Thursday, January 3, 2013

majlis bertandang Farah di Kelantan part 2

Gambar Farah masa majlis bertandang ni banyak yang kelabu. Tak tau pasal apa. Lepas tu tak banyak pulak ada gambar dengan dia. Nak kata sibuk buat kerja, tak pulak. Asyik makan aje kerjanya hehe.... Bila dok tengok gambar2 dalam camera ni memang tak ada. Rasa ralat pulak! Gambar kami ramai2 adalah tapi dengan dia tu yang tak adanya. Sayang betul, saya suka sungguh dengan baju dan make-up Farah pada hari tu, cantik sangat. 

Yang make-upkan Farah tu si Leuniey - yang baru kahwin dengan Khairul Fahmi tu. Pandai jugaklah dia make-upkan orang. Nampak cantik dan neutral - tak nampak heavy sangat. Kos make-up dan pelamin dia aduhai! mahal benar! Boleh dapat hasil lumayan kalau buat bisnes nie :) Satu majlis macam tu punya harga - kalau 2 @ 3 majlis dia buat dalam satu hari? Memang boleh kayalah hehe... So lepas ni saya belajar make-up secara pro pastu buat bisnes ni boleh? 

Jom tengok gambar2 lagi :-

kenduri belah Hafiz ni temanya kuning - baju yang saya pakai tu kain cotton - beli online

saya dan kakak

kami 4 beradik??? hehe....

selendang yang Awatif & Balqish pakai tu pun tempah dari Arzery

dah besar pun anak2 dara kami :) nak sama tinggi dah!


Walid dan anak yang tak suka pakai kasut - pergi mana2 pun, mesti nak pakai selipar, kasut langsung tak mau pakai

lepas ambik gambar ni ibu kata alamak! beg tangan ibu tak nampak depan

so amik lagi sekali hehe... beg tangan tu hadiah besday ibu last year dari saya :)

kami yang jadi 4 beradik hehe...

sementara pengantin perempuan bergambar sorang2 kat pelamin, kami culik kejap si Hafiz ni hehe... - dengan abang Eky

dengan suami

dengan Robin, Aisy, Aleef dan Aqeel

sama2 tengok Uncle Hafiz

bersama Abang Lee

Hafiz dengan Awatif, Balqish dan Qistina

ibu dan Hafiz

No comments: