Monday, June 10, 2013

majlis pertunangan adik ipar

Hari Rabu minggu pertama cuti sekolah berlangsungnya majlis pertunangan adik ipar. Jadi walaupun sibuk dan penat dengan urusan pindah rumah kami tetap balik kampung. Hari Selasa kami balik kampung, esoknya setelah selesai majlis terus kami bergegas balik ke KL. Walaupun badan berada dikampung tetapi hati asyik teringatkan rumah. Rumah yang disini dan rumah yang di Kemaman.

Tunang adik ipar merupakan adik beradik belah arwah ayah. Senang cerita - ibu yang rekemenkan. Mak lelaki tu adalah sepupu arwah ayah. Masa kenduri Kak Chik bulan 3 yang lepas mak lelaki tu apa ya saya sepatutnya panggil - lupa pulak hehe... Mak Ngah? Mak Ndak? Ya Allah, lupa langsung!

Sementara saya nak ingat saya letakkan dulu makcik aje ya - ok, makcik tu tanya ibu ada tak sapa2 yang ibu kenal untuk rekeman kat anak dia. Ni jumpa masa kat kenduri KakChik kat Makelom. Bila ditanya ibu terus teringatkan adik ipar saya tu. Ibu kata kalau nak tahu macamana rupanya adik ipar saya cuba tengok anak saya Awatif. Muka serupa kata ibu. Eh! Iya ke ibu? Hehe....

Lepas beberapa hari balik dari kenduri, ibu cal mak mertua saya bertanyakan hal ni. Dan ibu juga bertanya sendiri adik ipar macamana. Dah berpunya ke belum? Setelah confirm hati adik ipar masih kosong ibu pun cal makcik tu bagitahu line clear hehe... So ibu pun arrangelah untuk bertukar no fon masing2. Selepas tu ibu pun senyap kejap. Tapi selang beberapa hari kot ibu cal tanya adik ipar macamana? Ada tak si Basir (lelaki tu) cal? Adik ipar saya cakap tak ada. Pastu ibu cal pulak si Basir tu suruh cal adik ipar saya. Memang tip top betul tindakan ibu hehe...

Selepas tu ibu arrange pulak untuk depa berjumpa. Sanggup ibu balik kampung naik keretapi ngan makteh untuk itu. Kiranya tujuan mereka datang untuk merisik. Lepas dah arrange pertemuan tu ibu pun senyap kejap.

Setelah sebulan kot pertemuan tu makcik cal ibu bagitahu pasal nak bertunang. Memandangkan hari minggu cuti sekolah penuh dengan kenduri kahwin, maka pertunangan tu dirancang dibuat pada hari Rabu. Saya agak perkembangan hubungan mereka makin baik. Iyalah, kalau tak takkan nak bertunang dalam masa yang singkat. Telahan saya tu betul - bukan kata bertunang nak cepat, kahwin pun nak dibuat cepat jugak :)

Awalnya kenduri kahwin nak dibuat pada tahun depan tapi lagi 2-3 hari majlis tunang makcik tu cal ibu kenduri kahwin nak buat pada bulan 11 tahun ni jugak. Alamak! Janganlah bulan 11... Bulan 11 ni jadual kami dan penuh :) bermula dengan kenduri sepupu belah arwah, seminggu kemudian kenduri adik Najwa, pastu kenduri belah lelaki di Kelantan. Awal bulan 12 pun dah ada tuannya ;)

Kalau nak buat tahun ni jugak, mungkin bulan 10 kot. Pasal memang free lah time tu. Ibu dah pening dah fikir - eh! cepat pulak lah depa nie hehe... Saya bagitahu ibu itu maknanya depa dah keluar banyak kali la tu - iyalah, bila dah cakap pasal nak tunang dan kahwin maknanya dah serius hubungan tu :)

Alhamdulilah, kuasa Allah. Ibu sekadar memberi peluang untuk mereka berkenalan, selebihnya atas usaha mereka dan keizinan Dia yang Maha Esa. Hanya beberapa bulan mereka berkenalan terus mereka amik keputusan untuk berkahwin. Itu namanya jodohkan?

Hari pertunangan temanya hijau. Saya sponsor doorgift untuk diberikan pada rombongan lelaki. Oleh kerana tak dapat buat sebarang kek kerana baru pindahkan (oven dan barang2 lain masih dalam kotak) saya order aje dari Kak Leeza. Cream puff, cheese tart, murtabak crackers dan tart buah. Cheese tart dan tart buah mak mertua suruh jadikan sebahagian dari hantaran. Pihak lelaki hantar 5, pihak perempuan 7 asalnya tapi bila jiran2 bagi kek - terus jadi 9.

Specialnya pasal hantaran adik ipar nie - jeng, jeng, jeng ... semua bunga yang dihias menggunakan bunga dari hantaran saya masa nikah 13 tahun yang lalu. Mak mertua simpan dengan baik hinggakan tak terjejas langsung keadaan bunga tu. Kalau kata baru beli pun orang boleh percaya :)

Sambil hias2 hantaran tu dengan tak secara langsung berlegar2 lah dalam kepala peristiwa 13 tahun yang lepas. Mana boleh lupakan? Hehe... Kita stop aje kat sini, kalau tak takut melalut pulak saya dengan cerita yang tentunya anda boring nak baca ;)

Setelah berbincang panjang lebar - keputusan sepakat nak adakan kenduri pada Deepavali tahun ini iaitu pada 2hb 11. Memandangkan rombongan lelaki semuanya kami kenal maka hari pertunangan tu jadinya macam kami yang punya. Kami tu a.k.a ibu, makteh dan uda hehe...

Jom la layan gambar2 ni ya :)

p/s :- bunga pink yang kecil tu ya bunga hantaran saya nikah 13 tahun yang lepas :)

























1 comment:

Farah Diana said...

Salam perkenalan.. :)

Sweetnya.. Suka tengok majlis pertunangan yang simple macam ni..

http://qaseh-delima.blogspot.com