih ibu! Tak terbalas segala pengorbanan ibu!

Kali nie saya berpeluang merasa berurut, bertungku, mandi herba2 pelbagai daun2 dan berparam pilis dalam tempoh berpantang selama 3 hari berturut2. Sebelum nie tak pernah. Cuma berurut selepas 2 bulan bersalin. Alasannya takut pasal bersalin czer. Sebelum nie saya berpantang kat kampung. Pertama kali berpantang di rumah sendiri. Mana nak balik kampung dah, ibu dan mak pun dah menetap sini. Rumah kat kg tu meriah time raya aje. Lepas raya seminggu semua balik KL, kosong baliklah rumah tu. 

Ini gambar2 Aqib sepanjang 5 hari kat hospital. 










No comments: