Friday, February 15, 2013

Hajah Saodah Family Day

Assalamualaikum!!

Hajah Saodah Family Day akan diadakan buat kali ke 2 pada bulan Mei 2013. Ini butirannya secara ringkas :-

Tarikh : Awal minggu pertama cuti sekolah bulan Mei 2013. (tak boleh nak tengok calendar memandangkan saya di hospital sekarang tapi rasanya dalam 26-27-28-29 macam tu - hari Isnin sampai Selasa).

Tempoh : 3 hari 2 malam (mulanya nak buat semalam tapi atas permintaan mak, kita tambah lagi satu malam).

Tempat : Akademi Al Fateh, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. (setakat perbincangan sebelumnya inilah tempatnya - sengaja memilih tempat yang tak ada nak shopping atau jalan2 supaya ahli keluarga dapat luangkan sepenuhnya masa bersama2 - masa buat kat Melaka 2 tahun lepas, banyak sangat aktiviti luar sampaikan tak ada masa nak buat aktiviti bersama keluarga - buat sukaneka pun dalam keadaan tergesa2 @ kelam kabut - mudahan kali ni kita dapat jalankan aktiviti keluarga dengan bersantai aje hehe...).

Bayaran : rm450 untuk satu family (termasuk penginapan dan makan 3 kali sehari sepanjang 3 hari 2 malam - malam pertama ada bbq dan kambing panggang seekor {Nyah sponsor}).

Lain2 bayaran : tshirt bertema 2 helai - 1 untuk pakai masa bbq dan 1 lagi masa Sukaneka (jangan risau - yang ni kita serahkan pada Yan yang akan pastikan 100% betul2 memilih @ membeli yang murah2 aje kan Yan??).

Bayaran bulanan sebanyak rm100 boleh di masukkan dalam akaun saya mulai bulan ini. Kalau yang dah banyak duit tu bolehlah bagi sekaligus masa nak pergi tu. So sesiapa yang berminat bolehlah sahkan kehadiran anda secepat mungkin.

Mengikut Pengerusi (Bidadarindu) kali ni kos minyak dan tol boleh dijimatkan pasal buat dekat aje. Tapi yang ni tak relevan untuk saya dan family Uda pasal kami duduk jauh hehe.... kan Uda kan???

Marilah kita sama2 berusaha untuk menjayakan Hajah Saodah Family Day ini lebih meriah dan seronok dari yang pertama dulu. Moga family Lang dapat join sama2 kali ini.

Kita ada 2 ahli baru keluarga Hajah Saodah tahun ni iaitu Hafiz dan Wandi. Dan satu baby anak Arzery. Alamak! Lupa pulak nama dia. Lagi ramai lagi meriahkan?

Apa2 perkembangan nanti akan saya maklumkan dalam blog ini. Sekian, terima kasih.

2 comments:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Hellooo... why me????

kalau bulan 5... ada baby baru lagi..

Norain said...

salam puan..boleh kah kiranya saya minta bantuan untuk dapatkan no telefon tempat penginapan ni?

saya dah puas google tp xdpt2..saya nak buat program di sni.

kalau ada, puan boleh emailkan pada saya di nurain86@ymail.com

jazakallah.. :)