Thursday, February 14, 2013

kisah adik lagi

Hari ni hari ke 3 saya dan adik di hospital. Kalau dirumah rasa cepat sangat masa berlalu tapi bila di hospital ni adoi lah, rasa satu jam tu macam bertahun! Nak tunggu ke petang tu rasa macam satu penyeksaan. Hehe.... Macam terover lah sikit statement tu kan?

Alhamdulilah, sejak 24 jam yang lepas adik tak demam langsung. Tapi batuk masih ada. Malam2 susah jugak dia nak tidur kerana asyik batuk aje. Masalahnya adik ni dia tak reti nak buang kahak. Dah besar tu tapi macamlah baby hehe.... Doktor kata tak perlu nak risau. InsyaAllah dalam sehari dua ni baiklah dia. Rasanya lagi 2-3 hari lah nak kena duduk sini. Tak apalah, Ummi kenalah bersabar sikit kalau nak adik sihat sepenuhnya :D

Bila saya tanya adik best ke masuk hospital. Nak tahu dia jawab apa? - bestlah pasal tak payah pergi sekolah dan tak kena belajar. Eeeeeee..... Geram betul dengan jawapan dia tu. Lain kali kalau adik minum air berais atau makan aiscream lagi ha! tahulah Ummi nak buat apa kat dia!

Pasal stress saya tu amboi! prihatin betul ya tuan Bidadarindu kita tu hehe... Tak apa, prihatin tu tandanya ambil beratkan? :) Nak cerita tapi panjang lebar kisahnya so nanti2 lah kita buat entry lain :D





1 comment:

bidadarindu said...

papa doakan aisy cepat2 sembuh...nnt boleh main dgn danish..ari tu x main langsung pun yer..