Wednesday, July 24, 2013

cerita pasal raya

Assalamualaikum!!

Kali ni saya nak bercerita pasal baju raya. Tak seperti tahun2 sebelumnya, perasaan nak raya tu rasanya kurang sikit. Baju raya pun banyak yang tak beli lagi. Mujur jugak baju kurung untuk dipakai masa raya pertama saya dan Awatif dah beli. Baju melayu untuk suami dan adik pun dah ada iaitu baju masa kenduri Farah aritu.

Selalunya time2 macam gini banyak yang dah beli. Tapi tahun ni lain pulak ceritanya. Saya macam lupa yang baju raya tak beli lagi kerana sibuk pindah sini. Selalunya saya beli kain cotton secara online dan tempah kat mana2 tailor. Tapi kali ni rasanya nak kelainan sikit. Nak beli aje yang dah siap dah. Jemu rasanya nak pakai baju tempah, kononnya :) Untuk Awatif dan Balqish, sebelum pindah sini saya dah beli kain cotton kat Jakel, Kuantan - mulanya tak nak jugak buat baju tempah untuk depa tapi memandangkan susah nak cari saiz baju Awatif sama dengan Balqish maka terpaksa la jugak beli kain dan tempah.

Tapi tak banyaklah macam tahun sebelumnya. Kali ni tak beli langsung kain online. Bukan apa, saja nak kelainan pulak kan? Saya beli 3 pasang aje iaitu warna merah, hijau dan biru. Nak cari caler lain sikit tapi susah nak jumpa yang sesuai dengan depa. Dah hantar ke tailor sebelum puasa aritu. InsyaAllah, minggu depan boleh ambil dah kot!

Kain untuk buat baju kurang saya beli masa sebelum pindah sini. Beli kat Jakel, KL. Tema tahun ini biru kerana nak samakan dengan baju melayu suami dan anak2. Masa kenduri Farahkan beli baju melayu tu so sayanglah kalau beli pakai sekali tu aje. So nak jimat, simpan baju tu untuk raya tahun ini. Nak dikatakan semua family saya tema biru tahun ni kerana sebab yang sama hehe... Uda anak beranak, Mak Teh anak beranak, Mak Su anak beranak dan saya serta Kakak anak beranak :) Tahun depan dah tahu caler apa - HIJAU - sebabnya tema kahwin adik hijau ;)

Untuk adik dan Robin, apa satu pun tak beli lagi. Saya plan dengan Kakak hari Sabtu ni baru nak pergi beli. Rasa macam suntuk sangat dah tapi nak buat macamanakan? 

Tahun ini giliran saya beraya dirumah mertua. Saya akan balik kampung pada 3hb Ogos, iaitu hari birthday saya yang ke 38! Seperti biasalah, kena balik awal untuk kemas rumah. Tahun lepas aje relax sikit pasal Uda upah orang ngemas rumah kampung pasal Farah nak bertunang raya ke 7. Tahun ni tak adalah kot pasal tak ada yang nak bertunang :)

Sebut pasal kemas rumah ni kan...... Sejak ibu dan mak duduk KL sepenuhnya, setiap kali raya balik kampung bila fikir nak ngemas rumah alahai! rasa macam tak mau balik! Penat sangat2 tau. Dahlah penat ngemas rumah tak habis lagi pastu nak kena masak juadah raya pulak. Kadang2 rasa fed-up jugak pasal asyik2 orang yang sama aje yang buat kerja. Yang lain2 tu seronok2 balik kampung bila keadaan rumah dah bersih dan kemas. EH! dah masuk topik lain dah nie, tak baik tau bulan2 puasa ni nak mengungkitkan? Tak baik sayang ooi!!! Ikhlas ajelah buat kerja tu -terima ajelah dengan pasrah!

Sorrylah ya - termengungkit pulak pasal banyak buat kerja hehe.... Biasalah tu, manusiakan? Bukannya Malaikat. Doa ajelah supaya mereka2 tu berubah dengan sama2 bertanggungjawab bila balik kampung - HA! barulah sama2 seronok berayakan? Tak ada lagilah hati yang terluka ke, terguris ke, hati berdarah ke - hai! biasalah kalau adik beradik ramai, macam2 perangai ada!!!

Tak maulah cakap pasal nie lagi - kang mood raya lari pulak.

Nantilah kita sambung lagi cerita ya :)


1 comment:

Saufa Sakinah@ hAda said...

biasa la tu......saya pun macam tu jugak...saya je buat keje...hahaha, tapi redokan aje lah