Wednesday, March 27, 2013

sudah jatuh ditimpa tangga

Sejak sebulan ni tahap kesihatan saya asyik menurun aje. Bermula dari sakit perut kemudian kena masuk hospital. Lepas tu kena gigit sikenit pulak. Kesan gigitan sikenit sampai sekarang tak hilang2. Makin bengkak jari kaki saya tu. Masa kat kampung 2 hari lepas saya pergi
Klinik kerana tak tahan sakit. Dr bagi antibiotik, ubat kurangkan bengkak dan gatal. Lepas makan ubat2 tu semua
rasa ok sikit. Tapi ubat2 tu buatkan saya ngantuk sangat2. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kemaman semalam, saya tidur aje.

Ha! Sekarang ni saya kena penyakit lain pulak. Semalam saya tak boleh nak tidur langsung kerana sakit ulu hati dan belakang. Rasa terseksa sungguh sepanjang malam semalam. Ngantuk tapi tak boleh nak tidur kerana sakit sangat. Nak tunggu ke pagi tu sungguhlah seksa. Pukul 8 pagi saya dah bersiap nak pergi klinik.

Dr bagitahu angin dari dalam perut naik keatas. Lebih kurang macam sakit gastrik. Puncanya yang ketara mungkin saya makan ubat antibiotik yang tak serasi dengan badan saya. Bila Dr bagitahu - ha! patutlah. Sejak makan ubat tu saya rasa sakit. Masa kat KL saya dah rasa sikit2 tapi sakit tu kejap2 hilang. Saya ingatkan pasal terlebih makan. Ada saya cakap dengan ibu saya sakit ulu hati - saya andaikan sebab saya makan banyak. Iyalah, sejak 2-3 minggu ni saya tak ada selera makan. Bila duduk KL baru saya makan banyak. Mungkin perut saya terkejut kot bila tiba2 makanan banyak masuk. Hehe.... Andaian sendiri2 lah :)

Suami cakap - macam2lah penyakit saya ni. Kesian dia, semalam dia tidur 1-2 jam aje pasal dok sibuk jaga saya. Bila dah tua ni macam2 penyakitlah datang. Lepas ni saya berazam nak lebihkan perhatian pada kesihatan diri sendiri. Selama ni saya tak ambik berat. Makan tak ikut peraturan. Mandi pun sama hehe....

Adik pulak tiba2 demam semalam. Hari ni nampak dia ok sikit. Bila tengok Ummi sakit demam dia terus kebah. Malam ni
panas sikit badan dia tapi lepas makan ubat dia dah ok.

Keadaan saya - masih sakit tapi boleh bertahan lagi. Tak macam semalam tu. Lepas kena injection tadi rasa lega banyak. Ubat walaupun rasa nak termuntah kena telan la jugak. Ubat sakit sikenit tu Dr suruh stop dulu. Bila dah stop ubat tu jari kaki saya makin bengkak dan merah. Mujur rasa sakit dan gatal rasa kurang.

Tahniah buat Qilah kerana baru aje lepas lahirkan baby boy. Tahniah Qilah dan Wandi! Seronok dengar orang mengandung dan bersalin - rezeki saya belum lagi. Mungkin ini ketentuan Allah. Sejak akhir2 ni kan saya tak sihat. Kalau time ni saya mengandung tentu lagi teruk. Kuasa Allah!!

Tahniah jugak buat Farah dah Hafiz! Merasa lah nanti Farah ya bila mabuk2 time hehe... Family saya memang teruk kalau mabuk ni. Tak boleh nak lari - semua akan merasa macamana! Eh! Baru perasan - makin ramailah cicit2 Hajah Saodah tahun ni. Tambah lagi 3 orang lah, Bermula dengan anak Qilah, anak Yan dan anak Farah. Anak Sayang? Tunggulah lagi hehe...





No comments: