Tuesday, January 15, 2013

mengemas

Sibuk betul minggu ni. Dari hari Ahad lepas sibuk mengemas rumah. Mula2 kemas bilik Awatif dan ubah katil ke tepi supaya ada ruang untuk letak meja bagi mudahkan dia belajar dan buat homework. Dari tahun lepas dia suruh make over bilik dia cantik2. Nak suruh pasang wallpaper dan beli almari serta meja belajar yang cantik. Tapi kan ura2 nak kena pindah so tak maulah hias bilik tu cantik2. Dah confirm tak pindah nanti baru boleh buat apa2 pun. Nak kena tunggu bulan 3 atau 4 baru dapat tahu keputusannya. Sementara tu kena tunggu ajelah. Pasal kena tunggu tulah yang buat jadi stress. Serius! Stress betul! Nak buat apa2 pun tak boleh - semua terbantut.

Bila dah start mengemas tu ha! banyaklah barang2 yang nak kena buang - antaranya buku2 sekolah dia dari darjah 1. Dulu tak buang pasal ingatkan nak simpan untuk adik tapi bila dah tukar modulnya - so terpaksalah buang. Nak kena tunggu lori jual suratkhabar lama tu lah tiap2 hari. Kalau tak, sayang jugak nak buang macam tu aje pasal banyak! Dapatlah jugak duitkan kalau jual - lepas lah kalau nak makan pizza ke hehe....

Bilik adik baru semalam start kemas. Hari ini tak habis lagi pasal tengahari tadi pergi facial. Lepas update blog ni baru nak sambung balik. Bilik adik pulak tak tahu kemas macamana. Dia pun nak meja macam kakak dia jugak. Nak beli nanti kalau pindah jenuh jugak barang2 nak kena bawa. Kena tunggu dulu - kalau tak jadi pindah boleh terus beli dan kalau jadi pindah - dah pindah rumah nanti baru boleh beli.

Sebenarnya banyak kerja yang dok menunggu. Tuan dia aje yang malas - kerja suka bertangguh! Saya sekarang malas betul nak mengemas. Nak hias rumah pun macam tak ada mood aje. Semalam saya pergi Kerteh, temankan Kak Imah beli barang hiasan. Saya tak beli langsung pun barang2 hiasan ni pasal macam malas aje nak menghias rumah. Bukan tak ada yang berkenan tapi tu lah! mood dah hilang gara2 nak pindah. Kalau dah confirm tu macam lain sikit. Ini kan macam tergantung aje, itu yang buat hilang mood tu!

Oklah - jom tengok macamana saya kemas bilik Awatif. Simple aje pun :)







No comments: