Monday, April 1, 2013

cerita sepanjang minggu lepas

Alhamdulilah, saya dah sihat. Jari kaki akibat gigitan sikenit tu masih lagi bengkak tapi dah semakin baik. Sakit pun dah kurang, saya dah boleh berjalan macam biasa. Tak ada lah nak terjengket2 lagi.

Suami ada tegur saya bila dia baca status saya dalam facebook. Sama macam tajuk blog saya dalam entry lepas "sudah jatuh ditimpa tangga". Suami cakap perumpamaan tu untuk orang yang betul2 dilanda musibah yang teruk. Sedangkan saya hanya diberi dugaan yang kecil aje. Bila fikir2 balik, betul jugak suami saya cakap. So saya tarik balik ya apa yang saya tulis tu. Suami hanya tengok facebook saya aje, blog ni jarang sesangat dia nak buka.

Sejak dah sihat ni, macam2 saya mengidam nak makan. Dalam kepala asyik ingat makanan aje. Iyalah, balas balik masa sakit yang saya tak lalu makan tu. Ramai kawan2 tegur saya kurus hehe... Tapikan dengan keadaan saya yang asyik dok makan aje sekarang ni - alamatnya kejap ajelah orang tegur kurus :) - kot lepas ni orang tegur makin bulat la kot kan?

Minggu lepas pengantin baru datang rumah. Mereka honeymoon kat belah pantai timur. Saya dah tahu mereka nak datang tapi tak tahu tarikhnya bila. Entry pasal kenduri pun tak update lagi. Kebetulan mereka datang waktu saya tak sihat. Saya tak masak so bawa mereka makan satar dan otak2. Seronok tengok aksi2 mesra @ manja pengantin baru hehe... Iyalah, kita dulu bukan tak pernah merasa jadi pengantin baru tapi pasal kita tak bercinta tak adalah loving2 macam gitu :)... Saya cakap dengan suami, masa kita jadi pengantin baru tak ada pun macam gitu - suami buat tak layan aje saya cakap hehe.... Dialog suami sama aje dalam setiap situasi "abang memang tak romantik". So nak jugak ke tanya? Hehe....

Sabtu lepas kami makan dim sum lagi. Masa ibu & mak teh datang restoran tu tutup. Punyalah frust time tu. Kesian ibu & mak teh tak dapat nak rasa. Masa saya makan asyik teringat aje kat ibu & mak teh. Masa saya sakit dan kena warded saya punya teringin nak makan dim sum ni sampai termimpi2. Bila dah dapat makan senang hati aje hehe... :) - bukan saya aje yang suka, anak2 pun suka jugak.

Bila dah sihat, dapur kenalah berasap. Kalau tak, suami asyik "menyanyi" aje kat tepi telinga nie hehe.... Tak kuasa nak dengar tiap2 hari tau! Baru semalam saya start masak. Masak yang simple dulu. Buat pemanas badan :). Atas permintaan suami saya masak spageti olio. Untuk anak2 saya buat cheese tart (blueberry & strawberry). Yang tu lama dah saya berjanji dengan anak2 nak buat. Sebelum sakit lagi. Bahan2 lama dah beli. Dok terperap aje dalam peti ais tu berminggu2. Semalam rajinkan diri buat pasal takut expired pulak cream cheese tu. Banyak lagi sebenarnya "hutang" saya kat anak2. Kena tunaikan satu2 secara pelan2. Kalau nak buat semua sekaligus takut Ummi pengsan pulak hehe... :)

Saya teringin nak makan pai labu. Ada sesiapa yang nak buatkan untuk saya :) ?

p/s :- bestnya ibu, mak dan adik cuti2 kat Singapore sekarang :)



















No comments: