Friday, April 5, 2013

kenduri Kak Chik

Pengantin baru dah datang rumah, kisah kenduri tak cerita2 lagi.

Awal cuti sekolah yang lepas kenduri kahwin kak chik ni. Hari sabtu 24hb Mac. Memandangkan hari sabtu tu minggu pertama cuti sekolah tak bolehlah kami nak balik awal. Sabtu pagi kenduri tu baru
bertolak dari KL. Sampai sana dalam tengahari. Lepas makan dan rehat2 kejap suami dan adik balik rumah mertua. Saya dan Awatif ikut ibu & kakak serta semua tidur rumah bapa Abang Lee.

Yang ikut sekali balik kampung saya anak beranak, kakak anak beranak kecuali Abg Lee (tak dapat cuti), Mak Teh dan adik Najwa. Masa kat kenduri dapat jumpa uda dan Farah. Ingat nak pergi rumah Farah tapi tak ada masa. Esoknya tu mulanya plan nak pergi kenduri belah lelaki tapi last minit tak jadi. Pertama - dengarnya 13 biji kereta nak pergi, tambah ngan kami jadi 14 la. Ibu kata ramai sangat tu, takut tak terlayan pulak nanti @ jadi beban pulak kat pihak lelaki. Dan sebab keduanya - kereta penuh dengan barang2. Pelbagai anak2 pokok mak teh amik kat rumah Tok Mail. Nak tanam kat rumah dia. Pastu dengan pelbagai ulam dan buah2 kampung. Penuh kereta sampaikan malu kalau orang tengok hehe...

Sebelum balik singgah minum air kelapa. Ibu cuba air kelapa lemon. Kami semua ambik gelas besar. Puas dapat minum kerana cuaca panas sangat. Lepas minum baru balik kampung Sungai Kecil. Suami ambil saya dan Awatif kat kampung.

Esoknya dah nak balik KL. Sebelum balik KL mak mertua masak nasi lemuni dan jemput ibu, kakak, mak teh dan adik makan. Lepas makan terus balik KL. Sampai KL pergi rumah mak su amik mak pastu baru balik rumah kakak.

Esoknya saya hantar ibu, mak dan adik pergi Putrajaya buat pasport. Lepas hantar saya dan suami pergi Bangi - tengok2 rumah. Dalam perjalanan ibu cal kata tak boleh nak buat pasal orang ramai sangat. So saya suruh ibu pergi makan2 dulu - dalam 20 @ 30 minit saya sampai. Hari tu petang dalam pukul 5 baru bertolak balik Kemaman.

Balik kampung kejap sangat. Tak sempat nak pergi mana2 pun. Nak jumpa kawan2 pun tak sempat. Rasanya raya nanti baru balik kampung. Rindunya kampung :) ....

























1 comment:

bidadarindu said...

nasi lemuni tu nasi aper?teringin nak rasa...pokok yang makteh bawak balik tu rasanya dah mati kot kat blakang rumah abah ni...kui kui kui...