Thursday, April 18, 2013

kenangan lama mengusik hati

Sejak seminggu ni saya anak beranak dok ralit tengok video lama2. Seronok tengok perangai dan keletah anak2 masa kecil. Suami beli video cam dah lama, masa adik belum pun setahun - masih comel merangkak lagi hehe...

Adik asyik2 sebut Ya Allah, kenapa adik macam tu - setiap kali tengok dia dok nangis nak berdukung aje. Awatif pulak dok membebel kenapa waktu dia kecil selalu sangat buat perangai - tergege hehe... Tahu apa tergege tu, sama macam gediklah hehe...

Masa adik kecil dulu cengengnya alahai lah! Asyik nak berdukung aje. Kalau kat rumah pun sama - nak merap aje kerjanya. Sikit2 nangis! Kalau saya cerita balik kat dia sekarang ni dia kurang percaya tapi bila dia tengok sendiri video lama2 ni baru dia tahu sendiri perangainya waktu kecil macamana hehe... Ada tu sampai dia sendiri tak tahan nak tengok bila tengok dia dulu asyik2 nangis aje hehe...

Tapikan macamana cengeng atau merap pun dia, dia tetap comel sangat saya tengok! Rasa macam nak cubit2 aje pipi dia. Masa kecil dulu dia agak berisi sikit tambah2 kat pipi. Geram tengok! Rasa macam ala! cepatnya dia besar! Tak puas nak cium2 dan cubit2 masa dia kecil.

Awatif pun comel aje masa umur 3@4 tahun. Pandai sangat cakap. Dan paling kelakarnya Awatif dulu pantang dengar muzik - satu badan bergoyang! Dia sendiri pun tak tahan tengok betapa gediknya dia dulu hehe... Bagi saya tak nampak langsung gedik tu - nampak semuanya comel aje :)

Saya rasa happy sangat dapat berkongsi cerita dengan anak2. Bila tengok video lama2 tu dapat mengeratkan kasih sayang antara kami anak beranak. Tambah2 tengok video masa depa kecil. Seronok! Berderai kami ketawa bila tengok aksi2 yang kelakar. Terutamanya bila adik dan kakak dok gaduh berebutkan apa2 dan bila adik cakap pelat!

Bila tengok video tu saya rasa cepat sangat masa berlalu. Awatif dah 12 tahun, adik pulak 9 tahun. Kadang2 tu hati rasa sedih sangat, tak tahu nak gambarkan macamana perasaan saya. Puncanya tak tahu apa, tiba2 aje hati rasa hiba! Eh! dah tua ginilah kot rasanya, emosi semacam aje ;)

Apa yang berlaku pada anak2 masa kecil dulu banyak yang dapat saya rakamkan. Saya rasa puas hati kerana tak pernah tinggal satu pun aktiviti anak2 masa kecil. Dari sukan sekolah sampailah ke hari graduation anak2. Persembahan anak2 dari umur 5 dan 6 tahun semua saya berpeluang rakamkan. Rasa bangga bila tengok anak2 buat persembahan di atas pentas. Walaupun tak dapat hadiah dari segi akademik tapi saya tetap berbangga. Bila tengok sekarang dengan anak2, saya boleh rasakan mereka tau saya sangat sayangkan mereka. Yang nampak ketara sangat ialah adik. Kejap2 cium saya dan suami sambil cakap adik sayang Ummi dan Walid :)

Sebelum ni saya pernah jugak pasangkan video lama2 ni tapi mungkin masa tu depa kurang faham sangat. Sekarang ni dah besar, dah boleh faham.

Dulu2 kerap saya, kakak dan makteh pergi cuti2. Bila tengok video lama2 ni saya perasan setiap tahun kami pergi bercuti. Kadang tu setahun sampai 2-3 kali. Taklah pergi jauh2 - pergi Melaka, Genting, Cameron, PD, Perlis dan Johor aje pun. Sekarang ni susah betul nak pergi mana2. Berapa tahun dah tak pergi cuti sama2.

Teringin pulak nak pergi Genting dan Cameron. Nanti nak ajak kakak pergi lah cuti sekolah ni nanti. Anak2 pun dah bising kenapa lama tak pergi jalan2!

Banyak lagi video yang belum kami tengok. Kena amik masa berhari jugak tu kalau nak tengok semua.

Saya selalu cerita kat anak2 macamana mereka keluar dari perut saya. Saya cakap Doktor belah perut Ummi pastu keluarkan Awatif dan adik. Depa tanya sakit tak - saya cakap mestilah sakit. Setiap kali dengar cerita tu, adalah 2-3 hari depa baik sangat perangai. Senang nak minta tolong apa2. Lepas depa lupa, ha! buatlah balik perangai ;)... Bukan apa, kadang2 nak kena peringatkan jugak anak2 ni macamana kita banyak berkorban untuk depa. Betul tak? :)

Saya rasa ayat saya nie dah tungang langang dah! Sekarang ni semua idea dah ke laut gara2 lama tak mengarang!








1 comment:

balqish said...

Umi su nk tengok video2 lme tu XD