Sunday, May 25, 2014

percutian ke Beijing part 1 2013

Memandangkan baru sekarang nak update cerita yang dah berlaku 6-7 bulan lepas so memang logiklah kalau banyak benda yang dah saya lupa. Dahlah semenjak dua menjak nie makin menjadi "kelupaan" saya nie. Bukan kata 6-7 bulan lepas, kejadian semalam pun kadang2 boleh lupa tau. Jadi saya mohon maaf siap2 kalau cerita saya nie tak membantu sesiapa yang kot2 yang nak cari info sebelum bercuti ke Beijing. Mana nak tau kan? Kot2 ada yang google percutian ke Beijing, alih2 blog saya yang naik :)... So bagitau awal2 ya.

Saya dan keluarga yang ramai ke Beijing pada 10.12.2013.  Kami ramai, saya dan anak2, kakak dan anak2, ibu dan makteh, nyah satu keluarga besar bersama anak2, menantu2 dan cucu2. Kalau tak silap kami semuanya dalam 24 orang. Sebenarnya saya memang tak ada plan pun nak ke Beijing. Asalnya nyah sekeluarga nak bawa mak. Nyah anak beranak ngan menantu2 dan cucu2 aje yang nak pergi. Ibu tak mau pergi kerana dah pergi dah beberapa tahun yang lepas. Tapi mak berkeras nak ibu ikut jugak. Ibu rasa serba salah nak pergi jadi untuk nak naikkan mood @ semangat ibu saya tanya kalau saya dan kakak ikut sekali ok tak? Ibu seronoklah kalau saya dan kakak boleh pergi sama. Jadi saya pun mintalah izin suami boleh tak kami sekeluarga ikut sekali pergi Beijing. Frust bila suami kata dia tak boleh ikut kerana susah nak dapat cuti. Tapi dia bagi green light kalau saya dan anak2 nak pergi. Mula tu rasa serba salah sangat nak tinggalkan suami tapi dia kata tak apa kerana kesiankan anak2 yang nak pergi sangat kerana nak merasa cuaca sejuk. Suami kata dia dah merasa musim sejuk jadi saya pun oklah, pergi ajelah.... Abang Lee pun tak boleh ikut kerana terikat dengan kerja. So kakak anak beranak aje yang ikut kecuali Mustaqim. 

Bila suami masing2 dah bagi keizinan barulah berani nak buat pasport. Orang punyalah ramai nak buat pasport - dalam hati banyak sungguhlah duit orang Malaysia nie... Iyalah, ramai orang nak buat pasport maknanya ada banyak duitlah nak pergi melancong. Saya bukan tergolong dalam kumpulan itu ya. Duit yang ada cukup2 aje. Hampir sehari jugaklah melangut kat situ. 

Persiapan ke sana ala kadar aje pasal masa tu banyak betul dugaan. Berapa kali ingat cancel tak jadi pergi dah. Mood nak shopping dah tak rasa dah. Beli yang mana sempat aje. Winter coat beli yang bundle aje pasal nak jimat. Lagipun masa dah suntuk. Bermula dengan mak sakit, pastu berganti ngan ibu pulak. Dengar Dr cakap stroke pun dah takut, dengar pulak kata ada pendarahan dalam otak. Lagilah 1001 perasaan dok bersarang dalam kepala. Ibu yang selama nie sihat aje tiba2 sakit. Mana tak terkejut.  Masa tu tak rasa dah nak pergi Beijing. Kalau tak silap time tu lagi 2 minggu kot. Hati dah rasa kosong dah. 

Tapi anak2 yang tak tau apa punyalah seronok dok mengira hari. Kita yang tawar hati rasa kesian sangat. Sungguh! Rasa waktu tu tak tau nak cerita macamana. Ibu yang sakit pun boleh rasa kegembiraan cucu2 yang tak sabar2 nak pergi. 

Masa ibu kena warded Dr tak bagi ibu naik flight, memang rasa confirm dah kami tak pergi time tu. Ibu kata tak apalah kalau kami pergi jugak tapi tak tergamaklah nak tinggal ibu. Walaupun ibu dah pernah pergi tapi tak seronoklah kan? Kami time tu serba salah sangat. Nak teruskan atau tidak. Lagi seminggu ke dua minggu nak bertolak barang apa pun tak beli lagi. Keputusan masih atas pagar. Nak ke tak nak pergi. Masa ibu nak keluar hospital, Dr check balik ibu Dr kata ibu ok, ibu boleh pergi tapi syaratnya ibu jangan lasak sangat. Ibu kena warded dalam 5-6 hari. Ibu kena banyak berehat. Mak pulak Dr bagi pergi tapi mak tak nak pergi. Mak tak larat sangat walaupun mak dah sihat. Masa nie pun rasa serba salah jugak pasal kami yang nak pergi tu sebab mak. Puas pujuk mak tapi mak tak mau ikut jugak. Ibu pulak rasa serba salah nak tinggalkan mak. Bila ibu tak mau ikut kami lagilah berserabut. Anak2 dah seronok sakan dah, dok menghitung hari aje. Bangun tidur celek aje mata aje terus tanya lagi berapa hari kita nak pergi. Dalam hati meronta-ronta nak pergi tapi bila teringat kat mak dan ibu kaki berat sungguh nak melangkah.

Kiranya nak seminggu bertolak tu barulah confirm betul2 nak pergi. Mak tak mau ikut jugak tapi mak suruh ibu pergi. Mak kesian kat anak2 saya dan kakak. Jadi mak suruhlah ibu pergi jugak. Maksu jagakan mak sementara kami tak ada. Dugaan sungguhlahkan? . Barulah senang hati nak shopping apa yang patut. Kelam kabut! Shopping last minit faham2 ajelah. Itulah cerita panjang lebar kisah sebelum. Bagi kakak anak beranak ini pengalaman pertama mereka naik kapal terbang. Saya dah banyak kali naik masa bekerja dulu. Merasalah naik business class. Ikut boss pergi meeting. Anak2 saya pulak ini pengalaman ke 2. Kali pertama suami bawa anak2 naik kapal terbang dari Kuantan ke KL. Masa tu Awatif 6 tahun, adik 3 tahun. Saja bagi anak2 merasa. 

Sambung balik cerita, flight dari KLIA pukul 5 petang kot, lupa dah hehe... Sampai Beijing tengah malam. Perjalanan dr KL ke Beijing 6 jam. Sampainya kami disana kami disambut dengan cuaca yang amat sejuk. Mengigil satu badan. Nak merasa sangat cuaca sejuk kan ha! rasalah puas2... :) Tapi dalam pada tu saya risau gak. Anak2 kan ada lelah, saya sendiri pun lelah jugak. Jadi sehari sebelum bertolak kami anak beranak ke klinik dulu tanya Dr mcmana. Dr check2 kata semua ok. Janji kena bawa segala ubat. Inhaler penting dan benda yang wajib dibawa. Alhamdulilah, sepanjang kami disana saya dan anak2 sihat. Cuma adik aje batuk sikit masa balik dari Tembok China. Mungkin masa tu sejuk sangat. 

Rasanya sampai Beijing awal pagi kot pasal kami tidur berapa jam aje. Esok tu awal2 pagi dah kena bangun. Hari pertama tu bangun awal no hal lah hehe... Seronok sakan sampai lupa suami hehe... Hai! tak kan boleh lupa. Asyik teringat aje kat suami tambah2 bila nampak Saiful dan Iwan dok melayan bini masing2 :) 

Saya tak pernah lagi makan angin luar negara bersama ngan suami. Masa baru kawen dulu honeymoon pun tak pergi.  Sebelum kawen adalah saya pergi Medan. Itupun ikut company punya trip.  Itu ajelah tempat yang saya pernah pergi selain Singapura. Suami banyak tempat dah pernah pergi pasal dulu dia belajar kat US. Tempat2 lain dia pergi pasal kena kerja. Itulah, sapa suruh dulu tak nak belajar tinggi2. Kalau tak boleh dah jalan2 satu dunia  - cakap kat diri sendiri :)

Banyak dah benda saya lupa. Tak ingat dah pergi mana dulu. Nak kena tengok gambar baru ingat rasanya...

Hari pertama tengok persembahan akrobatik budak2 rasanya bawah 20 tahun. Banyak info yang saya dah lupa.  Best sangat. Tengok sampai ralit :) 

Jomlah layan gambar2 kat bawah nie dulu ;)

kat airport Beijing

kat hotel keesokkan harinya 




sebelum show bermula

anak2 yang banyak ragam :)

si Cinta dan Awatif

show dah start

ibu dan makteh dalam bas

kasut beli kat Sunway Pyramid - coklat tu saya dan Awatif, hitam Kakak dan Balqish

Itu ajelah kot cerita hari pertama di Beijing. Gambar banyak amik di camera saya tapi tiba2 hari sebelum balik tu camera tu rosak. So hanya gambar kat hp ajelah yang ada untuk buat kenangan. Mujur jugak saya amik gambar kat hp nie kalau tak, adalah kenangan :)

No comments: