Thursday, January 8, 2015

happy birthday abang!

Hari nie 8hb January 2015 genap umur suami 42 tahun. Seperti tahun2 sebelumnya kami sambut secara sederhana sahaja. Tak ada hadiah, tak ada kad. Hanya limpahan kasih sayang saya yang tulus ikhlas mampu saya berikan pada suami. Oklah tu kan? Hehe...

Memandangkan saya tak larat atau kata lainnya malas maka kek birthday pun beli saja. Perut yang makin membesar membataskan pergerakan saya. Saya memang dah lama tak masak. Rasa tak selesa sangat nak masuk dapur. Alasan ke tu? Hehe..... Suami request nak kek black forest, tak mau kek secret recipe. Nak kek kedai biasa aje. So saya dan anak2 pun mulalah misi mencari kek sampai ke Semenyih. Beli kek yang comel aje pasal tahu kalau beli besar memang tak akan habis. Saya dan anak2 nie taste ngada sikit. Kek kedai biasa2 nie kami kurang sikit hehe.... 

Suami suka sangat nasi Arab kat Saba. So kami keluar makan tadi lepas maghrib. Itu ajelah sambutannya. Wish2 anak beranak, amik gambar, makan kek, makan nasi arab balik rumah terus tidur. Kalau birthday suami selalunya macam gitulah, tapi kalau birthday saya lainlah ceritanya :)

Walaupun saya tahu suami jarang baca blog saya nie tapi nak jugak saya nyatakan kat sini betapa beruntungnya saya :-
dia menjadi suami saya
dia menjadi bapa kepada anak2 saya
dia menjadi menantu kepada ibu saya
dia menjadi adik kepada kakak saya
Terima kasih abang!!
Kehadiran abang banyak memberi kebahagiaan dalam hidup sayang!
Selamat hari jadi yang ke 42 tahun. Semoga abang sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt dari segala keburukan dunia dan akhirat. Semoga kita dapat meniti hari tua kita bersama2. 









1 comment:

Deni Susilo said...

Selamat untuk Anda berdua! Allah memberkati Anda.