Friday, January 10, 2014

Awatif dan UPSR

cerita nie dah lama dalam draft - saya sharekan juga disini supaya menjadi kenangan kami sekeluarga...

Hari ini bila bangun dari tidur saya rasakan perasaan saya lebih tenang. Segala kerisauan yang bersarang dalam kepala hilang sejak semalam. Alhamdulilah, satu2nya anak perempuan saya telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Saya tahu UPSR bukanlah penentu masa depan anak tapi sebagai ibu saya tetap bangga dengan kejayaan anak saya. Rata2 ibu bapa mengatakan UPSR tidak penting, ianya sekadar menjadi ukuran pencapaian anak selama 6 tahun disekolah rendah. Bagi saya ada benarnya tapi bukankah itu adalah langkah pertama anak kita dalam mengejar impian dia? InsyaAllah, bila dia berjaya dalam UPSR, dia akan terus berjaya dalam PMR dan SPM. Kita sebagai ibu bapa harus sentiasa memberi sokongan agar dia tak leka.

Yang membuat saya lebih terharu ialah kerana walau hadapi pelbagai rintangan dan halangan dia mampu harungi semua itu dan membuatkan Ummi dan Walid berbangga dengannya. Halangan pertamanya ialah saat suami memberitahu kami akan berpindah ke KL. Semalaman dia menangis hinggakan bengkak matanya keesokkan harinya. Dia memberontak selama seminggu tak mahu bertukar sekolah. Sukar waktu itu untuk saya buat keputusan. Mahu terus bersama dia sampai habis UPSR ataupun memaksa dia tukar sekolah. Setelah berbincang dan berfikir dengan sedalam-dalamnya saya dan suami memutuskan supaya dia duduk di asrama sampai habis UPSR. Itupun dengan persetujuan dan kehendak dia.

Bukan saya tak mahu duduk di Kemaman bersama anak2 tanpa suami - iyalah, bukannya lama pun. Tapi dengan keadaan adik yang selalu tak sihat membuatkan saya rasa tak kuat. Bukan sekali adik selalu kena lelah ditengah2 malam dan selalunya bila kena serangan lelah akan diakhiri dengan berkampung di hospital. Saya tak yakin saya mampu uruskan seorang diri. Jadi baik saya ikut suami berpindah sekali. Mulanya saya berat hati nak bagi Awatif duduk asrama tapi dia yakinkan saya. Sungguh2 dia yakinkan saya agar lepaskan dia kejap sementara dia menuntut ilmu. 

Dengan hati yang berat saya gagahi jugak bersetuju. Lepas cuti sekolah pertengahan tahun dia akan mulai duduk asrama. Malam sebelum nak hantar dia saya sibuk packingkan baju2 dia. Masa tu dia masih ok lagi. Masih ceria! Tapi bila dah tengah malam saya yang tidur disebelahnya tersedar, dia menangis teresak-esak. Bila ditanya dia diam dan terus menangis. Saya tanya tak nak duduk asrama ke? Dia menjawap dengan mengangguk kepala dan disambung dengan tangisan yang agak kuat. Suami pun tersedar dan kami terus berbincang kejap malam tu.

Bila saya tengok dia menangis, saya pun apa lagi. Ratu Drama kan? Hehe.... Saya memanglah dari awalnya tak bagi dia duduk asrama tapi sebabkan dia yang beriya-iya sangat, saya pun beralah demi dia. Dah jadi macam ni, saya dan suami pun amik keputusan dia bertukar sekolah kat sini. Tapi esoknya kami pergi ke Kemaman jugak untuk uruskan pertukaran sekolah dia. Mualimah sekolah sana dah jangka perkara ini akan terjadi pasal takkan budak darjah 6 nak duduk asrama. Budak tingkatan 1 pun ada yang  tak sanggup!

Balik dari Kemaman tak boleh terus nak uruskan pertukaran sekolah Awatif kerana kerani sekolah lupa nak pos surat berhenti dan jadinya proses tu memakan masa hampir 2 minggu juga. So 2 minggulah Awatif tak pergi sekolah. Campur dengan cuti sekolah 2 minggu tu jadi sebulan jugaklah dia duduk kat rumah.

Bila dah selesai semua saya pun daftarlah dia di sekolah sini. Saya minta Awatif dimasukkan kedalam kelas A memandangkan kat sekolah Al Amin pun dia dalam kelas A. Kat sekolah Al Amin ada 2 kelas aje tapi kat sekolah sini ada 10 kelas. Bila saya buat permintaan tu pihak sekolah kata "budak2 kat sini semua cepat, takut dia tak boleh nak sesuaikan" - dari jawapan itu saya dapat rasakan macam mereka tak percaya dengan kemampuan Awatif yang datang dari sekolah Agama dan dari luar bandar. Mulanya saya tak rasa apa2 tapi lama kelamaan hati saya rasa panas sangat! Sebagai seorang ibu saya hendakkan yang terbaik untuk dia. Dan juga saya tahu kemampuan dia tahap mana.

Awatif ditempatkan di kelas biasa yang menurut kawan saya kelas yang agak kebawah. Puas saya telefon pihak sekolah untuk tahu kelas itu ok ke tak memandangkan dia akan ambil UPSR tahun ni. Setelah tak diberi jawapan yang kurang memuaskan saya jadi fed up. Saya kuatkan azam untuk bagi segala sokongan pada Awatif supaya berjaya dan tunjukkan kepada mereka kemampuan Awatif. Saya pesan banyak kali pada Awatif supaya belajar betul2. Bukan untuk Ummi tapi untuk Awatif buktikan pada mereka Awatif juga boleh berjaya macam orang lain walaupun datang dari sekolah Agama.

Mungkin saya silap tapi itulah yang saya dapat rasa dari layanan mereka kepada Awatif. Mereka betul2 buat Awatif macam anak tiri. Segala kelas tambahan langsung tak diberitahu. Kelas tution pulak cikgu2 sekolah tak mahu ambil kerana takut kalau tak lulus habislah prestasi mereka. Tution2 di luar pun tak mahu ambil kerana kan dah pertengahan tahun. Kakak kata mereka takut kalau Awatif tak lulus nanti habislah prestasi mereka.

Cuma tution BM aje cikgu tu mahu, tu pun saya merayu -rayu kerana BM penulisan Awatif agak lemah. Kebetulan cikgu tu cikgu kelas Awatif. Itupun selama sebulan aje. Saya pun tak tahu kenapa tak disambung terus lepas tu. Lepas tu langsung dia tak tution dimana2. Saya agak susah hati jugak. Dia belajar sendiri dengan hanya berbekalkan buku2 latihan yang saya dan suami beli.

Setelah buntu dengan keadaan Awatif, Alhamdulilah, Wani yang ketika tu cuti semester sudi mengajar Awatif selama 3 minggu. Itupun ngam2 lagi sebulan @ beberapa minggu nak UPSR. Saya dan suami hanya mengharapkan sepenuhnya pada Wani.

Tak habis dengan masalah tu, dugaan datang lagi. Dia disyaki appendix sehari sebelum nak amik UPSR. Masa tu kami dalam perjalanan ke Kemaman untuk amik UPSRlah. Masa tu kami tak tahu kalau amik periksa kat sekolah sini pun boleh. Tapi kami tak tahu so susah payah pergi Kemaman untuk amik periksa.  Dalam kereta dia dok ngadu sakit perut. Bila sampai Cherating dia kata dia sakit sangat2 sampai nak berjalan pun tak boleh bila kami singgah di Masjid. Suami kata bahagian yang dia sakit tu macam sakit appendix. Suami pernah kena beberapa tahun yang lepas. Saya dah cemas dah. Bila sampai Kemaman, terus singgah klinik. Dr pun kata macam tu jugak. Bahagian yang dia sakit sangat tu memang bahagian appendix. Dr refer ke pakar so kami bergegas pulak ke Kuantan Specialist. Tak sempat nak sampai rumah. Patah balik ke Kuantan. Bila sampai check semua2 Dr kata nampak macam iya tapi tak serius lagi, memandangkan dia nak amik UPSR maka Dr bagi balik dulu tapi kalau dia rasa sakit kena terus bawa dia ke Hospital.

Oh! lupa - masa dalam perjalanan ke Hospital saya cal Pejabat Pendidikan untuk maklumkan pada mereka dan nak tanya kalau keadaan Awatif kena operate ke macamanakan? Saya tanya kalau2 Awatif kena operate boleh tak dia amik periksa kat Hospital - mula2 dia kata hospital swasta tak boleh, hanya hospital kerajaan aje. Pastu saya tanya kalau pagi tu katalah Awatif rasa sakit macamana? Pihak tu jawap tak bolehlah dia amik UPSR dan tu nasib dialah. Jawapan yang pastinya menaikkan darah saya yang sememangnya dah risau ngan keadaan anak saya!! Memang time tu saya marah sangat2 - tak pernah saya rasa marah macam tu!

Saya terus tak dengar apa dah dia cakap pastu terus letak aje. Saya berserah ajelah pada Allah waktu tu. Yang penting Awatif selamat aje. Mujur sepanjang malam tu Awatif ok aje. Esok pagi tu masa saya hantar dia kat sekolah dia ok aje. Saya pesan kalau sakit terus cakap ngan cikgu. Dengan cikgu pun saya pesan.

Bila dah pastikan Awatif ok saya pun balik rumah nak rehat dan tidur kerana malam sebelum tu Robin kena lelah (dia ikut sekali). Pukul 4 pagi suami bawa dia pergi klinik. Awal pagi pulak adik kena ciri birit dan muntah2. Itulah dugaan saya dan suami hari tu. Kami dah macam zombie dah kerana kurang tidur dan rehat.  Masa saya sedang baring hp bunyi, masa tu dah rasa cuak dah. Saya dah agak nie mesti cikgu yang cal. Bila dengar suara cikgu saya dah ketar. Cikgu suruh pergi sekolah sekarang jugak kerana Awatif mengadu sakit sangat.

Bila sampai sekolah jumpa guru besar terus nangis. Saya tahan tak nak nangis tapi termenangis jugak hehe... Bila ingat sekarang rasa malu sangat. Time tu tak rasa apa lah pasal risau kan? Bincang dengan pengawas peperiksaan, mereka suruh terus bawa Awatif pergi hospital Kemaman. Dia kata Awatif boleh amik periksa tapi kena hari yang sama. Tak kiralah pukul berapa pun, malam pun tak kisah tetapi kena hari yang sama.

Bila sampai kat hospital, Awatif diperiksa banyak kali. Amik ujian darah, air kencing dan xray. Dr kata buat masa tu tak ada pulak tanda2 appendix. Yang Dr boleh bagitahu mungkin dia stress ataupun sakit sengugut. Saya rasa lega sangat. Sebelum nie kakak pun ada cakap punca dia sakit tu mungkin dia rasa stress sangat. Jadi hari pertama UPSR Awatif amik di hospital. Memang sejarah betul. Masa dia amik periksa tu saya tahu dia masih sakit perut - sakit tangan yang kena cucuk amik darah lagi. Dahlah time tu periksa matematik dan BM penulisan. Memang banyak guna tangan. Masa nak amik darah tu saya dah cakap 3 kali ngan Dr supaya amik kat tangan kiri kerana nanti dia nak amik periksa guna tangan kanan. Tapi Dr tak endahkan - dia kata tak apa, sakit kejap aje. Masa tu fikiran saya dah serabut, tak tahu nak cakap apa dah. Time tu dah pukul 3-4 ptg, saya langsung tak makan minum apa2. Adik dan Robin minta tolong jiran tolong jagakan. Saya dah suami tunggu di hospital sampai Awatif habis periksa.

Esok tu Alhamdulilah, sakit tu dah kurang. Dia amik periksa kat sekolah aje sampai habis. Hari last tu saya belikan kek untuk cikgu2 yang banyak menolong. Siap minta maaf kerana termenangis depan guru besar hehe...

Itulah ceritanya.... Dugaan kan? Tak apalah, sekarang lega dah. Akhirnya berbaloi segala usaha dia. Dia minta hp sebagai hadiahnya.

Oklah, stop disini cerita ini. Saya gagah juga update cerita nie supaya kemudian hari boleh jadikan kenangan dan supaya tak lupa. Kenangan yang akan menjadi ingatan sampai bila2....

masa nak amik UPSR hari akhir

masa nie dia dapat no 1 masa periksa hujung tahun di sekolah baru 

No comments: