Friday, May 3, 2013

rajin jadi malas

Hari ni pagi2 saya rajin. Selalunya hari Jumaat lepas subuh saya sambung tidur balik. Tapi hari ni angin rajin datang gara2 kena brainwash dengan ibu 2 hari berturut2. Yang tu kita cerita satgi ya :)

Lepas subuh tadi buat breakfast kat suami. Selalunya jangan harap saya nak berjaga hehe... Lepas subuh aje terus zzzzz. Bila suami nak pergi kerja dia akan kejutkan saya. Lepas salam dan bye2 dia kat depan pintu saya akan sambung balik tidur sampai pukul 10-11 hehe... Perangai tak elok yang susah nak ubah. Bukan tak tahu benda tu tak elok, tapi dok buat jugak. Nak berubah tapi susah :) - dasar pemalas namanya!

Ok, tak pe, kita berubah pelan2. Macam hari ni kan? Lepas siapkan breakfast kat suami saya kemas2 rumah sikit. Lepas suami pergi kerja saya masuk bilik baring2 tapi teringat kata2 ibu terus bangun sambung kemas rumah. Sejak akhir2 ni saya jadi orang yang sangat pemalas. Saya sendiri boleh rasa tambah suami kan? Saya jadi malas yang amat2 sangat. Kadang2 tu pinggan mangkuk saya biarkan semalaman. Esok tu baru sibuk nak basuh - kadang2 sampai ke petang baru terasa nak basuh. Rumah pun lama dah tak vacum. Dalam 2 minggu kot! Dengan habuk, rambut2 dan sampah2 yang si adik tu buat mahunya berguni2 kalau kumpulkan! Barang2 perhiasan saya penuh habuk. Dalam hati sentiasa kata esoklah lap, petang ni la lap, dalam nak lap2 tu langsung tak buat sampaila ke hari ini. Kalau orang tengok mesti ngumpatkan saya - berangan nak rumah cantik gaya inggeris konon tapi rumah penuh ngan habuk! Hehe.... Yang tu saya agak liat sikit nak buat pasal saya alah ngan habuk2. Kalau buat tu kena pakai mask. Kalau tak pakai mahunya bersin 24 jam! Nak pakai mask tu lah masalahnya. Orang malas ni memang banyak alasankan?

Baju2 pulak - saya memang dah tetapkan yang saya akan lipat baju seminggu sekali. Baru aje rasanya saya lipat baju minggu lepas - minggu ni dah berlonggok baju. Kerja yang paling saya tak suka. Rasa macam ala! kejapnya rasa masa berlalu. Baru semalam aje rasa lipat dan susun baju. Suami saya tu memang tak boleh tengok baju kotor. Balik aje kerja itulah tempat pertama yang dia tuju. Basuh, angkat kain dan sidai kain. Nampak sangatlah wife dia malas :) kadang2 kalau dia tak sempat nak sidai pagi2 - dia akan cal saya kat ofis pesan suruh saya sidai baju. Kalau dengar kat kawan2 dia malu saya :) tapi tak apa, itu tandanya dia sayang sangat2 kat saya hehe.....

Dari pagi tadi saya kemaslah rumah sikit. Rumah saya ni taklah bersepah mana - cuma habuk aje yang banyak. Saya jugak susun2 majalah2 yang nak dibuang. Saya dulu rajin beli majalah, sekarang ni dah setahun dua tak beli. Sejak dok menggila dengan drama Korea dan Jepun ni saya langsung tak ada minat nak membaca majalah. Lagipun tak ada masa :) nak mengemas rumah pun tak ada masa tambahlah nak membaca.

Ruang tamu dan ruang menonton dah selesai. Ruang menonton saya letakkan meja untuk anak2 buat homework dan study. Kalau tak depa dok buat kat meja ketapang tu. Habis bunga saya bila diubah kesana kemari. So nak bagi senangkan depa, saya letakkan meja kat situ khas untuk anak2. Lepas ni nak ke dapur pulak. Mula2 ke dry kitchen. Nak susun2 tupperware yang mana ada supaya senang kalau nak pindah nanti. Pastu baru tuju ke wet kitchen. Payah jugak ya kalau ada dry/wet kitchen ni. Kerja jadi banyak. Kalau ada satu dapur kan senang? Hehe... Alasan orang malas lagi :)

Lepas dah siapkan dapur baru nak kemas bilik2. Baju2 yang mana dah tak muat tu kita asingkan. Dan buku2 sekolah yang tak pakai pun kita asingkan supaya nak pindah nanti senang kerja. Tak payah nak bawa banyak2 pergi KL tu. Kalau confirm duduk lama2 tak apa jugak. Ni duduk 3 tahun aje pastu nak kena pindah Johor.

Masa saya kemas majalah2 tadi teringat masa mula2 pindah sini. Rasa happy aje pasal rumah pertamakan? Majalah Anjung Seri dan Impiana tiap2 bulan beli untuk buat rujukan. Tanda2 kat buku yang saya buat pada tahun 2007 - 2008 tu masih ada. Hai! kenangan yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Tiba2 rasa emosi pulak!

Pasal bab ibu brainwash tu - sebenarnya ibu leterkan orang kat KL tu tapi saya rasa biasnya. Pasal? Benda yang ibu cakap tu sebijik macam yang saya dok buat - tak kemas rumah, baju tak berlipat, bangun tidur tengahari dan macam2 lagi. Saya duduk jauh ibu tak tahu tapi kalau ibu datang rumah saya sekarang tentu ibu naik angin hehe... Bukanlah bersepah sangat tapi bukan macam rumah saya yang selalunya. Dulu saya rajin - bukan nak puji diri sendiri tapi betul! Saya dulu suka kemas rumah, hias rumah. Bab masak aje saya malas. Sekarang ni sejak tua nie aje yang jadi malas. Kalau dulu peti ais selang 3@4 hari saya cuci tapi sekarang seminggu sekali pun susah. Bilik air pun sama. Dah seminggu lebih tak bercuci. Alasan, kaki yang kena gigit sikenit tu dah jadi luka so kalau kena air jadi pedih. Padahal kalau nak buat sikit2 tu boleh aje. Mujur suami jenis tak kisah. Dia cuma penting 2 perkara aje - pinggan dan baju. Kalau baju tak berlipat ha! dia akan bersuara lah :)

Okeylah, tak nak cerita panjang2, jom layan gambar2 yang saya amik pagi tadi :)

















No comments: