Saturday, January 31, 2015

dah 33 minggu

Alhamdulilah dah 33 minggu dah. Lagi 5 minggu aje nak sambut orang baru dalam family kami. Kami memang tak sabar2 nak jumpa baby. Semua orang menanti2...

Bila dah masuk 33 minggu nie saya rasa amatlah tak berdaya. Cepat sangat rasa letih dan mengah. Faktor usia rasanya mainkan peranan yang penting. Masalah saya sekarang malam2 susah nak tidur. Bila nak dekat subuh barulah saya akan tidur lena. Hampir sebulan jugaklah masalah nie berlarutan. Orang kata ianya perkara biasa kerana perut semakin membesar. Bila siang saya akan tidur nyenyak tapi saya hanya dapat tidur 2-3 jam saja kerana sibuk uruskan anak2 ke sekolah. Kalau tidur siang lama2 pulak nanti takut malam nanti berjaga. Tapi kalau siang tak tidur pun boleh buat saya berjaga malam gak. 

Alhamdulilah setakat hari ni sepanjang mengandung kali nie saya tak alami masalah kesihatan yang serius seperti sebelumnya. Saya rasa saya sihat aje cuma masalah resdung ajelah yang dok kacau hidup saya dari sebelum mengandung lagi. Saya jugak belum lagi diserang penyakit tarik mengkarung setakat hari ni. Maksudnya tu kaki cramplah hehe... Kalau sebelumnya baru2 mengandung dah kena sampai meleleh air mata setiap kali. Alhamdulilah, semoga berterusan lah hendaknya sampai hari bersalin nanti. Semoga Allah lindung Ya Allah...

Walaupun rasa sihat tapi keadaan tak larat tu memang agak serius jugaklah. Setiap kali turun naik tangga dah mengah sangat2. Serius, saya rasa sangat berbeza mengandung kali nie. Last saya mengandung masa saya berumur 29 tahun. Walaupun ada lelah dan sering tak sihat waktu tu tapi tenaga saya masih kuat. Lain rasanya. Kali nie diduga dengan daya kecergasan yang lemah. Memang lainlah rasanya. Saya banyak berehat aje sepanjang mengandung kali nie. Banyak baring. Buat kerja sikit baring. Lepas hantar anak ke sekolah baring. Saya memang dah lama tak masak. Rumah upah orang kemaskan 2 minggu sekali. Laundry pulak suami dan anak2 banyak membantu. Alhamdulilah, memang Tuhan permudahkan segalanya untuk saya sepanjang kehamilan kali nie. Mungkin ini rahmat rezeki diberi Nya di usia emas ini. 

Perut semakin membesar membataskan pergerakan saya. Tapi itu tak menghalang saya ke shopping mall tiap2 weekend sejak akhir2 nie. Walaupun jalan dah macam penguin tapi sebab shopping punya pasal tak apa hehe... Suami kadang2 risau dan susah hati dengan keadaan saya tapi saya yakinkan dia tak apa. Janji jalan pelan2. 

Saya memang suka ke shopping mall. Kalau tak beli apa2 pun janji cuci mata hehe.... Alhamdulilah barang2 baby dah siap sedia. Cuma barang2 Ummi aje belum lagi sedia sepenuhnya. Tak banyak dah cuma nak beli bengkung khas untuk orang bersalin czer dan ubat2 sepanjang berpantang. Saya sibuk google aje kebelakangan nie untuk nak cari ubat atau apa2 makanan tambahan untuk banyakkan susu. 

Kali nie saya nekad nak susukan anak. Masa Awatif dulu saya fully breastfeed dia sampai 2 tahun. Masa Aisy mungkin bukan rezeki dia dan saya. Dia langsung tak nak dan sanggup dia berlapar. Mungkin kerana kurang ilmu pada masa tu dan saya pulak stress dan sedih kerana ibu terpaksa tinggalkan saya kerana menunaikan umrah so memang tak dapat nak menyusukan dia. Saya rasa sangat sedih sangat time tu. Even bila fikir sekarang pun rasa sedih sangat. Mungkin sebab tu lah agaknya antibodi dia tak kuat dan sering sakit. So kali nie saya berazam dan bernekad nak fully breastfeed untuk anak ke 3 nie. Semoga Allah permudahkanlah. 

besarkan perut saya hehe... ramai orang menegur "kebesaran" perut saya nie. sebenarnya setiap kali saya pregnant memang ginilah keadaan perut saya. 

Baju2 baby dah ready. Masa minggu ke 30 kot saya dah basuh baju2 baby. Memang senyum aje sorang2 bila basuh, sidai dan lipat baju baby. Rasa macam nak sambut anak sulung pulak hehe... Iyalah, beza 11 tahun kan? Memanglah rasa macam tu. Baju baby pulak sekarang macam2. Tak macam dulu2. Geram aje bila tengok. Suami dan anak2 banyak melarang saya hehe... Tunggu baby keluar baru kita shopping baju lagi.

rasanya dah boleh agakkan baby boy ke girl hehe...

Kedudukan perabot kat tingkat bawah pun dah diubah untuk bagi ruang untuk saya berpantang nanti. Memang agak sempitlah tapi tak apalah. Bukan orang nak datang ramai2 selalu kan? Hanya kami anak beranak dan ibu dan mak oklah tu. 

meja makan saya ubah ke ruang tamu depan. ruang makan saya ubah menjadi "sarang" saya masa berpantang nanti. memang sempit sikitlah keadaan dalam rumah sekarang.

ini ruang makan saya asalnya tapi sekarang dah jadi macam gini. daybed tu akan jadi katil saya. nampak sempitkan?

ini belum letak katil baby lagi. dah tak tahu nak arrange macam mana dah. tunggu ibu datang la kot2 ibu ada idea lain. almari b&h dan almari cc tu asalnya kat ruang tamu. terpaksa alih ke sini untuk bagi ruang untuk letak meja makan. almari drawer putih tu almari baju baby.

Saya belum kemas sepenuhnya lagi. Katil baby masih kat umah kakak kerana sepupu pinjam masa dia berpantang tahun lepas. Katil baby tu beli masa saya bersalinkan anak sulung. Jadinya hampir 14 tahun dah usianya. Tapi Alhamdulilah masih elok keadaannya. Barang2 yang masih elok saya memang tak beli lain. Sayangkan? Lagipun rasanya ini anak last kot hehe.... 

Walaupun ini anak ke 3 saya selalu google cari pengalaman ibu2 bersalin dan berpantang. Walau dah ada pengalaman sebelum ini tapi banyak benda saya dah lupa so memang banyak membantulah setiap kali baca blog2 mak2 yang lain. Contohnya baju apa nak dibawa masa pergi hospital. Barang apa yang perlu disediakan. Apa persiapan dari segi mental dan fizikal bila nak masuk bilik bedah. Kadang2 rasa ngeri jugak bila baca pengalaman bersalin normal ataupu czer. Walaupun dah 2 kali saya pernah tempuh tapi iyalah dah 11 tahun kan? Kadang2 ingatlah balik rasa perit dan pedih luka tu. Redha ajelah kan? Dah itu tanggungjawab kita. Memang tak boleh nak lari. Seriau tak seriau kena hadapi jugak. Bila tengok baby nanti insyaAllah hilang rasa sakitkan?

saya ada terbaca bila dah 30 minggu kena siapkan beg baby dan mak. so saya pun siap sediakanlah segalanya. nampak tak beg saya tu? banyak bajukan? pengalaman yang lepas2 sya kena duduk hospital selama seminggu. so supaya tak susahkan suami saya nanti, saya packing siap2 baju saya untuk seminggu. tapi mudahan kali nie tak lama sangat lah berkampung kat hospital tu. 

Panjang pulak cerita kali nie ya. Oklah, lain kali cerita lagi...

1 comment:

Mummy Rayyan said...

Maaf nk tanya.. puan beli tmpt sidai baju y 3layer tue kt mana ya.. puas sy cari...