Friday, August 29, 2014

Alhamdulilah, dah mengandung setelah 5 tahun mencuba

Lama betul tak update blog sampaikan nak buka blog pun tak boleh. Asyik-asyik error aje. Banyak hari jugak cuba buka last2 boleh pun. Mujur guna pasword yang mudah ingat, kalau tak sure terkebil-kebil nak ingat. Maklumlah dah tua :)

Saya kalut nak update blog nie bukan apa, sementara kejadian masih sedang berlaku so kena cepat2 update, takut nanti lupa hehe.... Tapi rasanya pengalaman ini tak akan dilupa sampai bila2 kot! 

Adik beradik & kenalan rapat semua dah tau dah, Alhamdulilah, saya sekarang mengandung walaupun umur dah 39 tahun. Lagi 3 hari genap 3 bulan. Saya dan suami memang merancang nak tambah ahli keluarga, dah 4-5 tahun kami merancang. Mulanya saya agak berbelah bagi nak mengandung lagi kerana mikirkan alahan yang teruk, keadaan kesihatan saya sepanjang mengandung dan paling takutnya operate! Masih terasa perit dan pedihnya kesan pembedahan tu walaupun dah 10 tahun last saya operate masa bersalinkan adik.

Saya kesiankan suami saya yang beriya-iya nakkan anak sorang lagi. Katanya peneman buat kami bila nanti Awatif dan Adik belajar kat asrama ke atau U ke. Setiap kali tengok baby mesti suami tersenyum. Akhirnya saya pun mengalah kerana saya pun memang suka budak2 pun cuma saya takut nak alami sekali lagi pengalaman alahan, mengandung dan operate. Bila dah set dalam pemikiran nak mengandung lagi maka bermulalah sebuah cerita ......

Setiap bulan saya menunggu.... kalau dah lewat tu memang confident tinggi bukan main kononnya confirm mengandung dah nie... Sampaikan ada masa tu saya dah merasa simptom2 alahan seperti loya dan muntah. Bukan sekali dua tapi banyak kali. Setiap bulan memang test sendiri melalui pregnancy test. Kalau sehari lewat aje pun test. Memang selalu jawapannya negatif. Saya menjadi obses teruk masa duduk di Kemaman dulu. Setiap bulan nak test sendiri walaupun lewat sehari dua. Banyak kali jugak saya lewat sampai seminggu dua. Ada sekali tu ada 2 line tapi satu line tu tak terang. Masa tu saya di hospital Kuantan, adik kena warded. Saya tanyakan nurse kat situ, dia kata memang positif cuma tak clear aje. Dia suruh saya test lagi lagi seminggu. Tapi tak sampai seminggu turun darah. Walaupun kecewa dah sedih saya redha. Bila dah jadi banyak kali macam tu saya pun macam pasrah aje.

Bila pindah KL jadi macam lupa pasal sibuk sangat dengan kehidupan disini. Saya cakap dengan suami kalau dalam tahun ni saya tak mengandung jugak saya dah tak mahu dah pasal umur dah 39 tahun. Tahun depan dah 40 tahun. Saya pun merancang macam2 aktiviti tahun nie. Suami saya akan ke Italy minggu depan selama 6 bulan atas urusan kerja. Dalam perancangan kami saya dan anak2 serta ibu dan Nyah akan ikut suami pada bulan 11 nie dan kami akan melancong ke Italy, Paris dan Switzerland. Memang kaw2 lah plan tu - suami pun dah google apa yang patut. Saya pun tiap2 malam dah termimpi-mimpi sampai dah kat sana hehe.... Suami kata lepas raya nie bolehlah beli flight tiket untuk kami memandangkan kalau beli awal boleh dapat murah.

Tapi itulah, kita manusia nie hanya mampu merancang, Tuhan penentu segalanya. Bermula dengan sakit gigi seminggu sebelum puasa. Sebenarnya sakit gigi nie dah lama tapi on off macam tu, disebabkan penakut nak jumpa Dentist maka bertangguhlah sakit tu sampai tak tahan sangat barulah terhegeh-hegeh nak pergi. Gigi tu memang teruk berlubang, ada dua cara samada cabut atau buat rawatan root canal. Saya tak maulah cabut kan sayang! dahlah gigi geraham pulak tu. So saya nak buat root canal. Sebelum buat root canal kena makan antibiotik selama 3 hari. Sementara nak tunggu 3 hari punyalah seksa kerana sakit sangat. Walaupun saya allergi ngan pain killer tapi saya minta jugak kot2 ada yang serasi ngan saya. Mujurlah painkiller tu serasi dengan saya. Selama 3 hari saya makan ubat antibiotik dan painkiller tu. Sebelum tu saya selalu rasa pening tapi memang tak ingat apa2 lah pasal saya nie memang selalu pening pun. 

Awal puasa tu saya rasa loya sangat dan muntah. Masa tu kat umah kakak. Ibu tegur 'hang mengandung apa". Saya cakap "eh! taklah ibu, ubat painkiller dan antibiotik tu kuat sangat, itu yang sayang rasa loya tu". Saya memang tak syak apa2 kerana memang tak sangka saya akan mengandung.

Bila dah  tak kisah mengandung ke tak saya jadi tak ingat bila saya period ke, bila saya last period ke. Memang tak ambil tahu langsung. Kalau sebelum nie saya akan tandakan kat calendar tapi sejak pindah KL nie saya tak buat catitan apa2 langsung. Period saya pulak tak menentu dah jadi saya memang tak ingat langsung. 

Bila sampai rumah saya teringat-ingat kata ibu. Saya macam was2 nak beli ke tak pregnancy test tu. Saya macam eh! takkan mengandung kot! tak mungkinlah. Saya cakap dengan suami, dia pun macam rasa tak mungkin saya mengandung. Dia kata tak payah check sekarang, nanti kalau negatif saya yang frust lebih. So saya jadi lupa kejap. 

2-3 hari kemudian saya rasa keinginan saya macam membuak2 nak check jugak.  Saya pun beli sendiri pregnancy test tu. Masa bangun sahur saya check tengok2 ada 2 line. Rasa macam tak percaya. Walaupun saya memang nak sangat2 dan dah bersedia dari segi fizikal dan mental tapi bila dah betul2 terjadi rasa macam tak percaya. Terus saya kejutkan suami, masa tu baru pukul 4 pagi. Selama 4-5 tahun kami nanti2kan berita nie tapi bila dah rasa macam dah tak ada harapan tiba2 dikejutkan dengan berita nie. Macam2 perasaan saya dan suami rasakan ketika tu. Tapi yang pastinya kami bersyukur sangat. Tuhan nak berikan rezeki pada kami. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya...

Masa kecewa tak mengandung dulu saya rasa macam2. Agaknya inilah perasaan orang yang tak ada anak. Setiap bulan berdoa dan mengharap. Sekurang-kurangnya saya dah ada 2 anak. Saya faham perasaan wanita2 diluar sana yang susah nak mengandung. Saya faham bila saya sendiri mengalaminya. Masa nak mengandungkan Awatif dulu saya alami keadaan yang sama. Setiap bulan bila datang period saya akan menangis semahu-mahunya. Bila check Doktor kata rahim saya bengkak. Puas jugak saya berubat secara kampung. Berurut & makan ibu kunyit hidup (kalau tak silap saya). Walaupun tak lalu gagah jugak telan kerana nak anak.  Sebelum tu saya keguguran masa mengandung sebulan seminggu. Lepas tu barulah mengandung kat Awatif. Masa Aisy pulak mudah aje. Tiba2 aje saya mengandung lepas 3 tahun hehe.... Alhamdulilah.

Jadi saya ingat nak mengandung kali nie mudahlah macam saya nak mengandungkan Aisy. Rupanya tidak. Makan masa 4-5 tahun! Ada jugak terdetik dalam hati nak makan ubat subur tapi saya takut. Suami ada juga cakap2 tapi dia pun takut gak. 

Bila dah mengandung nie segala perancangan saya jadi kelam kabut. Plan percutian kami rasanya mungkin tak jadi. Dengan keadaan saya sekarang saya jadi takut. Kalau jadi saya akan banyak berjalan kat sana. Nyah dah cakap memang kena banyak berjalan. Nyah dah pernah pergi jadi Nyah tahulah serba sikit tentang jalan kat sana. Dahlah keadaan saya sekarang kalau jalan sikit aje dah bleeding. Turun naik tangga rumah sendiri pun boleh bleeding. Habis macamana nak pergi tempat jauh macam tu?

Maklumlah bila dah tua mengandung macam ginilah hehe....  Suami saya kata tahun depan ajelah pergi kerana kesian baby nak ikut jugak. Saya bayangkan bawa baby pergi bercuti diluar negara hmmmm....memang letih. Terbayangkan keadaan Yan dan Qilah masa pergi Beijing tahun lepas...Adoilah!! tak boleh nak senang lenang bercuti lah kalau macam tu hehe.....

Saya pun macam tak sabar nak tunggu bulan 3 tahun depan, bukan tak sabar nak tunggu bulan 11 nie macam sebelumnya. Kalau sebelum nie dok terbayang keindahan negara orang tapi sekarang dok tertanya2 macamana rupa baby kali nie. Boy ke girl ke. Keinginan bercuti tu dah macam pudar aje, keinginan sambut baby baru yang berkobar2. 

Tak apalah, walaupun frust sikiiiiiit aje tapi tak apalah. Saya buat keputusan tak nak pergi. Suami pulak kata visa dia dapat 3 bulan aje pastu balik Malaysia, apply visa baru, pergi pulak lagi 3 bulan. Kalau jadi apa2 nanti menyesal tak sudah pulak. Dahlah susah nak mengandung. Suami janji macam2 kat saya. So pegang ajelah janji suami tu. Buat abang, sayang dan anak2 tunggu tahun depan tau!!!

Saya sekarang baru aje habis alahan yang sangat2 teruk - sekarang nie masih ada lagi sikit2. Yang pasal alahan tu saya ceritakan dilain entry.

No comments: