Friday, June 12, 2015

pengalaman suka duka BF Aqib

Assalamualaikum!

Saya nak bercerita mengenai pengalaman suka duka bf kan Aqib sepanjang tempoh saya berpantang dan sekarang. Sejak tahu saya mengandung saya sudah tanamkan dalam hati yang saya nak bf kan Aqib selama 2 tahun sama macam Awatif dulu. Rasa terkilan saya kerana tak bf kan Aisy dulu masih terasa berbekas di hati. Mungkin dulu kerana kurangnya ilmu dan lemahnya nekad di hati buatkan saya gagal. Kali nie saya bersungguh2 dan kuatkan nekad dan semangat disamping doa yang tak putus2 supaya niat saya di permudahkan. Alhamdulilah, selama 3 bulan nie Aqib hanya menyusu badan sepenuhnya. Dan doa dan harapan saya semoga dapat menyusukan Aqib seterusnya selama 2 tahun, Amin!

Bf nie benda yang semulajadi tapi ianya bukanlah semudah yang disangka. Tempoh berpantang adalah tempoh yang kritikal. Tanpa azam dan semangat yang kuat boleh buatkan kita gagal. Macam saya sendiri. Hampir2 give up dah! Dah suruh pun suami belikan susu formula! Tapi atas kata2 semangat yang tak putus2 dari Yan iaitu sepupu saya saya bangkit semula. Mungkin pada orang lain apalah sangat perjuangan saya ini. Tapi pada saya ianya amat bermakna! 

Dengan keadaan saya yang baru menjalani pembedahan, pergerakan saya amat terbatas. Setiap kali nak mendukung untuk menyusukan Aqib amatlah seksa. Itu bab pertama. Bab keduanya pulak saya merasakan susu saya tak cukup untuk Aqib kerana dia asyik menangis seolah2 dia kelaparan. Ada satu ketika dia asyik nak menyusu setiap setengah jam. Saat itulah kemuncaknya hati saya berbelah bagi samada nak bg susu fm. Dan hari itulah saya perkenalkan dia dengan puting. Bab ke 3 pulak luka. Setiap kali dia menyusu meleleh air mata menahan pedih dan sakit. Pelbagai cream di sapu tetapi bisanya buat saya tak tidur. Saya tak ingat bagaimana pengalaman masa bf kan Awatif dulu tapi rasanya tak melalui pengalaman sakit begini. Saya seperti bersalinkan anak pertama. Kurang ilmu dan pengetahuan. Asyik2 bertanya pada sepupu yang masih muda. Walaupun dia baru ada anak seorang tapi sekurang2 dia baru melalui pengalaman tu so banyak benda yang dia ingat. Saya pulak last rasa bf anak 14 tahun yang lepas. Lama tu kan? Mana nak ingat dah!

Dugaan2 itulah buatkan saya patah semangat. Tapi atas kata2 suami, ibu, Yan dan ahli keluarga saya teruskan. Alhamdulilah setakat 3 bulan nie membuahkan hasilnya. Masa awal2 dulu segala milk booster saya cari. Akhirnya saya jumpa yang sesuai untuk saya iaitu air rebusan longan kering dan kurma merah. Disamping rasanya yang sedap boleh juga dibuat milk booster. Bahan2 tu boleh dibeli di kedai cina yang jual ubat2.

Sekarang pun perasaan was2 susu saya cukup tak untuk Aqib masih saya rasa. Tapi memandangkan berat badan dia yang makin naik buatkan saya lega sikit. Orang kata kalau anak lelaki nie kuat menyusu tapi Aqib sangatlah kurang. Setiap kali menyusu tempohnya tak sampai 3-4 minit. Kejap aje.  Tapi agak keraplah. Tapi tak sekerap mana. Saya memang risau. Tapi ibu kata cukup. Tengok badan dia lah yang makin bulat. Saya legalah sikit bila ibu cakap macam tu. Tapi betul la tu kan? Kalau kurang susu kuruslah dia kan?

Pengalaman NIP dia pun satu benda yang baru. Masa Awatif saya langsung tak ingat samada saya NIP dia ke tak. Sampai sekarang saya masih rasa kekok dan malu. Saya hanya NIP dia sekali dua aje. Itupun dalam keadaan yang kelam kabut. Kami anak beranak! Anak2 pun sama, kecoh padahal ummi nak bf adik aje pun hehe... Kelakar bila ingat balik pengalaman NIP kan Aqib pertama kali masa kat kedai makan. Masa tu saya tak abis pantang lagi. Tengah breakfast sementara tunggu Dr datang untuk cucuk Aqib sebulan. Riuh rendah macam nak berperang! Dengan saya yang kelam kabut tak reti nak gunakan nursing cover. Memang kekok! Salahnya saya tak mencuba dulu dirumah. Sampai sekarang pun saya agak kekok nak NIP Aqib. Sedaya boleh saya cuba tak NIP kan dia. Kalau keadaan terdesak jugak tak salah saya rasa. Saya suka baca pengalaman ibu2 lain NIP kan anak2 mereka dengan bangga.

Gambar saya bersama dengan Aqib masa saya dalam tempoh berpantang.



1 comment:

Kaz said...

Salam Fizin..
bercakap fasal bf baby ni, ina faham sgt2 segala kerisauan dan kepayahan yg dilalui. Tabahkan hati Fizin dan walau apapun terjadi, jgn sesekali beli fm. Bila dah ada fm kat rumah, mulalah kita rasa lemah semangat. InsyaAllah Fizin boleh.