Tuesday, January 1, 2013

Dirisik orang Kelantan

Hari Jumaat 21hb 12 yang lepas adik dirisik orang. Tak plan pun sebenarnya. Kebetulan rombongan dari Kelantan datang ke KL untuk majlis perkahwinan kakaknya.

Hubungan adik dan Shahmy ni mula2 nya ditentang hebat oleh kami semua. Bukan kata ibu dan mak aje yang tak bagi tapi saya dan kakak jugak. Memang tentang habis-habisan. Sepanjang tempoh tu alahai! si tuan punya badan tiap2 hari berendam air mata. Tentu time tu rasa sengsara, menderita, seksa kan??Hehe..

Masa tu kan saya macam2 kata kat dia - kata2 yang menyakitkan hati dia. Saya mengaku memang pedihlah - ala2 menyusuk kalbulah hehe.... Iyalah, kalau nak putuskan hubungan yang tak direstui kenalah guna cara yang kejam. Saya ada tulis entry pasal adik. Cinta yang tak direstui tu - ha! Cerita pasal dialah tu!!!

Walaupun kami hanya sepupu tapi disebabkan ibu bela dari kecil - secara tak langsung kami macam adik beradiklah jugak. Macam yang Uda katalah depa (adik dan kakak) 4 beradik campur saya dan kakak. Makteh pulak kata 5 beradik pasal tambah Bazli lagi sorang.

Saya rasa tak salah kalau saya dan kakak masuk campur urusan hidup depa pasal kami yang jaga depa tu. Kalau nak ungkit macamana kami jaga memang panjang lebar. Sampai esok pun tak habis nak cerita.

Berbalik pasal cerita tadi tu - sebelum ni adik kan bercinta dengan Hikeri selama 5 tahun. Kami dah biasa dengan Hikeri dan dah mula sayang kat Hikeri tu. Anak2 saya dan kakak cukup serasi dengan Hikeri. Dia pulak pandai ambil hati budak2 tu. Sayakan jenis jiwang so bila dengar mereka putus saya punya sedihlah. Rasanya lagi over dari adik kot! Hehe...

Bukan kata saya aje malah ibu pun rasa sedih jugak sampai malam tak boleh nak tidur. Dapat tahu depa putus tu masa bulan puasa 2011. Memang terkejut sungguh2lah bila dapat tau. Rasa sedih tu pasal iyalah, dah kenal dia & family dia semuakan? Dah terbiasa dengan dia. Dia pun baik orangnya. Lembut aje bila cakap. Rupa pun manis aje.

Family dia mak pun kenal. Orang Relau. Mak kata memang dari dulu family dia orang dah tau - baik! Setiap kali raya kami selalu pergi rumah dia. Tapi saya taklah pergi setiap tahun. Rasanya baru 2-3 kali kot pergi. Yang selalu bawa adik pergi setiap kali raya Maksulah. Maksu memang sporting hal2 macam gini hehe...

Tak sampai beberapa bulan adik putus dengan Hikeri tiba2 adik cakap dia kawan dengan Shahmy. Taklah begitu mudah nak terima sedangkan sedih kat Hikeri tak terubat lagi. So macamana kami dengan senang nak buka hati terima Shahmy tu?

Ditambah pulak Shahmy tu orang Kelantan. Tak tahu kenapa tapi time tu rasa memang tak boleh nak terima. Rasa macam Kelantan ni jauh sangat2. Lagipun dah tersemat dalam fikiran @ hati saya ni yang kalau kahwin dengan orang Kelantan mesti nanti lepas kahwin dia tak bagi kerja. Kena duduk rumah pastu ada anak sampai 9-10 orang. Ini berdasarkan pengalaman saya berkawan dengan orang yang suaminya orang Kelantan. Bukan saya memandai-mandai mereka cerita. Saya tahu bukan semua orang Kelantan macam tu - takut jugak kalau2 orang Kelantan serang saya lepas baca blog saya nie. Jangan marah ya orang Kelantan!

Tak salah kalau anak ramai tapi ianya mesti ikut kemampuan kita dari segi kesihatan dan kewangan. Saya bukan tak sokong ada anak ramai2 ni. Eh! Betul! Cuma itulah seperti yang saya katakan tadi - ikut kemampuan kita!

Melalut pulak cerita saya. Ok - sambung balik pasal cerita adik tadi. Kami mula bukakan hati kami pada Shahmy lepas Farah kawin dengan Hafiz. Hafizkan orang Kelantan. Masa Farah nak kawin dengan Hafiz isu orang Kelantan ni langsung tak ada orang yang sebut. Farah ni kesnya special sikit so dia diberi laluan yang besar dan luas.

Masa hantar adik praktikal kat Kelantan (ada saya cerita dalam blog ni) kami sempat pergi rumah Shahmy. Mak bapa dia sungguh2 ajak kami ke rumah. Sepanjang perjalanan tu kejap2 mak dan bapa dia cal tanya kami kat mana dah. Bila sampai rumah, layanan yang diberikan buat kami terharu. Kebaikan mak dan bapa dialah yang kemudiannya membuka hati kami pelan2 untuk terima Shahmy. Bila orang dah baikkan, hati yang keras pun boleh jadi cair!

Ceritanya masih panjang lagi tapi saya stop kat sini dulu. Esok sambung balik cerita.











No comments: