Friday, January 25, 2013

Pantai Kemasek

Kesian adik tak dapat makan donut Big Apple semalam. Kedai tutup buat sementara waktu - renovation kot! Penat2 aje kami pergi Kerteh. Sepatutnya pergi Kuantan tadi.

Dah Big Apple tu tutup, belikan roti boy aje kat dia. Nak buat sendiri rasa malas pulak, lagipun kalau depa makan banyak tak apalah jugak, ni setakat nak makan sebiji dua, baik beli. Tak berbaloi kalau Ummi buat! Crepe yang saya buat tu bukannya depa nak makan. Saya jugak yang nak kena perabis! Awatif adalah makan satu - adik pulak makan semulut aje. Geram betul Ummi! Lain kali malas dah nak buat..

Sebelum balik, singgah jap Pantai Kemasek untuk ambil gambar. Lama dah tak pergi situ. Masa duduk Kerteh dulu selalu datang bawa anak2 jalan2. Masa tu anak2 kecil lagi. Pantai Kemasek ni lagi cantik dari Pantai Mak Nik.

Ayat2 dah berterabur dah - mengantuk - layan ajelah gambar2 ni ya :)























No comments: