Friday, November 8, 2013

majlis perkahwinan adik2 ipar

Minggu lepas selamat sudah majlis perkahwinan adik2 ipar yang dibuat serentak. Majlis pernikahan Fitri dibuat seminggu sebelumnya. Manakala majlis pernikahan Norima dibuat sehari sebelum kenduri kedua2nya. Alhamdulilah, majlis berjalan seperti yang dirancang. Dengan izinNya cuaca pada hari itu amat baik!

Dengan ini bertambahlah lagi ahli keluarga baru. Kalau ada rezeki mungkin tahun depan bertambah lagi cucu mertua. Hai! makin riuhlah rumah nampak gayanya lepas nie... Seronok kalau ada baby baru. Biras saya yang ke 3 sekarang mengandung anak ke 3. Manakala biras saya yang pertama baru aje bersalin anak ke 6 tahun lepas. 

Sempena cuti hari Deepavali dan Awal Muharam saya sefamily balik kampung 5 hari. Banyak tempat yang nak dikunjung tapi satu pun tak menjadi gara2 saya demam. 2 hari tak boleh nak bangun. Suami dan anak2 frust aje. Sepanjang perjalanan balik mereka membebel! Saya diam aje pasal tahu saya yang salah! Memang bukan saya nak minta sakit tapi puncanya saya tahu!!

Salah satu sebabnya ialah saya terlalu penat buat kek pada hari sebelumnya. Saya telah berjanji pada adik ipar yang saya akan sediakan doorgift untuk rombongan pengantin. Jadi saya pun buatkanlah rainbow cake in jar tu sebanyak 100 balang. Dengan keadaan dapur sekarang buatkan saya rasa penat sangat. Pagi sebelum bertolak saya buat 2 biji butter cake dan 4 biji coklat cake. Pukul 2 petang hari Jumaat last week baru saya bertolak balik kampung. Saya rasa macam tak sedap hati kalau tak buat apa2 sempena perkahwinan kedua2 adik ipar. Kalau sepupu saya sendiri kahwin macam2 saya sediakan. Jadi untuk adil saya kenalah buat jugak walaupun masa tu saya dalam keadaan yang kurang sihat. Seminggu sebelumnya saya dah sakit sampai suara langsung tak keluar. Walau tak sihat minggu tu saya kena balik kampung untuk hantar ibu dan mak dan jugak untuk hadiri majlis pernikahan adik ipar lelaki dan majlis kenduri belah perempuan. Ibu dan mak nak balik kampung awal untuk prepare apa yang patut untuk kenduri sepupu 23hb nie.

Berbalik pasal kisah kek tadi, kalau ikutkan tak cukup kek yang saya buat tu. Tapi nak buat banyak2 teringat pulak adik ipar sms pesan bapa kata jangan buat banyak2 sangat. Rasanya bapa mertua perasan saya tak sihat masa balik kampung seminggu sebelum tu. Mungkin juga bapa mertua takut tak habis kalau buat banyak2.

Saya tak kisah sebenarnya kalau nak buat banyak2 tapi dengan keadaan yang kurang sihat dan keadaan dapur yang tak selesa membuatkan saya rasa penat dan stress sangat. Rainbow cake in jar tu kejap aje siapnya tapi makan masa lama sangat bila nak letak sudu, nak hiaskan dengan reben pastu nak masukkan dalam paper bag. Yang nak buat tu sorang aje. Nak masukkan topping cream cheese dan hiasan pun dah amik masa. Kalau ada yang membantu tu kejap aje siapnya. Masa kat hujung2 tu bila dah rasa berat kepala baru saya minta suami tolongkan. Dari awal saya tak minta dia tolong kerana kesiankan dia. Sejak kerja @ pindah sini malam2 baru sampai rumah. Masa saya dan dia bersama dah banyak kurang!! Kesiankan dia! Nak cari rezeki untuk saya dan anak2....

Suami yang marah sangat tu pasal saya paksa diri jugak buat walau tahu badan dah tak boleh terima waktu tu. Pagi tu saya memang dah tak berdaya tapi saya gagahkan jugak buat. Sakit tu tak teruk samgat time tu tapi bila tak jaga makin jadi teruklah. 2 malam tidur tak cukup. Bila sampai kampung pulak sibuk ngan bunga telur dan gula2 untuk diberi pada tetamu. Iyalah, semua orang dok sibuk buat kerja takkan kita tak buat apa2. Malam tu pun rasanya pukul 2 pagi baru tidur. Hari kenduri tu lepas Subuh dah tak tidur2 dah. Pkl 7 lebih dah keluar rumah temankan adik ipar pergi make-up. Biras2 yang lain sibuk ngan anak2 kecil. Anak2 saya kan dah besar. Lagipun teringin jugak nak tengok. Masa sepupu2 saya kahwin memang takkan boleh temankan kerana sibuk dengan kek saja. 

Bila dah selesai make-up semua, tetamu dah mula sampai. Masa ni memang sibuk. Ke sana ke mari. Walau saya tak kenal sorang pun tetamu tapi rasa seronok. Saya terlupa langsung nak menjemput kawan2 saya hadiri perkahwinan ni. Terlupa langsung2. Saya dok sibuk ngan kenduri sepupu 23hb nie sampai terlupalah kenduri yang ini. 

Selesai kenduri malam tu saya ajak suami balik rumah ibu. Pagi Ahad tu saya dah rasa pening kepala. Tapi boleh bangun lagi tapi bila ke tengahari tu rasa semacam dah tapi sempat jugak saya masakkan kurma telur dan sambal tumis telur kat rumah ibu. Saya temankan mak hari tu pasal ibu dan uda keluar untuk memanggil. 

Plan nak makan mee ketamlah, makan pasembor kat Padang Kota (gara2 tengok drama Love U Mr Arrogant), makan laksalah - semua tak jadi. Itu yang buat suami frust sangat hehe.... Iyalah, nak balik kampung lama2 bukannya senang. Saya tak apalah, nanti duduk lama kat kampung. Dialah yang tak boleh. Kesian suami saya tu... Tak apa, nanti sayang dah betul2 sihat nanti sayang masakkan special2 untuk abang ya..

Suami saya selalu marah saya tak pandai jaga kesihatan. Dia kata dia susah hati kalau saya asyik sakit aje hehe....
Sebenarnyakan dia susah hati sebab kalau saya sakit rumah tak terurus kot! Hehe.... Macam sekarang nie lah. Rumah tak bersapu, kain tak berlipat, dapur tak berasap. Saya rasa esok kot baru ada tenaga nak buat semua tu. Lagipun esokkan dia cuti, bolehlah tolong saya buat kerja.. Yeay!!!

Jomlah layan gambar2 nie ya :-







1 comment:

bidadarindu said...

tu baru adik ipar...tak tahu la kalau awatif ngan aisy kawin nnt cammana...he he he