Monday, February 2, 2015

cerita hari minggu

Seperti biasa weekend nie tak duduk kat rumah lagi.  Sabtu ada check up kat Ampang Putri. Alhamdulilah, ummi dan baby sihat. Berat ummi 61kg, berat baby 2.2kg. Dr kata tak perlu risau apa2. Semoga semuanya berjalan lancar hingga ke tarikh pembedahan. Saya juga dah tetapkan tarikh untuk diczer iaitu pada 5hb Mac dpn. Tarikh asal 27hb February tapi disebabkan ibu masih di Kelantan time tu so terpaksa ditukar ke tarikh yang lain. Mula2 tu nak 2hb Mac sempena anniversary kami yang ke 15 tahun tapi tarikh tu jatuh pada hari Isnin. Suami kata tak boleh kerana takkan anak2 nak ponteng sekolah banyak hari. 5hb Mac tu hari Khamis so anak2 ponteng 2 hari aje pasal sambung Sabtu dan Ahad. 

Saya nak anak2 bersama saya dan suami di hospital nanti. Anak2 kan dah besar jadi takkan ada masalah kalau mereka temankan saya nanti. Saya nak semua orang yang saya sayang berada disamping saya. Selain suami dan anak2, insyaAllah ibu juga akan menemani saya. 

Saya akan masuk wad pada 4hb tu pasal saya akan menjalani pembedahan pada awal pagi keesokkannya. Memang terasa dah debaran dihati. Rasa kecut aje perut nie. Kaki tangan pun seram sejuk dibuatnya. Setiap masa berdoa pada Allah supaya saya dan baby sihat dan selamat. Tolong doakan buat saya dan baby ya agar kami sama2 kuat dalam perjuangan ini, Amin..

Sambung balik cerita tadi, selalunya kalau check up nie akan amik masa setengah hari. Lepas semua dah selesai kami ke Bangi Gateway kerana Awatif nak sangat makan sushi. Kat Ampang Point tu ada tapi suami ajak pergi Bangi kerana ada barang yang hendak dia cari. Agaknya teringin dah lama, Awatif makan bersungguh2 hehe.... Rasa puas tengok dia makan. Agaknya banyak sangat dia makan sampaikan ke malam dia kenyang. Makan tu dalam tengahari. Kiranya bertahan hingga ke malam. Adik makan jugak tapi biasalah dia tu. Suami selalu cakap adik ikut perangai saya masa kecik. Cerewet sangat pasal bab makan. Suami cakap dia dulu waktu kecik makan aje apa yang ada. Kalau ada ayam lagi bertambah selera dia makan. Saya memang akui saya dulu memang cerewet tapi sekarang bila dah kawen dan ada anak nie semua benda saya bedal. Kalau tak macamana badan boleh naikkan? Hehe...

Lepas makan semua kami pun pusing2 lah Bangi cari air purifier. Sejak dua menjak nie saya dan anak2 kerap sangat kena selsema. Saya dok salahkan resdung saya nie tapi anak2 macamana pulak. Suami kata udara dalam bilik tak bersih kot. Habuk pun banyak. Kalau tiap2 hari vacum habuk tak terjejas pun. Lama dah dia dok cari tapi tak tahu jenis mana yang elok. Sejak seminggu dua nie suami dok google nak cari mana yang sesuai dan ok. 

Cari2 kat Bangi tak ada yang sesuai. Yang suami saya nak tu tak ada. Orang kedai tu kata kat IOI Puchong ada jual jenis yang suami saya nak. Suami kata tak apa ke esok kita keluar lagi. Saya memang tak ada hal, no problem aje. Sayakan suka berjalan hehe....

Sebelum balik rumah si adik tu dok sibuklah memujuk suami nak beli kasut futsal. Dia kata nanti dia akan wakil sekolah untuk lawan bola. Dah 2-3 hari dok merengek kat saya. Nak kasut futsal nak kasut futsal. Dengan saya nie dia kurang sikit tapi dengan suami dia memang pandai memujuk. Suami selalu kalah dengan rayuan dan pujukan dia. Memang tabik spring betul ngan dia hehe... Bab pandai memujuk walid tu ikut ummi jugak kot hehe..

Singgah Al Ikhlas tapi tak ada size pulak. Kecewa sungguh dia tapi janji esok cari lagi. Lepas tu baru nampak dia ok.

So pagi tadi awal2 dah bangun. Ingat nak keluar awal pagi pasal kalau keluar awal boleh balik awal. Tapi tak awal jugaklah. Pukul 10 baru keluar rumah. Lepas breakfast kat kedai dekat rumah baru terus pergi. Sepanjang perjalanan saya tidur aje. Sedar2 dah sampai. 

Besar jugak IOI Mall Puchong nie. Tak pernah pergi lagi. Saya kan dah memboyot jadi tak larat lah nak jalan jauh2. Jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti. Memang tak larat sangat tapi nak berjalan punya pasal sangguplah. Bila suami tengok saya dia pun jadi kesian. Saya kata tak apa janji jalan pelan2. Kalau tak larat sangat saya akan cari tempat duduk dan biar suami cari barang yang dia nak. Alhamdulilah air purifier yang dia nak tu ada. Sebelum beli tu lunch dulu kat Wendys. Lepas dah selesai semua saya ajak balik. Dah tak larat dah. Masa suami survey dulu air purifier tu saya dan anak2 pergi cuci mata barang2 baby. Saya tak beli apa2 pun pasal semua dah ada. Saja suka tengok barang2 baby sambil berangan-angan. Sekarang nie saya suka betul tengok kasut baby. Setakat nie dah 2 pasang saya beli. Entahlah kenapa tapi saya rasa cute sangat kasut2 baby. Walaupun kasut baby boy ops! dah terbagitahu baby apa dalam perut nie hehe...  Walaupun kasut boy nie tak banyak pilihan macam kasut girl tapi ok jugaklah. Rambang mata saya bila tengok..

Suami ada kata kat saya tunggu baby keluar dulu baru kita shopping lagi baju ke kasut ke kat dia hehe... 

Hari nie Awatif dapat jam dan sepasang tshirt dan jeans. Adik pulak apa pun tak dapat. Kasut futsal dia sekali lagi tak ada size. Susah pulak nak cari saiz dia. Jam pun tak belikan kat dia. Dia nak yang mahal harga seratus lebih macam kakak. Dia belum boleh lagi nak belikan barang mahal untuk dia kerana dia tak pandai jaga barang lagi. Jam yang harga rm10-rm20 dia tak nak. So tak beli apa2 lah kat dia. Muka frust aje. Comel pulak bila tengok hehe... Bila janji hari Selasa nie nak pergi Alamanda cari kasut dia baru muka ceria balik, siap urut ummi lagi.

Ummi pun tak dapat apa2. Sebenarnya list yang ummi nak beli panjang, kalah anak2 ummi. Tapi semua barang ummi kena beli online. Rasanya dah boleh start order kot barang2 ummi untuk persediaan berpantang nanti. Banyak tu, campur tolak bahagi darab mahu beratus2. Jangan pening ya abang :)

kat Ampang Putri, tengah tunggu giliran. Muka saya dah start kembang :) Adik tu tak lekang ngan saya, asyik pegang perut saya tanya baby tengah tidur ke. Kejap2 cium perut saya. Tak sabar betul dia nak jumpa baby.

Awatif senyum lebar bila dapat makan sushi. Berbaloi rasanya bawak dia makan.

Adik dan Walid. 

Suami yang amikkan gambar nie, tak dan nak apa2 dia dah snap. Nak suruh amik lagi sekali dia sibuk layan adik. Last2 pakai ajelah gambar yang tak ready nie :)

Satu2nya gambar hari nie yang berjaya diamik. Ingat nak amik lain tapi terlupa, bila ingat nak bergambar rasa dah tak larat sangat. 



No comments: