Thursday, June 27, 2013

rumah baru

Lamanya tak update blog. Busy dengan kehidupan baru. Sejak duduk sini rutin hidup saya berubah. Tak ada masa nak melayan drama2 Korea dan Jepun. Blog pun lama dah saya tak buka.

Kat Kemaman, saya banyak berehat. Dari pagi hingga pukul 3 petang masa free saya. Bebas buat apa pun :) Petang baru saya masak kerana anak2 dah makan kat sekolah. Awatif balik pukul 5.45, adik pulak pukul 3.10.

Kat sini Awatif sekolah pagi, adik sekolah petang. Awal pagi dah sibuk siapkan sarapan suami dan Awatif. Lepas Awatif dan suami keluar, saya buat kerja rumah sikit. Pastu kalau sempat tidur, tidurlah kejap. Pukul 10 pagi dah sibuk nak masak tengahari. Nak kena masak awal pasal adik sebelum sekolah tengahari nak kena makan dulu. Dia tak biasa nak beli apa2 kat kantin. Kat sekolah Al Amin makanan dah memang disediakan. Awatif pun nanti bila balik sekolah terus minta nasi. Dia pun tak beli apa2 kat kantin. Katanya lelaki dan perempuan bercampur, dia tak selesa. Iyalah, sekolah Agama memanglah diasing lelaki dan perempuan. Tangga pun dikhaskan lelaki dan perempuan.

Sekolah Al Amin tak ramai murid. Darjah 6 ada 2 kelas aje. Satu kelas dalam 28 orang. Sekolah sekarang darjah 6 ada 13 kelas. Satu kelas ada dalam 40 orang murid. Bayangkanlah macamana ramainya murid. Darjah 3 pun sama jugak. 

Suami pun tak biasa lagi dengan keadaan sini. Dia pergi kerja naik komuter dan LRT. Amik masa satu jam setengah nak sampai ofis. Kalau kat Kemaman dulu 25 minit aje. Sekarang ni dia selalu bad mood aje bila sampai kat rumah. Penat katanya. Senja baru sampai rumah, kalau dulu pukul 5.30 petang dah ada kat rumah. 

Saya dah habis mengemas rumah cuma menghias aje belum sudah lagi. Perhiasan dinding satu pun belum digantung lagi. Yang tu kena tunggu suami betul2 free baru boleh dia buat. Sejak sebulan pindah ni setiap hujung minggu ada plan. Rasanya minggu ni bolehlah kot nak habiskan menghias rumah :)

Jomlah layan dulu gambar2 rumah - nanti saya sambung balik bercerita =)












No comments: