Thursday, January 24, 2013

oreo & mango crepe

Sempena hari Maulidur Rasul hari ini, saya mulakan dengan Assalamualaikum! Cutilah ya hari ini, tentu ada yang dah plan nak pergi mana2 dengan family kan? Kemungkinan esok saya dan keluarga nak pergi Kerteh. Adik teringin sangat nak makan donut Big Apple. Dia demam dan lelah sejak hari Selasa lepas. Semalam saya tidur pukul 6 pagi gara2 dia. Mula2 dia muntah pastu dok ngadu pening kepala. Pastu muntah lagi. Habis cadar dan sarung bantal kena tukar. Lepas 2-3 kali muntah baru dia ok sikit dan terus tidur lena. Dah dia tidur lena saya pulak tak boleh. Kejap2 tengokkan dia. Masa kat Klinik semalam, 2 kali dia kena neb. Dr kata paru2 belah kanan tu tak ok sikit. Lepas 2 kali neb dan makan ubat lelah baru dia ok.

2 hari dia tak pergi sekolah. Belum pun apa2 dah ponteng sekolah. Tak sempat nak panaskan enjin pun lagi hehe.... Semoga cepatlah dia sembuh ya, tolong semua doakan dia ya! Terima kasih :)

Sejak demam ni mulalah dia tak makan. Tak demam pun dah susah nak makan, tambahlah bila demam kan? Sejak semalam dia teringin sangat nak makan donut Big Apple. Dok ajak saya pergi dari semalam. Suami ajak dia pergi hari ini pasal cuti kan? Malam tadi dia ajak pergi Pizza, ingatkan dia nak makan pizza ke atau lasagna ke, rupa2 nya dia teringin makan kepak ayam. Yang tu yang dia teringin. Mula2 dia nak makan nasi lemak. Tak mau nasi lemak beli, nak nasi lemak yang Ummi buat. Oklah, Ummi nak buatlah hari ni tapi tiba2 dia tak mau pulak. Dia kata dia dah tak teringin. Macam2 lah peel orang demam nie :)

Ok, kita skip kejap cerita pasal adik - saya nak cerita pasal crepe. Tentu semua dah tahu apa crepe tu kan? Ia sangat "fofular" sekarang. Kat mana2 blog atau fb mesti ada. Semua orang dah cuba buat, saya baru nak buat malam tadi. Saya memang dah lama teringin nak buat tapi asyik tak ada masa aje. Bila ada masa, rasa malas pulak.

Kebanyakkannya buat durian crepe tapi saya kurang sikit durian ni. Suami dan adik pulak langsung tak minat. Awatif bolehlah gagah sikit. Mulanya macam nanti2 lah nak cuba buat crepe ni tapi bila Afiqah komen kat blog dan fb minta saya buat oreo crepe, dalam hati ha! bolehlah cuba. Kalau tak ada dorongan, tak tahulah bila nak buatnya.

Mula nak buat oreo crepe aje. Tapi tadi nampak ada 2 biji mangga kat depan rumah. Suami ambil kat pokok. Saya pun tak perasan ada buah kat pokok. Suami cakap tak banyak - cuma ada 2-3 biji aje. Kiranya rezekilah tu, Alhamdulilah.

Dah ada mangga tu, saya buatlah mango crepe sekali. Crepe ni saya ambil resepi yang menggunakan 5 jenis tepung. Ada resepi yang gunakan 7 jenis tepung dan ada yang hanya gunakan tepung gandum aje. Dalam blog2 masakan macam2 resepi crepe ada. Pilih aje nak guna resepi yang mana. Ikut hati masing2 iya tak?

Kerja yang memerlukan kesenian dan ketelitian - saya memang OUT!! Betul! Kalau perati betul2 hasil crepe saya nie - fail! Hehe.... Saya tak pandai betul. Tak secantik dan sekemas orang lain. Dah tu macam tebal sikit. Bila buat nipis kulit terkoyak pulak. Aigooo!!!

Rasanya kena berlatih banyak kali baru nampak kemas kot - atau tangan saya ni memang keras! Saya cuma buat satu adunan aje tadi, nak tengok hasilnya macamana. Proses buat tu senang aje. Nak masak tu yang susah. Tambah2 tak tahu nak nipis macamana. Kalau bakar atau kukus tu senanglah!!!

Masa saya buat tu suami dan Awatif dah tidur. Adik aje yang temankan saya. Bila dah siap tanya dia, adik nak makan tak? Dia tengok pun macam was2 aje hehe... Dia tak pernah makan crepe nie. Awatif aje yang pernah cuba makan durian crepe. Saya pun dah cuba makan - durian crepe. Uda yang belikan masa kat kampung. Sebut pasal Uda nie, tiba2 teringat @ rindu kat Uda. Lama tak cal Uda. Saya sibuk sikit sejak buka sekolah. Uda dah pencen - tentu seronok duduk rumah aje kan Uda? Bolehlah berdua-duaan dengan Pak Uda hehe.... :D

Buat Afiqah - Ha! Jemput tengok ajelah oreo crepe yang kak sayang buat nie hehe... - pergi KL raya cina nanti kak sayang buatkan ok :D

p/s :- Wani - jemput tengok ya mango crepe tu hehe... Kak sayang dah makan 3 keping - sampai muak dah! Tak boleh makan banyak2 - cepat muak!





1 comment:

Namy Yusof said...

ku melihatmu hanya dari jauh wahai crepe.......... sobs sobs sobs jauh di mata dekat di hati kahkahkah