Saturday, November 15, 2014

dah 22 minggu

Alhamdulilah, kandungan genap 22 minggu. Alahan dah hilang sepenuhnya cuma masalah sekarang cepat sangat penat. Berjalan dari ruang tamu nak ke dapur pun dah rasa mengah. Turun naik tangga apalah lagi. Masa mengandungkan Awatif dan Aisy tak adalah rasa begini. Mungkin faktor umur kot kan?

Minggu lepas kakak dan anak2 temankan saya pergi check up kat Ampang Putri. Alhamdulilah, baby sihat. Dah nampak jantinanya hehe... Saya tak kisah sebenarnya, boy ke girl janji baby sihat dan selamat. Itulah doa saya tiap2 hari. 

Saya belum buat apa2 persiapan kerana masih awal lagi. Tapi ibu cakap sekarang dah boleh beli sikit2. Banyak barang yang nak kena beli pasal nak dikatakan semua barang2 anak2 dulu dah diberi orang ataupun dah rosak. Iyalah umur Awatif dah 13 tahun dan Aisy pulak 10 tahun. Cuma barang2 besar aje macam katil baby dan kereta sorong masih elok. Dan saya tak akan beli yang baru. Baju2 memang kena beli pasal dalam simpanan saya memang tak ada. Dah diberi pada orang. Maklumlah dulu rancang tak nak anak dah. Bila fikir balik rasa rugi sangat. Tapi tulah, tak naklah fikir lagi. Tuhan dah tetapkan hidup saya begini. Perancangan Allah kita tak tahu. 

Masa mula2 buat scan tu saya rasa happy betul. Rasa macam anak pertama pulak perasaan tu hehe.... Bila tengok baby pertama kali rasa macam2 rasa... Tak sangka saya berpeluang lagi merasai pengalaman mengandung lagi sekali. Syukur pada Allah. Sekarang nie perut dah memboyot dan saya rasa bahagia sangat setiap kali tengok cermin hehe.... Kadang2 rasa macam tak percaya. Setiap kali tidur bila lasak kadang2 saya terlupa saya mengandung. 

Hati saya bertambah bahagia mengenangkan suami yang berpisah selama 3 bulan demi kerja akan balik minggu depan. Berpisah diwaktu begini memang memerlukan kekuatan emosi. Walaupun tiap2 hari dapat bertango @ tengok muka dia sambil bercakap tapi tak puas. Saya nak dia melayan kerenah saya. Mengada-ngadakan?  Suami akan bersama saya dan anak2 selama sebulan lepas tu dia akan ke Italy balik. Kerja dia selesai hujung bulan 2 tahun depan. So dia akan balik sini ngam2 tarikh saya bersalin. Sedihkan?

Masa buat check up selama 3 bulan lepas asyik terasa aje bila sampai hospital. Orang lain datang dengan suami masing2. Saya mula2 tu ibu temankan, pastu yang kedua sepupu dan bulan ketiga kakak. Bulan depan suami dah balik so dia akan temankanlah tapi bulan lepas tu dia dah kena pergi Italy. Sedih lagi.... Tapi tak apalah, tak maulah rasa sedih2, dia kesana demi kerja, cari rezeki untuk saya dan anak2. 

Mujurlah saya dikelilingi ibu, mak, kakak dan seluruh keluarga. Jadi taklah rasa sedih sangat. Kalau rasa nak mengada-ngada, boleh aje buat kat ibu dan kakak hehe... Tapi tak samalah dengan suami sendirikan?

Sejak seminggu dua nie debaran saya makin terasa. Ingatan rasa sakit, pedih dan perit lepas czer tu dah mula sikit2 ingat balik. Mulalah satu persatu kenangan masa bersalin kat Awatif dan Aisy berlegar2 kat kepala. Paling tak boleh lupa buka2 mata aje lepas sedar dari bius tu adoi!! sakitnya.. Saya paling takut masa dalam bilik bedah. Keadaan bilik yang sejuk, lampu bulat yang besar tu, peralatan bedah adoilah.... walaupun dah 6 kali saya masuk dalam bilik bedah tu tapi masih rasa seriau. Hanya fikir pun dah rasa seriau...

Tapi bila kenangkan nanti keluar baby yang comey (anak sendirikan mestilah puji) rasa takut dan berdebar tu kuranglah sikit. Kadang2 rasa diri sendiri yang melampau fikir bukan2. InsyaAllah, moga Tuhan lindung...

Besar tak perut saya hehe.... Kenangan untuk diri sendiri sebenarnya. Masa mengandung kat Awatif beriya2 amik gambar. Maklumlah anak pertama. Masa Aisy rasa happy tapi asyik2 terlupa aje nak amik gambar. Tak banyak kenangan gambar masa mengandungkan dia. So kali nie belajar dari pengalaman. Tiap kali nak keluar rumah nak ke mana2 mesti suruh anak2 amikkan gambar. Masa bersiap aje boleh bergambar. Takut nanti orang terkejut kalau tak bersiap hehe...




No comments: