Thursday, April 4, 2013

Majlis Pertunangan Najwa & Syahmy 09032013 part 1

Saya tak berapa puas hati dengan gambar2 majlis tunang adik nie. Banyak acara penting yang tak ada dan banyak yang kelabu. Saya kan sakit pada hari tu. So saya hanya harapkan Mira dan Wani yang amikkan gambar dan video. Tu lah, mungkin excited sangat kot sampaikan sakit teruk. Malam majlis tunang tu lah yang saya kena warded kat hospital. Ok, tak naklah cerita pasal saya sakit - nanti tak syok pulak nak cerita pasal majlis bahagia adik nie.

Setelah melalui pelbagai onak dan duri - akhirnya adik dah selamat melangsungkan pertunangan dengan Syahmy. Kisah dia nie kalau nak tahu, boleh buat novel atau filem. Dari awal berkawan, bercinta sampailah bertunang dan hinggalah nak kahwin bulan 11 nie. Macam2 halangan dan dugaan. Masa bercinta dah sekian punya drama air mata. Bila nak bertunang pun ada jugak drama. Bila ingat balik, kesian jugak kat dia. Dia tersepit ditengah2. Yang ni pun dia sayang, yang sana pun dia sayang. Kita tak tahu perasaan dia macamana. 

Nak ke hari bertunang tu pun selalu berendam air mata dan memendam perasaan. Sebenarnya saya harap tak ada orang yang menyesal buat dia rasa sedih di hari bahagia dia kerana dia akan kenang sampai bila2. Contoh paling terdekat ialah saya sendiri. Walaupun dah 13 tahun berlalu saya masih ingat bagaimana sesetengah orang melayan saya pada hari itu. Hari pernikahan saya ada yang buatkan saya rasa sangat sedih. Walaupun benda itu rasanya agak kecil tapi bagi saya saya akan ingat sampai bila2. Tak keterlaluan jika saya katakan perbuatan itu membuatkan saya rasa ha! macam tu kot kalau kita tak ada ayah, orang boleh buat macam tu kat kita!

Dan contoh satu lagi ialah Arnie. Saya memang kesian sungguh dengan dia bila ingatkan balik majlis perkahwinan dia. Saya pun boleh berasa hati dengan majlis dia tambahlah dia sendiri kan? Dia kenang majlis kahwin dia sampailah sekarang. Itulah saya kata, majlis bahagia kita kalau kita berasa hati atau sedih, kita akan kenang sampai mati.

Bagi adik pulak, saya harap orang2 yang dia sayang tak akan buat dia sedih di majlis bahagia dia. Majlis tunang dah selesai walaupun ada yang terasa hati - nanti jangan pulak majlis kahwin ada lagi kisah2 terluka hati dan perasaan nie. Iyalah, seperti yang saya kata tadi, kita tak mahu dia kenang hari bahagia dia dengan hati yang sedih kerana dia akan ingat sampai mati. Memang kita tak mahu dia kahwin awal tapi itu dah jodoh dia. Itu yang dia mahu. Bukan kita tak bagi nasihat atau pendapat kat dia. Dia yang nak, dia dah nekad dan kita tahu perasaan dia dan Syahmy, kita berharap dan berdoa saja semoga dia bahagia dengan pilihan yang dia buat ini.

Siapa ibu bapa dia @ siapa yang bela dia - isu ni tak seharusnya timbul. Saya takut nak cakap pasal isu ni tapi saya berharap sangat kalau hal ni dapat diselesaikan dengan baik kerana kita semua sebenarnya sayang dia. Kita semua nak dia gembira dan bahagia. Itu aje yang penting.

Banyak lagi cerita, nanti kita sambung part 2 ya :)

yang dulunya tangisan kini menjadi senyuman - faham2 ajelah ya :)

wajah berseri2 bila hati bahagia - moga berpanjangan hubungan ini hingga ke jinjang pelamin, Amin!
manisnya senyuman :)

hanya gambar ini saja yang saya ada - gambar sarung cincin tak ada, gambar salam cium tangan pun tak ada - masa ni saya sakit sangat - rasa tak larat sangat, saya duduk kejap, pastu baring, pastu tertidur, bila nak sarung cincin Uda kejutkan, saya duduk kejap, pastu baring lagi, pastu dah tak larat sangat2 terus masuk bilik mak tidur - saya harapkan Wani dan Mira aje yang amikkan gambar dan video

tak tahu kenapa Pak Uda duduk macam gitu time nak sarung cincin - mungkin nerves kot nak dapat menantu baru -  dari Kelantan lagi hehe... :)



dah selamat pun bertunang :)

Abang Lee yang beriya2 suruh depa ni amik gambar sama2 - dialog abang Lee " cepat hangpa amik gambar sama2, esok nak kahwin nak buat banner senang - la ni kan nak kena ada bannerlah bagai, dulu2 kami tak dak pun" hehe.....

suka lah tu:)

kakak bila pulak??? :)

satu keluarga - Uda! kenapa kat belakang??

kakak senyum lebar aje :)


bersama orang penting :)

banyak sangat kot kamera sampaikan nak tengok yang mana satu tak tahu kan?

dapat menantu lagi Uda tahun ni ya! :)

tengok muka saya hehe.... muka orang sakit

hantaran dari pihak perempuan

hantaran dari pihak lelaki -  kenapa ada 2 orang budak kat situ?

Syahmy dan maksu

jejaka hensem tu boyfriend Mira (sebelah kiri) - pakat2 ada boyfriend dah depa hehe.... :)

saranghae

amboi! peluk kuat. sayang sangat la tu hehe.... saya yang sedang sakit so maafkanlah muka yang sebegitu ya :)

teringin jugak nak pegang bunga hehe.....

masa Farah dok amik gambar nie cepat2 saya suruh sape2 amikkan sama pasal saya cakap ngan dia saya nak mengata dia dalam blog saya nie hehe..... pengantin lama yang teringin nak jadi pengantin baru balik hehehe... ok,  dah mengata dah hehe... kesian dia tengah "mabuk" sekarang !! biasalah tu, kami semua dah rasa!

No comments: