Tuesday, January 22, 2013

masak-masak

Dah lama tak buat entry masak2. Sejak seminggu dua ni nak dikatakan hampir tiap2 hari saya masak. Kalau rasa tak sihat sangat baru saya cuti masuk dapur.

Selalunya saya masak simple2 aje. Suami dan anak2 pun tak kisah. Kalau masak berat2 pun anak2 tak makan sangat. Biar masak ikut selera anak2. Anak2 saya cerewet sikit pasal bab makan ni. Kalau kat KL depa macam tak kisah, semua benda depa boleh makan tapi bila kat rumah sendiri, jadi cerewet sangat pulak. Yang buat saya pening HA! si adik tu lah. Susah sangat nak makan. Kalau saya atau suami suruh dia makan nasi - tahu apa jawapan dia? Adik dah boring, jemu makan nasi. Dalam seminggu adalah 3-4 kali dia makan nasi. Kalau kat KL - dalam sehari boleh makan sampai 2-3 kali. Kalau orang tengok dia makan kat KL mesti orang cakap saya tipu yang dia susah nak makan nasi.

Sekarang ni dia suka sangat makan roti gardenia butterscotch dan biskut2. Macam2 jenis biskut mesti ada kat dalam rumah sekarang. Setiap kali keluar beli barang2 dapur, biskut antara dalam list yang penting. Kalau dulu, biskut2 ni tak laku dalam rumah saya nie.

Sejak seminggu ni saya selalu buatkan dia tomyam yang simple. Masukkan fishball dan pelbagai jenis cendawan. Dia tak makan dengan nasi, dia makan macam tu aje. Kadang2 aje dia nak makan dengan bihun. Tomyam tu sekali saya buat periuk besar, so tahanlah 2-3 hari. Habis buat lagi. Balik sekolah aje mesti dia tanya tomyam ada lagi tak.

Sejak 2 hari ni aje saya tak buat pasal suami kata tak elok sangat makan tiap2 hari. Esok dia minta saya buat. Nak letak ayam ke, sotong atau udang ke, dia tak mau. Dia nak fishball ngan cendawan aje. Kalau tengok dia sekarang, kurus sangat. Nak belikan dia vitamin tapi bila kat Farmasi tu tengok banyak jenis sangat. Tak tahu yang mana bagus. Ada cadangan tak?

Awatif pulak - walaupun dia makan tapi cerewet tu adalah sikit. Tapi sekurang2 nya dia makan lah jugak so tak adalah nak marah sangat. Awatif suka makan nasi kering - maksud saya makan tak ada kuah. Dia boleh makan ayam goreng dan nasi aje. Kicap pun dia tak makan. Macam2 kan gelagat dan perangai anak2 nie!!

Hari Sabtu lepas saya buat nasi lemak. Rasanya macam saya tak pernah buat sebelum nie. Suami dan anak2 kata sedap hehe... Pastu hari Ahad buat lagi hehe... Sambal ikan bilis saya buat banyak so suami cakap buat lagilah nasi lemak. Tapi kan nasi lemak saya buat untuk kali kedua tu tak jadi. Saya pandai2 tambahkan santan pasal kali pertama buat tu kurang rasa santannya. Bila dah banyak santan nasi jadi lembik sangat. Saya boleh makan tapi suami tak. So masak nasi putihlah jawabnya hehe....

Bila anak2 cakap sedap tu janganlah andaikan depa makan bertambah. Makan banyak tu jugak walaupun depa kata sedap. Keadaan macam nilah yang buat semangat masak saya jadi merundum!!

Hari ni saya buat nasi beriani. Bayar balik hutang kat suami masa besday dia dulu. Kan saya janji nak masak special untuk dia hari tu tapi saya tak sihat. So hari ni dah bayar hutang rasa legalah sikit hehe.... Selain nasi beriani saya buat dalca dan ayam masak merah.

Minggu lepas saya buat roti setelah hampir setahun tak buat. Suami dok bising cakap bread maker tu dah jadi macam hiasan pasal tak guna2 hehe.... Bila dah start buat tu rasa macam nak buat aje tiap2 hari. Saya dah listkan jenis roti yang saya nak buat. Antaranya roti kacang merah. Teringin pulak nak makan tiba2. Ingat nak buat petang tadi tapi rasa penat pulak setelah buat nasi beriani tadi.

Semalam saya buat laksa untuk kali ke 2 dalam tempoh 3 hari. Bukannya sebab saya rajin ke apa tapi masa saya buat kali pertama tu saya buat waktu malam. So saya sempatlah makan semangkuk malam tu. Esok paginya saya panaskan kejap pastu terus keluar pergi Kerteh. Balik tu terus saya panaskan tapi saya rasa macam tak sedap hati aje bila tengok buih2 - saya agak dah basi. Bila rasa tu sahihlah basi. Sayang betul! Tak puas makan. Suami dan anak2 pun tak sempat makan pasal malam tu depa dah tidur. Suamilah suruh buat laksa lagi semalam. Dia dah siap2 siangkan ikan. Saya rasa saya dah hilang magiklah ;) - laksa yang saya buat sekarang dah tak sesedap dulu. Macam ada aje kurang something tapi tak tahu apa dia. Mungkin pasal jarang buat kot sekarang. Kalau dulu setiap 2 minggu saya akan buat. Rasa tension aje bila buat rasa tak sedap. Stress!!

Sekarang dalam kepala ni macam2 saya nak buat - pai labu lah, pai apple lah, kek batik lah (Awatif suka - saya tak pernah buat, nak cuba buat), cheese cake lah dan macam2 lah lagi. Dengar macam rajin aje kan tapi sebenarnya nak plan tu aje rajin, time nak laksanakan tulah yang tak tahu bilanya. Bahan2 dah beli semalam. Pai labu ni saya lama dah teringat nak buat. Awatif pun dok tanya jugak bila nak buat. Labu saya dah beli semalam. Tengoklah - mungkin esok kot :) - kalau jadi nanti saya tayangkan kat sini ya hehe..... ;)

Jomlah tengok apa yang saya masak :)











1 comment:

Namy Yusof said...

Kak Syg, try buat Oreo Crepe pls. Teringin.