Monday, March 18, 2013

si kenit

Kamera saya tertinggal kat rumah kakak so tak bolehlah nak update panjang lebar pasal majlis pertunangan adik yang berlangsung pada 9hb lepas. Gambar2 yang kat bawah ni diambil pakai hp saya. Tak banyak gambar yang saya sempat ambil kerana masa tu tengah sakit. Wani @ Mira yang tolong - tu pun banyak yang saya tak puas hati. Jangan marah ya Wani @ Mira hehe....

Keadaan saya sekarang dah bertambah baik cuma kadang2 rasa sakit sikit2 kat bahagian perut. Dugaan lagi - jari kaki kiri dah banyak hari sakit tapi saya biarkan aje. Semalam dan hari ni terasa sangat sakitnya. Sakit sampaikan nak jalan pun susah. Ingat nak ajak suami pergi Klinik dah malam ni. Tapi tahu apa puncanya yang buatkan saya sakit sangat?

Petang tadi baru saya perasan ....... Tahu apa itu si kenit? Ha! Itu yang sebabkan kaki saya sakit sangat2! Dengar kat orang buat malu aje hehe....

Masa nak keluarkan si kenit dari celah3 jari kaki tadi punyalah seksa! Dan menyakitkan! Rupa dia macam apa ya? Macam kutu rambut tu kot! Ibu kata kalau dia besar dan gemuk maknanya dah banyak harilah dia melekat kat situ hisap darah. Masa saya cabut tadi memang gemuk dan besar. Patutlah dah banyak hari saya sakit.

Ibu kata kadang2 boleh demam dibuatnya. Setakat ni saya ok lagi cuma kaki sakit lagi. Rasanya sebelah kaki ni rasa sakit. Jalan pun terjengket2. Mujur saya yang kena!! Kalau kena kat anak2, tak dapat dibayangkan. Moga dijauhkanlah ya :)

Jomlah layan dulu gambar2 nie - ceritanya nanti saya menyusul kemudian :D













No comments: