Monday, March 4, 2013

nama rumah

Entry pertama tadi lupa nak ceritakan pasal nama2 rumah yang ditukar tahun ini. Tahun2 sebelumnya rumah merah (Bendahara), rumah biru (Temenggung), hijau (Laksamana) dan kuning (Panglima). Tahun ni nama2 rumah ditukar bersempenakan nama tokoh2 pahlawan Islam di zaman dahalu.

Rumah Saifuddin Al Qutuz (Kuning)
Saifuddin Al Qutuz dilahirkan dalam keluarga beraja Mamluk Mesir. Beliau mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Antara jasanya ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa dalam peperangan Ain Jalut. Peperangan Ain Jalut menjadi permulaan kejatuhan Kerajaan Mongol.

Rumah Salahuddin Al Ayubi (Biru)
Salahuddin Al Ayubi ialah anak kepada Gabenor Wilayah Baalbek dan menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya pejuang yang berpesonaliti hebat dan percaya bahawa untuk menawan sesuatu  kehebatan, orang yang menawan juga perlu hebat.

Rumah Sultan Muhammad Al Fateh (Hijau)
Sultan Muhammad Al Fateh merupakan seseorang cendekiawan terulung, fasih berbahasa dalam 7 bahasa dan kuat agama. Di bawah pimpinannya, tentera Islam berjaya menewaskan tentera Salib dan menakluki Kota Konstantinople.

Rumah Tariq Bin Ziyad (Merah)
Tariq Bin Ziyad merupakan seorang panglima yang gagah, berani, jujur dan tidak berprasangka buruk. Beliau adalah panglima perang kaum Muslimin yang taat kepada ketua dan lambang kegemilangan Islam. Dengan keberaniannya, sebahagian benua Eropah telah disinari cahaya Islam.

Drama @ skesta yang dipersembahkan sebelum bermulanya sukan tadi, oleh pelajar2 berdasarkan sejarah Tokoh2 Islam ini.

p/s :- masih tak boleh nak upload video, kenapa ek??






No comments: