Thursday, January 3, 2013

pindah???

Masalah oh masalah!!

Baru2 ni suami bagitahu kemungkinan besar dia akan dipindahkan ke KL buat sementara waktu. Mungkin dalam setahun dua sebelum dipindahkan ke Johor secara tetap. Hal ni belum diconfirmkan secara hitam putih tetapi kesahihannya boleh dipercayai 80%.

Kalau dulu suami bagitahu berita ni tentunya saya dah melompat sampai langit ke 7.  Tapi sekarang ni berita ini membebankan saya. Bukan saya tak nak pindah KL tetapi masanya tak sesuai. Baru aje kami besarkan dapur dan tanam pokok2, rasa sayang nak pindah. Tak puas rasanya. Belum rasa jemu pun lagi!

Sejak seminggu dua ni memang bercelaru fikiran saya. Tahun ni Awatif nak hadapi UPSR. Tentu susah bagi dia kalau dia pindah sekolah. Kalau tiba2 suami dapat surat suruh pindah macamana? Biar suami pindah dulu ke? Berani ke saya duduk dengan anak2 aje kat sini sementara Awatif habis UPSR?

Kalau semua pindah, rumah ni macamana? Nak jual? Sewa? Atau buat homestay? Adoi! Serabutnya kepala bila fikir! Kalau dah tentu2 duduk KL tak apalah jugak - ni nak duduk sementara aje. Lepas tu kena pindah Johor pulak. Khabarnya tempat tu sama keadaan dengan Kerteh 10 tahun yang lepas. Arg!!!!! Pening, pening !!!!

Kerja makan gaji macam ginilah gayanya kan? Ikut ajelah kat mana yang diaorang rasa nak hantar. Kerja dengan ofis suami ni tak tentu. Kadang2 tu iya2 nak kena pindah last2 tak pindah pun. Ada tu terus kena pindah tanpa diberi notis awal.

Sekarang ni saya nak clearkan segala macam benda dalam kepala ni. Kalau nak kena pindah, pindah ajelah. Kalau tak tu, taklah. Tak nak fikir2 dah, buat serabut kepala aje.

Sementara saya nak kosongkan apa yang ada kat kepala saya nie - jom tengok gambar2 kat bawah nie. Masa ni ofis suami ada buat dinner bertemakan rock. Asalnya saya tak nak pergi pasal anak2 tak boleh ikut. Last minit suami ajak jugak saya pergi - anak2 tinggal kat rumah kawan dia. Anak2 kawan dia tu dah besar so beranilah kalau nak tinggal. Dah saya tak plan nak pergi so kelam kabut jugaklah bila nak pergi tu baru nak fikir baju apa nak pakai. Mujur temanya rock - so boleh pakai aje baju yang ada. Mula nak pakai jeans aje tapi tiba2 terfikir nak pakai skirt dan blaus denim. Oklah tu - ikut tema la jugak :)


muka sapa la tu yang bolat sangat .....


dari kiri Kak Su, saya dan Kak Liza

kat dalam dewan Mus May tu dok nyanyi kami kat luar sibuk tangkap gambar :)

saya dan Kak Su - anak2 tinggal dirumah Kak Su nilah :)

saya dan Kak Liza

No comments: