Sunday, March 3, 2013

Sukan Tahunan Sekolah

Prestasi rumah merah jatuh merundum tahun ini. Setelah 5 tahun berturut-turut menang tempat pertama, tahun ini dalam sejarah dapat nombor 4 - last sekali!

Tempat pertama - yang tak disangka2, rumah biru! Selalunya rumah biru dapat tempat yang corot sekali. Adik melompat suka bila rumah biru diumumkan juara.

Saya dah dapat agak dari awalnya (sejak sukan bermula) yang rumah merah akan kalah tahun ini kerana acara lari @ balapan, tiada peserta dari rumah merah yang menang. Tahun2 sebelumnya rumah merah yang akan membolot semua kemenangan dalam acara lari. Dari situlah yang akan memberikan kejuaraan kepada rumah merah.

Adik happy, Awatif pula yang murung. Dahlah ini tahun terakhirnya sebagai pelajar di sekolah rendah. Tahun depan dah sekolah menengah. Lain pulak la kot acara sukannya.

Saya rasakan kemeriahan sukan tahun ni kurang sangat. Rasa hambar aje sepanjang berlangsungnya acara. Kalau tahun3 sebelumnya rasa meriah sangat.

Pertandingan khemah tercantik tak dapat dibuat kerana keadaan cuaca yang tak menentu. Sepanjang minggu ini hampir tiap2 hari hujan sampaikan ada sesetengah tempat di Terengganu dilanda banjir. Baju sukan bertemakan rumah masing2 tak dipakai tahun ini kerana budak2 darjah 1 tak dapat. Jadi semua pelajar pakai baju pendidikan jasmani yang berwarna merah. Jadi nampak tak menarik tak ada caler2 merah, biru, kuning dan hijau.

Persembahan drama @ skesta pelajar dan lagu2 semangat masih diteruskan macam biasa. Selalunya saya tak ambil video tapi tahun ni tiba2 teringat nak ambil kerana takut2 nanti kalau berpindah boleh jugak dijadikan kenangan. Kurang menyengat sikit persembahan tahun ini - saya komen dah macam juri jemputan AF lah pulak kan hehehe....

Adik tak ambil bahagian langsung dalam acara sukan tahun ini. Dia duduk aje sebelah saya sepanjang acara berlangsung. Kesihatan dia lebih penting dari segala-galanya.

Jomlah tengok video yang sempat saya ambil - kalau nak dengar dengan lebih jelas kena kuatkan suaranya :). :-

Alamak! Tak boleh nak upload vidoe pulak, layan ajelah gambar2 ni dulu sebelum saya selesaikan masalah video tu :)

















No comments: