Friday, February 27, 2015

esok harinya..

Kita manusia nie hanya mampu merancang, Tuhan penentu segalanya. Seperti yang dirancang sepatutnya saya akan diczer minggu depan 5hb Mac. Tapi pada hari Isnin lepas dengan tak disangka2 turun tanda, ada darah! Saya panik sangat kerana selama mengandung kedua2 anak sebelum nie saya tak pernah ada turun tanda macam nie. Masa Awatif saya induced pada usia kandungan 42 minggu. Masa Aisy memang serah diri masa kandungan 38 minggu. Kali nie jadi lain pulak kerana baru nak masuk 37 minggu dah turun tanda! Baby tak sabar2 nak jumpa Ummi, Walid, Kakak dan Abang ke? 

Mujur pada hari Isnin tu kakak ada kat rumah. Kakak masih bercuti sempena raya cina. Kakak pun macam panik gak. Kakak cakap perut saya dah turun sangat. Saya lagilah takut. Mahunya nanti rasa nak bersalin macamana. Dahlah saya tak ada pengalaman rasa sakit bersalin. Masa Awatif dulu ada rasa tapi macam kejap sangat. Lagipun mana nak ingat, dah 14 tahun kot!!

Suami kerja aritu. Tapi sebab saya tak rasa sakit langsung bolehlah relax walaupun panik. Tenangkan hati dulu pastu ajak kakak pergi lunch dulu pasal dari pagi tak makan apa2. Lepas lunch pergi Klinik biasa kat rumah dulu. Klinik biasa yang saya selalu pergi tutup pulak. Pukul 4 petang baru buka. Lambatlah nak menunggunya. Nak kena cari Klinik yang Dr nya perempuan kerana kakak kata mungkin kena seluk. Adohai!! dengar tu saya dah stress. Selama nie memang saya tak terfikir akan kena seluk memandangkan saya akan diczer. Itulah kuasa Tuhan ya. Selama nie dok confident sangat tak akan kena seluk. Bila dok baca pengalaman orang bersalin bila sentuh bab seluk nie dalam hati selalu kata mujuq saya tak kena. Ha!! Tuhan bagi peringatan tu lain kali jangan berlagak sangat hehe....

Lepas klinik biasa yang saya pergi tu tutup pergi klinik lain. Tapi Dr nya lelaki. Keluar balik klinik. Masa nak balik tu ada seorang adik nie bagitahu ada klinik Dr perempuan kat Bukit Mahkota. Saya pun cepat2 ajak kakak pergi. Bila dah jumpa Dr memang confirm kena seluk kerana Dr nak tahu samada saya ada bukaan ke belum. Bila check tak ada bukaan langsung. Alhamdulilah tak ada sakit sangat cuma kita rasa tak selesa lah sikit. Dr suruh refer ke Ampang Putri untuk check jantung baby dan nak tahu ada contraction ke tidak. 

Memandangkan saya tak sakit saya dan suami cadang esok tu baru nak pergi. Esok tu relax2 dulu. 10 pagi baru bertolak dari rumah kerana Dr Ashar pukul 2.30 petang baru ada. Sampai aje kat hospital terus pergi emergency. Bila bagitahu turun tanda terus diaorg hantar ke labour room. Siap suruh naik wheelchair lagi. Mula2 saya tak nak, iyalah tak sakit kan? Tapi nurse tu suruh naik jugak, xpe dia kata. Saya pun ikut ajelah.

Bila sampai labour room terus buat ctg dulu. Bila masuk situ teringat masa nak bersalinkan Awatif 14 tahun lepas. Masa Aisy saya tak masuk kerana memang serah diri untuk czer aje. Teringat2 pengalaman bersalinkan Awatif dulu....

Bila buat ctg, Alhamdulilah jantung baby ok. Tapi mesin ctg menunjukkan saya ada sakit contraction 20-30 minit sekali. Saya tak rasa sakit cuma rasa perut mengeras aje. Nurse kata itulah tanda2 contraction. Tapi masih diperingkat awal. Dia kata selalunya tak akan amik masa lama untuk bersalin. Terus rasa ketar satu badan. Tapi dalam masa yang sama rasa teruja nak tengok baby..

Dah selesai semua pergi ke klinik Dr Ashar. Nak tanya macamana keadaan sekarang. Dr pagi tak masuk klinik kerana ada kes operation. Petang pukul 2.30 baru masuk. Oklah, lepas amik no giliran pergi makan dulu. Lunch kat nasi ayam Linda Onn. Lepas makan sembahyang semua masuk balik klinik Dr Ashar. Tak tunggu lama sangat kerana dapat no giliran no 2. Bila dah jumpa Dr kata oklah buat awal seminggu. Jadi suami decide buat hari jumaat nie iaitu esok. Dr kata buat lepas sembahyang jumaat. Saya pun ok aje. 

Lepas selesai semua cal adik Najwa tanya boleh tak dia tolong hantar ibu balik KL minggu nie. Adik kata nanti dia bincang ngan Syahmy. Bila cal balik dia kata boleh. Ok, setel urusan ibu. Sebenarnya masa saya turun darah tu tak bagitahu ibu. Ibu jenis cepat panik dan susah hati. Minggu lepas ada saya cal ibu tiba2 ibu tanya saya dah sakit ke terus aje ibu ketar. Ibu sejak sakit nie lagilah tak boleh bagitahu berita yang terkejut. Kalau nak bagitahu kena bagitahu pelan2. 

Mula2 saya ingat tak apa kalau ibu tak balik masa saya operate tu. Tapi bila dah jumpa Dr dan confirm tarikh tiba2 rasa sebak lak fikir ibu tak ada dekat ngan saya masa saya sakit tu. Itu yang terus cal adik Najwa tanya. 

Ibu pulak macam tau2 aje yang saya dah turun tanda. Ibu macam boleh tahu ada something aje yang terjadi. Firasat seorang ibu jangan buat main kan? Ibu cal kakak pagi tu kata ibu dok susah hati saya bersalin awal tambah2 bila kakak bagitahu ibu perut saya dah turun. Masa saya kat hospital Ibu cal 3 kali tapi saya tak angkat kerana tak tahu nak cakap apa. Kalau cakap kat hospital mesti ibu lagi susah hati. Tapi bila saya tak angkat fon lagilah ibu suspen. 

Bila cal tanya kakak, kakak tak bagi bagitahu apa2 kat ibu dulu. So saya pun cal ibu balik. Bila ibu tanya ada kat mana saya bohong kata tengah makan dengan Awatif kat kedai. Bohong sunat ke tu? Hehe....

Bila adik Najwa dah confirm boleh hantar ibu balik KL ari khamis nie baru rasa ok bagitahu ibu. Tapi saya tak boleh terus bagitahu macam tu aje takut ibu terkejut. Suruh adik Najwa cakap slow2 ngan ibu dulu baru lepas tu saya cal ibu. Alih2 tak sempat apa2 ibu terus cal saya tanya saya ada kat hospital ke rumah? Bila ibu dah tau rasa lega dah. 

Jadi esoklah harinya..... Berdebar2 betul rasanya. Doakan saya dan baby selamat ya.

masa kat hospital, tengah buat ctg

bersama Awatif, dia tak nak pergi sekolah kerana nak temankan Ummi

semalam ajak suami makan steamboat sebelum bersalin. dah mula nampak muka saya yang dah kembang..

1 comment:

Saufa Sakinah@ hAda said...

wah...bersalin normal ker? salam perkenalan