Tuesday, July 23, 2013

cerita tentang berpuasa

Alhamdulilah, dah 13 hari ya kita berpuasa. Selamat berpuasa pada kawan2. Semoga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya.

Sambutan bulan Ramadhan tahun ini agak berbeza bagi kami 4 beranak. Iyalah, tempat baru kan? Walaupun, bukannya tak pernah menyambut puasa di KL tapi bila sambut dirumah sendiri rasanya tak sama. Kami selalu bercerita pasal Kemaman sesama sendiri. Kalau kat Kemaman, macam ini Pasar Ramadhannya, kalau kat Kemaman, bukan begini susunannya, kalau kat Kemaman, lagi banyak jenis kuih yang dijual, kalau kat Kemaman itu, kalau kat Kemaman ini dan macam2 lagi la. Itulah, bila dekat asyik menjauh, bila dah jauh barulah nak merindu...

Dalam pada merindu, merintih pada Kemaman, perlahan-lahan tempat baru sudah melekat dihati kami. Antara satu sebabnya ialah dekat dengan ibu, emak serta family2 yang lain. Bila hujung minggu aje boleh selalu berkumpul. Macam 2 minggu lepas, kami anak beranak tidur dirumah kakak dari hari Jumaat sampai hari Ahad. Walaupun rumah saya dan kakak dekat tapi saja aje nak melepak kat rumah kakak. Nak riuhkan suasana berbuka dan bersahur. Minggu lepas pulak Ibu, Mak, Kakak dan Mak Teh tidur di rumah saya. Saya tak sempat nak ambil gambar kerana sibuk memasak. Bila dah selesai memasak semua rasa letih sampai terlupa. Bila ramai berkumpul kat rumah, lepas waktu sahur dari pukul 4 pagi tak tidur2 kerana asyik bergosip. Ibu kata hai! kuranglah pahala berpuasa kerana asyik bergosip hehe....

Sejak hari pertama berpuasa tiap2 hari saya masak juadah berbuka. Oh! baru teringat, hari ke dua berpuasa aje saya tak masak kerana ikutkan permintaan anak2. Mereka nak sangat makan nasi kukus Terengganu yang dijual di Pasar Ramadhan berdekatan rumah. Rindu sangat Terengganu la tu :)

Hari Jumaat 2 minggu lepas, saya masak ikan pari bakar, pais ikan kembung dan buat kuih koswi untuk dibawa ke rumah kakak. Lepas suami balik kerja terus ke rumah kakak. Esoknya ingat nak melawat Yan dan baby baru tapi Mak Teh kata baby kena tahan wad kerana kuning. So cancel la plan tu pasal nak melawat baby kat hospital rasanya cerewet sikit? Tambah2 kat Hospital Kerajaan. Kalau Hospital swasta rasanya mudah sikit. Pagi Sabtu tu kakak bawa saya dan Mak Teh pergi berurut. Sejak pindah ni habis sakit satu badan gara2 selalu angkat barang2 berat. Dah tu asyik turun naik tangga. Badan tak biasa lagi so ha! habislah lenguh satu badan.

Bila dah urut barulah rasa lega sikitttt... Sikit aje tau bukannya hilang terus. Ibu kata selalunya kalau 3 kali urut baru rasa ok. Tengoklah macamana. Saya suka urut-mengurut ni tapi bila urut kat perut tu yang tak tahan, tambah2 bila time nak naikkan peranakan kita. Ha! meleleh air mata! Sakit!

Bila tahu Yan dan baby dah keluar hospital, hari Ahadnya kami pergi melawat. Oh! rupanya ada orang merajuk ya. Bukan tak nak datang melawat tapi maklum sajalah ya. Kalau bukan di bulan Ramadhan rasanya anytime boleh pergi. Tak apalah, janji kami dah pergi melawat ya hehe..... Comel babynya - kecil dan putih @ merah macam si Cinta tu. Sebut pasal Cinta nak tergelak aje bila kenangkan dia. Sejak ada adik nie dia asyik nak meraih perhatian orang. Masa saya pergi tu, bila orang sibuk tengok baby dia, dia pulak berjoget-joget sambil tersenyum nakkan perhatian kami semua hehe.... Bila cakap comelnya baby, cinta tak comel terus masam mencuka muka dia. Bila suruh bahasakan diri dia kakak, dia tak nak. Still nak bahasakan diri dia adik. Geram aje tengok kerenah dan keletah dia. Kadang2 terasa macam dia tu kecil lagi padahal dia dah 4 tahun. Mungkin kerana badan dia kurus @ kecil membuatkan terasa dia tu masih kecil.

Rumah Nyah riuh rendah sekarang dengan cucu2. Nyah dah potong ibu - dari segi bilangan cuculah hehe... Cucu ibu 5 orang, cucu Nyah dah lebih. Ibu kata ibu dah senang pasal cucu2 ibu dah besar2. Nyah dan Lang sekarang ambil giliran kerana cucu2 mereka kecil lagi. Uda pulak tengah membilang hari nak menimbang cucu. Mak Teh hem...em... kena tunggu Fatin kahwin dulu lah. Bila tu tak tahulah kan? Calon dah ada, cuma belum lagi diberi izin oleh Nya.

Cerita tentang adik berpuasa, Alhamdulilah, dia hanya tak puasa pada hari pertama aje. Itu kerana saya sendiri yang tak benarkan. Takut jadi macam tahun2 lepas. Hari pertama berpuasa tu jatuh pada hari sekolah. Diakan sekolah petang so saya takut dia letih ke penat ke masa kat sekolah. Hari ke 2 berpuasa dia tak pergi sekolah. Sebab apa saya tak ingat. Jadi masa dia tak pergi sekolah tu saya tanya dia, adik nak cuba puasa tak, dia kata dia nak. Saya pun benarkan dia puasa puasa hari tu, nak tengok dulu keadaan dia macamana. Kalau masih jadi macam tahun2 lepas memang saya tak akan bagi dia puasa. Kalau dia ok dan sihat baru lah nak suruh dia puasa.

Alhamdulilah, dia boleh berpuasa. Kalau sebelum ni lepas berbuka aje badan dia akan jadi lembik, muka pucat dan muntah2, kali ini dia sihat aje. Makan pun berselera. Saya rasa mungkin sebab saya bagi dia minum Mealshake Shaklee masa sahur dan susu Kambing Hi-Goat masa berbuka. Dia nampak cergas aje sekarang nie. Alhamdulilah....

Tiap2 hari saya dok pening kepala mikirkan nak masak apa. Sampai tak tahulah nak masak apa dah. Sekarang ni saya suka tanya anak2 nak makan apa. Semalam saya masak udang butter atas permintaan Awatif dan Wani. Wani dah seminggu duduk dirumah saya kerana nak ajar Awatif. Minggu lepas Awatif ada trial UPSR. Selain udang butter, saya masak sup tulang. Hari ini plannya nak buat gulai daging dan roti jala.

Puasa ni ingatkan badan boleh susut sikit tetapi adoi! tidaklah jawapannya kerana mulut asyik mengunyah aje. Time hujung minggu lagilah makan bertambah pasal ada ramai orang. Minggu ni tak tahu nak berkumpul di mana, samada di rumah saya atau di rumah Kakak. Kami plan nak buat biskut raya minggu nie.

Banyak lagi saya nak cerita, nantilah saya sambung lagi ya :)

1 comment:

Kaz said...

Salam Fizin, amboi lamanya tak update blog, sekali update panjang lebar cerita. Baru best baca.
Seronoknya berbuka puasa beramai-ramai, dapat ina bayangkan kemeriahannya kat rumah Fizin. Rajin Fizin masak. Ina ni byk membeli sajalah.