Wednesday, February 20, 2013

Adik kena warded lagi

Cirit birit dan muntah adik dah berlarutan untuk hari yang ke 5. Kesian dia, badan jadi lemah sangat sampaikan nak bercakap, duduk dan bangun tak berdaya. Muka pucat aje. Makan sikit muntah, minum sikit muntah. Kalau tak muntah, dia akan cirit birit. Siapa yang tengok mesti rasa kesian dengan keadaan dia. Dahlah kurus, bertambah kuruslah lagi sampaikan badan dia tak ada isi langsung. Tulang aje. Saya tengok pun naik seriau aje.

Dah 2 kali pergi klinik biasa tapi tak ada kesan. Keadaan dia macam tu jugak. Ubat dah berdozen dapat tapi tak jugak baik. Semalam saya pergi Kuantan Specialist tapi Dr kata lepas makan ubat insyaAllah baik. Nak warded semalam tapi bilik tak ada yang kosong. Lagipun semalam nampak dia macam semangat sikit. Hari ni yang nampak dia lemah sangat. Dalam pukul 10 pagi tadi saya cal suami suruh balik pasal saya takut tengok keadaan dia.

Dia baring aje sepanjang pagi tadi pastu nampak dia lemah sangat. Nak cakap pun dia tak larat. Cakap bisik2 aje ngan saya. Pastu nak duduk pun dia tak mau - katanya dia tak ada tenaga. Saya naik seriau lah tu yang terus cal suami suruh balik. Dia muntah banyak kali hari ni - makan @ minum apa pun keluar balik. Kesian tengok! Sampaikan keluar melalui hidung.

Dari semalam dia cakap dia teringin nak makan cheese burger A&W. Saya janji nak pergi dengan dia tengahari ni. Dah jadi macam gini - cancel lah semua plan. Sebelum suami balik pesan kat dia beli siap2 burger tu.

Hampir setengah jugak dia makan burger tu tapi tak sampai berapa minit, habis semua keluar balik. Bila tengok keadaan dia teruslah saya siap2 datang Kuantan untuk check lagi sekali. On the way Kuantan saya teringat Dr suruh bagi makan bubur McD pasal ada garam - lebih kurang macam tu lah. So bila adik kata dia lapar - saya pun ajak suami pergi McD kat Teluk Cempedak. Sambil tu boleh bawa dia jalan2 kat pantai.

Masa kat pantai nampak dia segar aje. Tak nampak langsung macam orang sakit. Seronok aje tengok dia main. Ingatkan dah baik lah so saya dan suami bincang nak terus balik rumah dan tak jadi pergi hospital. Tapi tak sampai 5 minit dalam kereta dia start muntah balik. Bubur McD yang dia makan tadi habis semua keluar balik. Habis seluar kena. Muntah kali ke 2 - habis kereta kena muntah pasal saya tak sempat nak tadahkan plastik bag.

Bila sampai Kuantan Specialist, terus pergi emergency. Dr kata keadaan adik memang kena warded pasal nak kena masukkan air - ada tanda2 air dalam badan kurang. Tapi masalahnya tak ada bilik kosong. Semua penuh. Kuantan Medical Centre pun penuh. Hospital Besar Kuantan pun penuh. Musim orang sakit sejak raya cina lepas.

Saya dah risau dah - masa tu adik dah nampak lemah. Bila Dr kata ada tanda air dalam badan kurang saya lagilah susah hati. Staf Kuantan Specialist tolong carikan hospital @ pusat rawatan mana yang ada kosong dalam bandar Kuantan ni so mereka referkan kami kat sini - Hospital Pakar PRKMUIP. Alhamdulilah, mujur ada kosong. Pertama kali kami datang sini. Rasanya hospital ni bawah satu company dengan Hospital AlZahrah kat Bangi tu.

Sepanjang kat sini dari maghrib tadi adik banyak tidur aje. Mungkin pasal ubat kot. Mudah-mudahan cepatlah dia sembuh. Dah 2 minggu tak pergi sekolah.

Tolong doakan adik cepat sembuh ya :)

p/s :- semoga Ummi diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga adik, Amin.



















No comments: