Saturday, January 31, 2015

cicit2 baru Hajah Saodah

Alhamdulilah makin ramai cicit Hajah Saodah. Bermula dengan Naazneen, Iman, Sumayyah dan insyaAllah anak saya pada bulan 3 nie dan anak abang Eky bulan 6 nie. Makin meriahlah ya bila berkumpul ramai2 nanti. Nampak gayanya saya seorang yang agak tua di situ hehe.... Yang lain2 nya semua ibu2 muda.

ini Naazneen, anak Farah. Mungkin kerana jarang jumpa dia sangatlah diva. Tak mau langsung kat orang. Anak saya Aisy selalu geram ngan dia hehe.... Dah setahun lebih dah umur dia. Muka sebijik ikut ayahnya.

ini si bulat Iman Huraiyah, anak adik Najwa. Cerita kenduri kawen dia saya masih x update lagi dalam blog nie hehe..  adik habiskan masa berpantang dia kat rumah kakak. Time tu saya memang duduk kat rumah kakak 3 bulan kerana suami outstation. Dia jadi perhatian kami semualah kerana lama tak ada baby kecik. Bila dia balik Kelantan memang teringat2 kat dia sampailah sekarang. terasa sangat kerana banyak bulan jaga dia. Dari kecik tak ada isi sampailah badan jadi bulat macam gitu. Geram sungguh ngan dia. Rindu sangat dengan dia!! ibu sekarang duduk Kelantan kerana jaga dialah. Biar besar sikit baru bagi pengasuh jaga. Ibu akan balik sini seminggu sebelum saya bersalin. Sekarang nie dia dah 4 bulan.

dan ini anak Atiqah, Sumayyah namanya. nama panjangnya tak ingat hehe... hari ni baru 29 hari umurnya. Saya dan Atiqah beza 2 bulan aje masa mengandung dulu. Ini kali ke 4 dia czer. Seriaukan dengar. Tapi Atiqah dia jenis kuat semangat. Hari ke 3 dia dah nampak cergas. Seminggu dah nampak dia sihat. Jalan pun steady aje.  Kalau saya hari ke 3 masih terbaring kat katil. Minta2 kali nie saya cepat sihat macam dia.

Sayakan lama tak ada anak kecik. So rasa macam alahailah!! nak kena bermula balik zaman2 ada anak kecik dulu2. Tapi mujurlah anak2 dah besar. Harap2 anak2 Ummi nanti tolong jaga baby ya. Tak sabar sebenarnya nak tunggu baby keluar. Suami asyik membilang hari aje...

Esok ada check up kat Ampang Putri. Bila dah masuk 33 minggu nie kena check 2 minggu sekali. Tak sabar nak scan dan tengok baby buat apa dalam perut Ummi. Sejak awal mengandung hingga sekarang tak dapat nak tengok muka dia bila nak scan 3D kerana dia asyik palingkan muka dia. 

Makin kuat rasa gerakan dia dalam perut sekarang. Macam tahu2 aje cerita tentang dia hehe.... Buat anak Ummi, semoga membesar dengan sihat dalam perut Ummi nie sampailah ke tarikh kita berjumpa nanti. Semoga Allah lindung kita berdua dalam perjuangan ini, Amin!!

No comments: