Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013!
Ya Allah, Syukur atas nikmatMu kami semua masih bernafas hingga ke hari ini.

Buat pembaca2 setia blog saya nie (perasan macam banyak sangat peminat hehe...) Selamat Tahun Baru. Semoga tahun baru ini lebih membawa kebahagiaan kepada kita semua ya, Amin!!

Selamat tahun baru dari saya sekeluarga
Setiap kali tahun baru menjelma mesti kita ditanya apa azam kitakan? Azam saya yang paling utama tahun ini ialah nak tumpukan sepenuh perhatian pada Awatif. Dia akan ambil UPSR tahun ni. Banyak benda yang saya perlu korbankan buat sementara waktu. Harapnya apa yang dirancang itu akan menjadi, Amin!

Dan keduanya saya berazam nak jadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik. Tak nak malas2 dah. Tak nak dah dok addict sangat dengan drama Korea. Kalau dulu ianya hobi tapi sekarang ni dah jadi ketagih. Bukan setakat drama Korea tapi sekarang dah berjangkit pulak dengan drama Jepun. Kalau perasan ada 2 lagu Jepun yang saya  letak dalam list lagu blog ni. Ada sesiapa perasan tak? Ke ada yang tak heran langsung pun hehehe....

Saya sedar diri saya semakin leka sampai kerja rumah saya abaikan walaupun taklah rumah macam tongkang pecah tapi sendiri perasanlah rumah tak bersih dan sempurna macam dulu.  Kalau nak lepaskan jugak gian tengok drama Korea @ Jepun tu bolehla kot kalau tengok sejam dua semasa anak2 sekolah. Sorang2 kat dalam rumah tu tak buat apa, tension jugak, iya tak? Kemas rumah pun tak adalah sampai berjam2. Paling lama pun sejam dua.

Anak2 belum bersekolah lagi kerana Sek. Al Amin ada masalah sikit. Kan Kemaman dilanda banjir baru2 nie. Ahad depan baru mula persekolahan anak2. So sekarang ni anak2 masih enjoylah, tidur lewat dan bangun pun lewat. Seharian asyik tengok tv aje. Saya pun tak larang lagi pasal start minggu depan baru nak suruh belajar betul2.

Lagi satu azam saya ialah nak merajinkan lagi diri kat dapur. Nak belajar masak supaya dapat masak sedap2 kat suami dan anak2. Konon2nya lah - Tapi seriuslah saya nak tekad betul2. Semangat saya dah berkobar2 nie, andainya kalau ada lautan berapi kat depan, saya tak teragak2lah nak masuk!! Hehehe......

Dan lagi tahun ni nak tambahkan ilmu agama yang kurang sangat dalam diri. Ini jugak antara azam saya yang paling penting tahun ni. Yang mana benda tak elok yang dok selalu buat tu nak tinggalkan terus. Mudahan Tuhan kuatkan hati dan berikan kekuatan untuk saya!

Dah last sekali mudahan hasrat hati nak tambah ahli keluarga akan tercapai tahun nie. Tahun lepas tak ada rezeki, semoga tahun ni adalah ya... Amin!!

Ok, itu ajelah azam saya tahun nie - azam anda macamana pulak??? 

No comments: