Wednesday, August 28, 2013

selamat hari raya @ open house

Assalamualaikum!

Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin andainya ada coretan dan kata2 dalam blog ini menyinggung perasaan. Ikhlas saya memohon kemaafan.

Sejak pindah KL ni mood untuk update blog makin pudar. Bukan tak ada bahan cerita yang nak dikongsikan tapi itulah malas sangat. Cerita pasal puasa dan raya tahun ni banyak yang tak saya kongsikan disini. Mungkin dilain masa saya ceritakan ya. Rayakan masih ada lagi :)

Hari Ahad yang lepas saya ada buat open house @ kenduri kesyukuran. Tak ramai tetamu pun, cuma adik beradik, jiran2 dan kenalan rapat. Gambar tak banyak yang diambil kerana sibuk melayan tetamu. Kalau kat Kemaman bila saya buat open house selalunya saya masak sendiri. Tapi kali ni saya tempah dari Nona Klasik. Makin tebal lah poket tauke2 Nona Klasik ya - maklumlah musim raya nie, sana sini orang buat open house. Nak masak sendiri orang malas so banyak order aje lah :)

Saya hanya buat dessert aje. Kek coklat, Hokkaido cupcakes, puding cheese dan blueberry cheese tart. Ada hati nak buat macam2 tapi dah kesuntukan masa. Itupun pukul 3 pagi baru siap. Semua dessert ni tak boleh buat awal, takut tak sedap. Mujur ada assistant, kalau tak rasanya tak buat. Sejak pindah KL ni asyik rasa letih badan aje. Malas pun iya jugak :) Ibu pun banyak tolong. Terima kasih ibu!

Jomlah layan gambar2 - malas dah nak menaip, bila dah rajin saya sambung balik ;)
















No comments: