Sunday, March 10, 2013

ummi masuk hospital?

Selalunya anak yang kena warded, kali ni Ummi pulak yang kena. Xpe lah, dugaan Allah beri pada saya.

Saya sakit perut @ cirit birit hari Jumaat. Makin teruk masa dok sibuk2 nak hias cupcakes malam tu untuk majlis pertunangan adik keesokkan harinya. Saya sempat hiaskan satu biji aje pastu dah tak boleh tahan. Pukul 2 pagi ajak suami pergi klinik.

Masa majlis pertunangan adik berlangsung saya banyak tidur dan berbaring aje pasal sakit sangat. Rasa terkilan pulak pasal tak dapat tengok betul2 masa adik disarungkan cincin. Masa Pak Uda sarung cincin kat Syahmy langsung saya tak tengok pasal saya rasa sakit sangat. Time tu tak tahu macamana nak gambarkan keadaan saya. Nak berdiri pun tak boleh. Kaki tangan sejuk.

Sorilah adik pasal masa hari bahagia adik, kak sayang sakit pulak. Masa nak bergambar saya paksa diri pasal nanti rasa menyesal pulak tak ambil gambar dengan adik masa adik bertunang. Gambar dengan Syahmy saya tak ada langsung pasal lepas tu terus masuk bilik tidur. Time tu dah tak boleh tahan dah. Saya tak pasti yang lain2 tu ada bergambar tak dengan Syahmy. Cerita pasal majlis tunang adik saya update bila dah sihat ya.

Sambung pasal kisah saya - lepas dah bangun tidur petang tu saya rasa dah ok sikit. Saya tak makan apa2 langsung sejak sakit so rasa lapar. Saya makan nasi beriani 3-4 mulut dan coklat hantaran adik tu sebiji. Lepas makan tu perut terus rasa memulas2 dan sakit sangat2. Setiap 10-15 minit masuk bilik air. Ibu suruh saya pergi klinik lagi sekali.

Malam tu saya pun ajak suami pergi
Klinik lagi sekali. Doktor nak masukkan drip air kat klinik tapi bila check tekanan darah saya terus doktor suruh refer ke hospital. Tekanan darah saya rendah sangat 62/47 kalau tak silap saya. Dr
referkan saya kat Kajang Specialist Hospital.

Balik rumah kakak, ambil baju kemudian terus ke hospital. Ibu, Kakak & Abang Lee ikut sekali. Ibu temankan saya tidur kat hospital. Masa kat emergency Dr yang bertugas cakap saya kena demam kepialu kerana darah putih saya tinggi. Saya susah hati - terus buka internet cari info pasal demam kepialu. Bila Doktor Pakar datang dia cakap mungkin appendix kerana saya ada simpton2 sikit. Malam semalam saya tak boleh nak tidur sangat kerana sakit perut dan demam. Bila check demam 39.2 . Saya dibenarkan minum air sikit kerana kena makan panadol. Sepanjang malam semalam demam saya berterusan. Mujur pagi tadi demam saya dah baik, Alhamdulilah.

Saya disuruh berpuasa malam semalam kerana nak buat ultrasound pagi ni. Keputusannya doktor kata nampak
macam usus saya tu tebal @ bengkak. Bagi nak keputusan yang lebih jelas, kena buat ct scan. Bila buat ct scan tu memang nampak jelaslah usus saya tu bengkak. Puncanya kerana jangkitan kuman. Bila nak buat ct scan kita diberi 2 jenis ubat untuk bagi nampak jelas. Apa nama ubatnya saya dah lupa tapi sakitnya saya kenang sampai bila2 hehe... Saya dah pernah kena masa buat rawatan sinus dulu. Memang sakit sangat2.

Doktor kata kalau keadaan saya masih tak baik esok nak kena buat scope. Adoi! Itu yang saya takutkan. Teringat cerita Kazrina macamana sakitnya. Ina - kita ni memang samalah. Asyik sakit aje kan?

Keadaan saya masa dok taip ni - masih sakit lagi. Selera makan saya kurang - lepas ni bolehlah kurus sikit kot hehe... Timbang semalam berat saya 52. Kot2 lepas ni jadi 48 ke 47 ke seronok jugak kan? :D

Tolong doakan saya cepat sembuh ya :)





No comments: