Wednesday, January 7, 2015

dah 30 minggu

Alhamdulilah, kandungan dah pun genap 30 minggu. InsyaAllah lagi 8 minggu nak menyambut orang baru dalam keluarga kami. Persiapan dah pun siap 90%.  Baju2 baby dah pun beli malah rasanya terover sikit kot hehe.... Maklumlah dah lama tak menyoping baju baby yang comel2. Kalau nak di ikutkan lagi banyak yang nak dibeli tapi mujur suami dan anak2 pandai mainkan peranan supaya ummi tak ikut hati sangat :)

Memandangkan saya akan berpantang di rumah sendiri kali ni, kenalah kemas rumah sikit2 supaya nanti tak kelam kabut. Anak2 yang sebelumnya saya berpantang kat kampung. Sekarang nie ibu dan mak pun dah duduk sini,  kat kampung pun dah tak ada sapa2. Kami cuma balik time raya aje.  Saya dah kemas dah bahagian bawah tu. Saya akan duduk kat bawah sampai habis pantang. Tak sanggup nak naik tangga ke atas tu tambah2 saya bersalin czer. 

Kejap pulak rasanya dah 30 minggu kan? Masih teringat mula2 buat pregnancy test tu. Teringat masa mabuk teruk. Teringat keluar masuk hospital. Teringat sakit kena cucuk. Alih2 sekarang dah 30 minggu! Kami sekeluarga tak sabar nak meyambut orang baru! Tak sabar nak tunggu bulan 3 nie. Asyik menghitung hari aje. 

Walaupun sekarang rasa cepat penat, cepat mengah tapi rasa happy aje bila baby gerak2 dalam perut nie. Kakak dan abang pun tak sabar nak tunggu baby keluar. Sekarang nie kami tengah dok mencari nama baby. Ada yang ummi berkenan walid tak nak. Bila walid berkenan ummi tak nak. Ummi berkenan kakak dan abang tak nak. So tak tahulah kesudahannya apa hehehe.... 

Susah jugak ya nak cari nama baby nie. Kakak nak nama yang jarang dengar. Abang pulak tak kisah janji jangan nama yang kawan2 senang ejek. Dia kata macam nama dia Aisy. Kawan2 ejek Aisyah la, ais batu la kesian nanti baby katanya hehehe....


No comments: