Sunday, April 14, 2013

adik demam lagi dan Alhamdulilah, bukan appendix

Adik demam lagi. Last week pun dia demam tapi lepas 2-3 hari dia dah ok. 2 hari tak pergi sekolah. Sekarang ni demam balik. Tiba2 aje badan panas. Hari Jumaat pagi dia ok aje. Macam biasa dok main sorang2. Tapi bila tengahari tu dia ngadu sakit perut dan pening kepala. Lepas makan tengahari nampak macam dah ok. Lepas kemas2 dapur, saya masuk bilik tengok dia dah tidur. Rasa badan dia tak panas pun.

Lepas suami balik kerja dalam pukul 6 tu suami rasa badan dia panas sangat. Terus kejutkan dia mandi biar sejuk sikit badan tu. Pas makan ubat rasa macam ok sikit tapi tengah2 malam panas balik. Dia start muntah dari lepas maghrib sampailah ke tengah malam. Adalah dalam 3-4 kali.

Pagi sabtu bawa dia pergi klinik. Dr kata dia ada simptom2 appendix. Dr suruh refer ke pakar. Saya tak ikut masa pergi klinik tu pasal nak tidur kejap. Malam tu asyik terjaga kerana risaukan dia. Lepas suami balik suami bagitahulah pasal appendix tu. Saya jadi takutlah. Iyalah, bukan boleh buat main2 appendix ni, bahaya!

Dalam takut2 tu saya dan suami rasa macam bukan pasal suami pernah kena. Dia kata kalau appendix, adik tak boleh nak jalan dah pasal sakit sangat2. Tapi untuk nak senangkan hati, kami bawa jugak adik ke Kuantan Specialist petang tu.

Adik cakap perut sakit tapi tak tahu sakit kat bahagian mana. Pastu bila tanya balik dia kata tak sakit pulak. Badan panas sangat. Sebelum keluar rumah saya bagi dia makan ubat demam. Bila sampai hospital check demam dia 38. Memang panas sangat badan dia time tu. Bila Dr check Dr kata bukan appendix. Lega betul dengar. Walaupun dah agak bukan dari awalnya tapi bila Dr sahkan dan dengar sendiri baru rasa lega sangat2.

Untuk lebih confirm, Dr nak check darah dan air kencing. Result nak kena tunggu sejam. Sementara tunggu result tu. Awatif nak makan sushi. Adik pun kata nak makan. So kami pergi East Coast Mall. Tengah makan tu dapat cal dari hospital kata result dah keluar. Saya jadi cuak jugak takut ada result yang tak elok pasal kerap sangat dia demam sejak akhir2 ni.

Lepas makan terus ke hospital balik. Makan cepat2 aje. Alhamdulilah, Dr kata result ok. Tak ada yang serius cuma ada jangkitan kuman @ bakteria sikit. Dan badan dia kurang garam. Dr suruh dia makan banyak buah terutamanya betik, pisang dan apple hijau. Lepas amik ubat terus kami balik rumah pasal time tu adik makin demam - panas badan dia.

Sepanjang perjalanan balik dia tidur atas riba saya. Sampai rumah terus bagi ubat b*nt*t. Pastu dia sambung tidur. Dalam setengah jam tu kejutkan dia mandi dan makan antibiotik. Saya pulak terus masuk dapur - buat laksa. Time tu dah pukul 11 lebih. Sebenarnya saya dah siap dah bahan2 nak buat laksa pagi tu. Ikan dah rebus. Masa suami balik dari klinik tu saya tengah siap2 nak perisi ikan. Bila suami cakap pasal appendix tu terus saya simpan ikan dalam peti ais. Dan terus siap2 nak pergi hospital. Baju2 pun saya dah ready untuk 3 hari 2 malam. Dah siap satu beg dah. Takut jugak kalau kena tahan wad.

Adik yang nak makan sangat laksa. Dah banyak hari dia suruh saya buat. Pagi tadi dia bangun awal - dalam pukul 7.30 pagi. Bangun2 terus minta nak makan laksa. Mujur Ummi buat semalam. Walaupun penat gagah jugak buat. Pukul 12 - 1 pagi baru siap.

Habis semangkuk dia makan tadi. Lega tengok dia makan. Badan masih panas sangat. Dalam pukul 5 pagi tadi saya masukkan ubat b*nt*t. Tapi badan dia tak kebah langsung. Itu yang bila tengok dia makan laksa rasa macam lega aje. Walaupun demam tapi berselera bila makan makanan feveret dia. Lepas mandi dan makan ubat rasa macam badan dia kurang sikit panas. Sekarang ni dia dok tengok tv. Saya sekarang nak tidur kejap pasal ngantuk. Semalam tak berapa nak lena kerana dok jaga dia.

Saya baru dalam 2 hari bagi dia makan omega dan milkshake dari shaklee. Sekarang ni tiap2 pagi suami bagi anak2 makan madu sebelum pergi sekolah. Tak tahu dah nak bagi apa kat adik supaya dia tak selalu sakit. Saya dan suami susah hati betul dengan keadaan kesihatan dia. Orang kata antibiotik ni tak elok amik selalu tapi adik ni kerap sangat dah. Tak bagi makan nanti takut melarat pulak.

Tolong doakan adik cepat sembuh ya dan tak demam lagi lepas ni :)

p/s - adik dapat mc 3 hari, alahai! kerap sangat adik tak pergi sekolah!

















No comments: