Sunday, September 1, 2013

kolam ikan

Setelah hampir 3 bulan berpindah baru sekarang ada peluang nak masukkan @ bela ikan dalam kolam. Rumah sewa ni kolam ikan memang dah ada. Asalnya bilik tapi tuan rumah pecahkan dan buat kolam ikan ni. Kiranya kolam dalam rumah tapi ikutkan luar rumah jugak pasal ada pintu keluar masuk. Nanti tengok gambar boleh faham kot :)

Buat masa sekarang ada 8 ekor ikan koi. Beli yang murah2 aje. Mula2 beli 4 ekor rm10, lepas 2 hari beli lagi 4 ekor tapi besar sikit. Harganya pun mahal sikit rm20 untuk 4 ekor. Ada macam2 harga dan saiz. Yang beratus2 pun ada. Kami tak adalah nak beli mahal2. Bukan orang kaya pun...

Tempat ni selalu jadi tempat tenangkan hati ;)... Damai aje bila dengar deruan air sambil tengok ikan. Masa bapa mertua datang rumah, tempat ni selalu dia habiskan masa. Ibu dan emak pun suka.

Jomlah tengok gambar :)








2 comments:

Farah Diana said...

Salam perkenalan.. :)

Cantik & kreatif! Seronoknya.. kalau ada rezeki pun nanti nak ada kolam ikan. suka dengar bunyi air terjun. tenang and damai je rasa..

qaseh-delima.blogspot.com

Lady Ija said...

Bestnye bersantai..