Saturday, April 20, 2013

alkisahnya hari ini ...

Sejak sebulan ni hampir tiap2 minggu kami pergi Kuantan. Bukan beli apa2 pun, saja nak berjalan2 dan makan2. Suami kata ada masa 2 bulan aje kami boleh jalan2 kat Kuantan sebelum pindah KL hujung bulan 6 ni. Kami anak beranak memang suka sangat2 jalan2 kat Mall @ shopping complex. Walau tak beli apa2 pun tapi enjoy aje hehe... Suami kata nanti kat KL bahagialah hati Ummi pasal ada Jaya Jusco, ada Alamanda, ada KLCC, Midvalley dan macam2 lagi. Senang aje saya jawab - memang pun! Hehe...

Kat Kuantan ni ada 2 tempat aje yang selalu kami pergi - East Coast Mall dan Mega Mall. Kadang2 tu pergi semata2 nak makan something. Lepas makan, ronda2 jap dalam Parkson tu. Kalau ada berkenan apa2 beli lah satu dua barang pastu baliklah. Itu aje aktiviti kami anak beranak pada hari cuti. Pindah KL nanti mesti banyaklah aktiviti kami! Tak sabar pulak rasanya nak pindah :) walaupun hati rasa berat sangat nak tinggalkan Kemaman.

Hari ni sebenarnya ada "benda" yang saya nak survey. Apa dia tu, nanti dah ada depan mata baru saya cerita ya. Dalam pada nak tengok satu benda jadi 2-3 benda so dari pagi kami keluar rumah, nak dekat maghrib baru sampai rumah. Sejak Awatif tution hari Sabtu ni kami jadi kelam kabut pasal nak kena sampai rumah sebelum maghrib. Dia start tution pukul 8 malam. Anak dara tu kalau mandi aduhai! berjam2 - sebijik ikut perangai Ummi Fatin. Dahlah kulit sama :) hehe.... Nak tunggu dia siap dah macam nak kena tunggu artis KPOP tu ha!! Berjam2.

Hari ini berlaku satu sejarah dalam hidup dia sepanjang 12 tahun! Bunyinya macamlah gempak sangatkan hehe... padahal biasa2 aje. Hari ni dia gunting rambut pendek paras bahu. Kan dia tak pernah gunting rambut sependek tu? Mulanya dia tak mau tapi sayalah yang nak sangat pasal dia kan pakai tudung sepenuhnya. Kalau tak pakai tudung saya tak kisah kalau rambut panjang pun. Rambut dia sejak akhir2 ni banyak sangat kelemumur. Tiap2 hari dia basuh rambut dia dan rajin shampo tapi kelemumur still ada. Dia bertudung dari pukul 7.30 pagi sampailah ke pukul 5.45 petang so rambut tu jadi semacam aje. Kalau rambut pendek senang sikit nak jaga kalau ada kelemumur pun. Dia macam sedih pada mulanya tu tapi sekarang dah ok. Lepas mandi tadi dia kata kepala dia rasa ringan. Iyalah, asyik rambut panjang aje selama ni bila dah pendek tu mesti rasa ringan :) dia minta buat rebonding pasal bila odah pendek, rambut tu jadi kembang. Entahlah, mungkin sebelum raya nanti kot baru nak bagi dia buat.

Pernah tengok tak batang penyapu dan mop bunga2 caler pink? Atau saya soranh aje yang jakun tak pernah tengok? Tadi pergi Carrefour terjumpa, nampak macam comel aje terus beli :)

Adik pulak tuntut janji dia nak beli mainan. Masa dia sakit minggu lepas saya dan suami ada janji nak belikan apa2 @ mainan untuk dia so bila dia dah sihat, asyik bernyanyi aje kat telinga kami minta tunaikan janji. Selagi tak beli selagi tulah dia dok tanya. Bila dah beli tu terus diam :) . Sekarang ni dia susah sangat nak makan nasi. Kat sekolah pun dia tak makan. Dia kata dia jemu, boring dan segala alasan dia bagi tak mau makan nasi. Kalau kat rumah bila saya dan suami paksa, adalah dia makan 2-3 mulut. Ikan langsung dia tak mau. Ayam tu bolelah gagah sikit. Kalau telur mata kerbau tu makan dengan nasi dia sukalah jugak. Hai! anak teruna sorang tu lah! Kurus kering dia sekarang.

p/s : - sebelum keluar rumah tadi suami pesan pakai baju caler purple atau putih aje, hari ni biru, hijau & kuning kita jangan pakai hehe...




















1 comment:

Anonymous said...

Salam kak,

Sy & family akan pindah ke Kertih bln 6 nnt. Dok carik2 rumah sewa ntah camne bleh terjumpe blog akak ni.
Kalau akak nak bg sewa rumah akak lepas akak pindah KL nnt pls e-mail sy yer.
Email add sy: farahnur80@yahoo.com

Terima kasih.

Farah N. Ramleh