Saturday, September 21, 2013

baru nak cerita pasal raya 2013

Assalamualaikum!

Sejak 2 menjak ni jarang saya update blog. Bila tengok balik dalam bulan 8 lepas cuma ada satu entry aje. Bulan 7 ada 2 entry, bulan 6 ada 3 dan bulan 5 ada 5 entry. Bukan tak ada bahan yang nak diceritakan tapi kan rasanya mood nak berblog nie makin lama makin pudar. Lagipun saya tak yakin blog ni ada ramai peminat! Hehe....... Rata2 yang selalu mengikuti blog ni pun semuanya adik beradik. Saya rasa yang selalu setia membaca blog saya ni selain family ialah  Kazrina. Selalu dia bertanya kenapa lama tak update blog. Terima kasih ya Ina kerana setia menjadi peminat blog nie :) - walaupun kebanyakkan cerita dalam ni hanya cerita membosankan dan susunan ayat pun berterabur tapi Ina tetap setia....

Apa ya nak cerita? Masa niat nak update blog tadi berlambak idea dalam kepala nie tapi bila dah duduk depan komputer ni terus blank. Sungguh! Ha! cerita raya pun belum lagi dikongsikan disini kan? Raya dah lama tapi baru sekarang terhegeh2 nak cerita.

Kejap, saya nak imbau balik kenangan raya yang lepas nie. Maklumlah jenis cepat lupa. Saya cerita yang simple2 ajelah pasal dah banyak benda lupa. Ok, tahun ni giliran saya beraya di rumah mertua. Tema raya tahun ni biru. Bila tengok dalam facebook kan ramai betul orang memilih biru sebagai tema raya tahun nie. Rasanya dalam 10 tu yang pakai biru dalam 8. Saya macam eh!... kenapa ya? 

Tahun ni ibu dan mak buat keputusan tak nak masak macam selalunya. Kami order aje. Nasi minyak, ayam masak merah dan rendang daging. Saya order satay dari kawan, Atie pada raya pertama tu. Saya pergi rumah ibu dan mak bersama family mertua pada belah tengahari. Kurang meriah sikitlah tahun ni kat sana pasal kami 2 beradik tak ada hehe....

Raya kedua temanya jeans. Yang perempuan pakai jubah jeans dan lelakinya pakai kemeja jeans. Jubah tu beli di Nilai 3 dengan harga rm60 sehelai. Memandangkan rumah saya dengan Nilai 3 tu dekat aje maka sayalah yang dipertanggungjawabkan untuk membelinya. Eh! bukan saya sponser ya - sapa2 yang nak saya belikan kenalah bersertakan duit sekali. No money, no talks :)

Kalau nak sponser jenuhlah poket suami saya rabak kan? Iyalah, family saya ramai benar perempuan. Kalau setakat sorang tu bolehlah lagi tapi kalau dah 7-8 orang hai! makin botaklah suami saya yang hensem tu hehe.....

Raya ke 3 ada jemputan kenduri di Bukit Mertajam. Tema saya anak beranak dan family kakak merah. Kebetulan sama pulak dengan tema kenduri tu.  Yang ni saya rasa ralat sikit pasal tak sempat nak ambil gambar pasal kelam kabut sangat time tu tapi lupa apa sebabnya. Cuma ingat kelam kabut aje siap2 keluar pergi kenduri. 

Raya ke 4 dah balik KL. Kami terpaksa mengharungi jem selama 10 jam untuk sampai ke Bandar Seri Putra. Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Oleh kerana ini pengalaman pertama kami, suami saya punyalah stress. Saya pun rasa macam nak meletup dah duduk dalam kereta lama2. Dengan kerenah anak2 lagi adoi lah!! PakTeh dan Bazli tumpang sekali balik kerana MakTeh duduk lagi dikampung untuk temankan ibu dan mak. Nanti ibu dan mak ikut sekali MakTeh balik raya ke 6. 

Duduk dalam kereta yang berjalan macam biasa dengan duduk dalam kereta yang kejap2 stop dan jalan yang sangat slow amatlah berbeza. Kalau nak ikutkan setakat duduk 10 jam dalam kereta tak jadi kudis pun pada saya tapi lain rasanya kalau duduk dalam kereta yang bawa slow sangat. Pastu kejap2 stop. Sayakan dulu duduk Kerteh. Kalau dulu nak balik kampung ikut jalan Grik tu memang perjalanan amik masa dalam 10 jam. 

Raya kali ni tak sempat nak pergi banyak tempat. Jumpa kawan2 lama pun tak sempat. Iyalah, raya ke 4 nak balik dah. Awatif kan nak ambil UPSR so kenalah balik awal untuk bagi dia study. Kalau duduk lama2 kat kampung mana ada masa nak study. Asyik bergosip pasal KPOP aje dengan Balqish dan Hanani.

Oklah, jomlah layan gambar2 raya saya sekeluarga :)

pagi hari raya dirumah mertua

family abang ipar pun bertemakan biru - macam janji pulak :) anak abg Man dan Kak Faizah 6 orang, saya anak 2 aje, bila berkumpul rasa kecil aje :) seronok pulak rasanya kalau anak ramai nie kan?


ni kat rumah ibu dan mak - abaikan tudung saya yang berserabut itu :)

dengan ibu

ibu tersayang - kiranya matching jugaklah bila ibu pakai tudung biru :)


raya ke 2 makan nasi daging kat rumah abg Lee

masing2 dah kenyang

buat rumah orang macam rumah sendiri :)

saya dan kakak bersama suami

saya dan kakak bersama anak dara kami - dah nak sama tinggi dah dengan Ummi

budak 2 orang ini yang susah betul bila nak ajak bergambar - asyik sibuk dengan aktiviti diaorang aje - masa ni dok kait buah rambutan pastu masuk rumah nak jual satu biji rambutan rm3.00 - dengan Ummi pun nak bisnes ya :)

Awatif dan Balqish dah boleh masuk geng anak dara dah hehe....

kat rumah tok Abg Lee - kononnya tak mau makan apa2 pasal dah kenyang tapi bila jamu ketupat ke, kuih raya ke berebut2 :)






raya ke 3 - gambar kami anak beranak ni aje yang ada

ha! ni lagi sekeping - masa kat rumah bakal mak mertua adik ipar

2 comments:

bidadarindu said...

lama x baca aya punya entry..he he..

Kaz said...

Ina akan terus menjadi pembaca setia blog Fizin.