Wednesday, April 3, 2013

macam2 cerita

Minggu lepas saya ada beli sepotong millie crepe. Lama dah nak rasa bila tengok dalam blog2 masakan. Rasa terliur bila tengok gambar. Dalam hati angan2 nak cuba buat tapi bila tengok resepi - aduhai! nak buat tu senang tapi renyah @ leceh kerana nak kena buat sekeping sekeping. Buat macam durian crepe tu tapi nak kena buat banyak keping. Kalau buat tu mahunya berjam2 berdiri kat dapur. Rasa tak sangguplah hai!!

Bila tengok ada jual kat kedai kek terus saya beli tapi beli sepotong ajelah pasal ingat nak cuba dulu. Kalau sedap boleh beli lagi. Bila makan tu terus rasa eh! sedaplah. Suami yang tak berapa suka rasa cream2 ni jadi suka pulak bila makan millie crepe tu. Rasa dia sedap sikit dari crepe biasa - cuma tak ada inti durian atau apa2. Sekali makan tak boleh banyak2 kerana cepat muak.

Dah beli sepotong pastu share 4 beranak, manalah nak puas makankan? So 3 hari lepas pergi kedai kek tu lagi - tengok2 dah habis. Frust sungguh pasal time tu terasa sangat nak makan. Tak puas hati punya pasal terus saya order sebiji. Ha! Puas makan kami 4 beranak nanti :)

Pagi tadi dapat cal kata millie crepe tu dah siap. Lepas amik adik sekolah terus pergi kedai kek tu. Dari tadi saya hanya makan sepotong aje pasal tak boleh makan banyak sekali. Kena makan slow2. Cepat rasa muak macam makan cheese cake. Tapikan memang sedap! Saya syorkan pada semua supaya cuba makan ataupun pada yang rajin dan pandai tu cuba buat. Berbaloi! Suami makan selera aje saya tengok sampaikan rasa macam nak try buat la la tu jugak hehe... ;)

Sejak 2-3 hari ni saya masak. Hari apa ntah saya buat ikan salmon masak merah. Beli kat Giant masa pergi Kuantan minggu lepas. Entahlah - saya rasa tak kena dengan tekak saya ni. Bukan pasal saya masak tu tak sedap tapi pasal ikan salmon tu. Rasanya terlalu berlemak. Suami suka - dia kata mentah pun dia boleh makan. Yang masak elok pun saya tak suka tambahlah yang mentah tu kan? Anak2 pun kurang suka. Mujur beli 2 keping aje.

Hari ni saya buat spageti bolognese. Last week pergi makan luar adik order yang tu. Suka tengok dia makan - habis sepinggan. Bila tengok dia suka makan, saya pun buatlah petang tadi. Tapi bila dah buat tu dia makan semulut dua aje. Geram sungguh! Saya betul2 tak tahu apa yang dia suka. Kadang2 tak boleh nak tahu kegemaran dia macamana. Apa yang dia suka kadang2 dia tak suka, apa yang dia tak suka kadang2 dia suka. Pening kepala Ummi nak fikirkan apa yang dia nak makan! Awatif sekarang dah ok. Apa2 pun dia makan. Kuranglah cerewet kalau nak dibandingkan dengan dulu.

Malam ni adik banyak homework nak kena buat. Macam2 gaya dan kelaku dia bila buat homework. Cuba tengok tempat mana dia pilih untuk buat homework tu - tengok gambar paling bawah :)

Ibu, mak dan adik dah balik dari Singapore. Sekarang ada kat Johor pulak. Bila nak balik KL, belum tahu. Tak apalah, biar cuti panjang, rehatkan badan. Lagipun bukan ada cucu kecil yang nak kena jaga hehe.... Cucu2 ibu dah besarkan??











No comments: