Monday, February 18, 2013

dugaan lagi ....

Assalamualaikum!!

Adik dah keluar hospital hari Sabtu lepas. Dr bagi 2 pilihan - pilihan pertama samada nak keluar hari Sabtu tu tapi kena sambung neb kat klinik biasa ataupun keluar wad esoknya hari Ahad. Memandangkan adik nampak sihat aje hari tu maka saya dan suami pilih untuk balik hari Sabtu.

Lepas selesaikan urusan bil dan ubat, kami keluar hospital dalam pukul 6 petang. Janji dengan adik nak pergi Mega Mall tak dapat nak tunaikan pasal dah lambat. Awatif ada tution malam tu pukul 8. Dia nak sangat pergi tu pasal nak tengok Lego kat Parkson. Masa pergi Alamanda hari tu tak ada yang dia nak.

Bila sampai rumah dia sihat lagi - tapi masa nak hantar Awatif pergi tution, tiba2 adik kata sakit perut. Selalunya kalau ajak pergi Tunas Manja laju aje dia kata jom tapi kali ni dia merengek ajak balik. Pergi mana pun dia tak mau. Saya dan suami singgah kejap kedai makan. Makan cepat2 aje pasal adik dok merengek sakit perut. Lepas balik rumah tu mulalah satu kenangan yang tak dapat saya lupakan .....

Rasanya ini kali pertama dia sakit perut yang saya rasa amat menyakitkan sampaikan dia berguling2. Saya tengok rasa kesian sangat2. Saya ajak suami pergi hospital balik tapi suami cakap tengok dulu keadaan dia lepas makan ubat. Malam tu dia tidur tak nyenyak langsung. Dalam tidur pun boleh merengek sakit. Esok pagi tu dia mula cirit birit dan muntah2. Saya rasa menyesal tak sudah balik hospital hari Sabtu. Kalau tahu keadaan adik macam gini - tentu saya keluar hospital hari Ahad. Pagi tu suami bawa adik pergi Klinik - saya tak ikut pasal kepala rasa berat sangat pasal malam tu tak tidur sangat. Dahlah masa kat hospital tidur tak cukup. Elok nak tidur aje nurse masuk bilik. Kejap2 diaorang check demam dan tekanan darah pastu bagi neb. Adik kena neb setiap 4 jam.

Doktor Klinik biasa bagitahu adik kena food poisioning. Puas saya fikir adik makan apa. Last makanan yang adik makan ialah makanan hospital - nasi minyak. Suami cakap habis sepinggan dia makan. Adik memang suka makan nasi minyak. Itu aje makanan yang dia makan sorang yang saya, suami dan Awatif tak makan. Petang sebelum balik rumah suami beli udang celup tepung. Dia makan 2 ekor - saya yang suapkan. Kalau punca udang tu tentu saya, suami dan Awatif pun kena jugak. Saya rasa memang puncanya nasi minyak tu. Masa suami suapkan dia makan, saya tidur kejap jadi tak perasan macamana nasi tu.

Bila tengok keadaan adik masa sakit tu rasa kesian sungguh. Dahlah baru baik sakit - kena pulak sakit yang lain. Kejap2 pergi toilet, kejap2 muntah. Dia tak larat sampaikan nak masuk toilet suami dukungkan. Badan jadi lembik. Dahlah tak makan - minum air pun boleh muntah. Malam tu pergi Klinik lagi. Dr kata keadaan tu biasa kalau kena keracunan makanan. Kena bagi dia minum air banyak2 walaupun lepas tu dia muntah. Kalau terus berlarutan lagi baru pergi hospital.

Bila bagi ubat sebelum tidur - nampak dia ok sikit. Malam semalam tidur pun nyenyak aje. Sepanjang hari ni dia tak muntah dah dan cuma berak2 2 kali aje. Makan pun ok aje walaupun semulut dua aje dia makan. Hari ni saya buat moi udang dan ayam. Ibu pesan jangan beli makanan kat luar takut2 lagi teruk dia.

Sejak petang tadi baru dengar suara dia. Kalau tak diam aje. Tak bagi siapa pun cakap dengan dia - nak sentuh @ pegang dia pun tak boleh. Nak sapu minyak kat perut jenuh nak memujuk dia.

Dengan ubat sakit perut ni campur dengan ubat hospital - setiap hari dia kena makan 10 jenis. 3 kali sehari. Selalunya senang aje dia makan ubat tapi kali ni susah sungguh. Rasanya dia dah muak dengan ubat2 nie.

Hari ni suami cuti - takut kalau keadaan adik tak baik2 boleh terus pergi Kuantan. Alhamdulilah - keadaan adik dah bertambah baik sejak petang tadi. Lega betul suami dan saya :)

Minggu lepas - satu minggu tak pergi sekolah - rasanya minggu ni pun sama aje. Ngan keadaan dia sekarang takut jugak nak bagi dia pergi sekolah. Tambah2 Awatif bagitahu sekarang sekolah tengah buat latihan sukan. Macamana adik nak bersukan dengan kesihatan adik yang tak menentu ni?

Bila dah rasa baik baru dia bangun main games - kalau tak sepanjang hari baring @ tidur aje.

p/s :- saya tersentuh bila suami cakap dengan adik - Tuhan bagi adik sakit supaya adik fikir apa salah adik, lain kali jangan tendang Ummi, Walid dan Kakak. Jangan cakap kasar lagi dengan Ummi dan Walid. Adik memang suka tendang - salah sikit aje tendang - saya tak tahu macamana nak tegur dan marah dia. Mudahan lepas ni dia sedar kesilapan dia.





No comments: