Wednesday, February 13, 2013

adik masuk hospital

Tajuk pun dah jelaskan segalanya... Ummi tak tau nak cakap apa dah. Nak salahkan adik ke atau nak salahkan Ummi sendiri? Punca adik sakit sebab apa ya? Sebab Ummi tak jaga adik dengan baik ke?

Apa pun Ummi redha! Segala yang terjadi adalah kehendak Nya. Alhamdulilah, sejak adik kena warded semalam demam adik dah kurang. Batuk pulak masih ada tapi Ummi tak risau kerana adik dirawat dengan baik disini. InsyaAllah, doktor beri jaminan adik akan baik dalam tempoh 4-5 hari setelah diberi antibiotik.

Ummi seronok sangat bila adik berselera makan nasi sejak masuk wad ni. Semalam Walid beli nasi bungkus - banyak adik makan. Lepas tu malam pulak adik makan hampir separuh nasi berlaukkan ayam masak kicap yang pihak hospital sediakan. Kalau sebelum ni payah benar adik nak makan nasi. Alhamdulilah! Agaknya ubat yang diberi pada adik serasi nampaknya.

Ummi rindu pada Walid dan Kakak. Kita hanya berdua saja sejak semalam. Selalunya kakak akan turut teman adik dan Ummi sepanjang adik di hospital tapi kali ni kakak tak ikut kerana kakak sibuk dengan kelas tambahan. Tahun ni kakak kena berkorban sikit demi masa depan kakak. Semoga kakak berjaya dengan cemerlang dalam UPSR yang bakal kakak hadapi tahun ini.

Doakan adik cepat sembuh ya :) ....

p/s :- Ummi stress sangat sekarang, bukan sebab adik sakit, tapi sebab .....





1 comment:

bidadarindu said...

cer citer,naper stress?